Bab 7

828 118 1
                                    

AURORA menyuakan nasi kedalam mulutnya. Perlahan mulutnya mengunyah butir butiran nasi lemak didalam mulut. Perlahan dia mula menelan. Baru nasi itu lalu ke anak tekak, Aurora sudah memuntahkan semula sisa sisa nasi itu kedalam bakul tong sampah.

Adrien dan Ayden hanya menayang wajah geli. Sempat Adrien mengepit hidungnya dengan jari.

"Den belikan aku makanan luar lah. Boleh mati aku makan makanan hospital ni." rungut Aurora. Lipatan tisu diatas meja, diambil lalu dilapkan pada mulutnya.

Ayden beralih memandang Adrien yang berdiri disebelahnya. Tangan diselukkan di dalam poket lalu sekeping not 50 ringgit, dikeluarkan.

"Rien pergi beli." arah Ayden, menghulurkan sekeping duit bernilai 50 ringgit. Adrien menyambut tanpa membantah. Selepas mengambil duit ditangan abang sulungnya, lantas dia keluar dari bilik wad itu.

Tika kemudian, kelibat Tan Sri Ethan bersama dengan Puan Sri Aralyn kelihatan dimuka pintu. Wajah pasangan tua itu beriak biasa sahaja.

Puan Sri Aralyn meletakkan beg kertas diatas meja. "Ada tudung dalam ni, pakai sekarang. Kejap lagi penyiasat nak datang."

"Penyiasat?" soal Aurora sambil memandang ibunya yang sudah mengambil tempat dikerusi, sebelah katil hospital.

"Diaorang syak kebakaran dari makmal dirancang." Ayahnya menyampuk. Aurora mengangguk. Lipatan tudung bawal hitam jenis chiffon dan dua biji kerongsang, dikeluarkan dari beg plastik. Skarf juga dikeluarkan lalu disarungkan pada kepalanya, sekaligus menutup rambutnya.

Kain berbentuk segi empat sama itu dilipat dari bucu tudung belah kanan ke bucu tudung belah kiri bahagian hadapan. Terbentuklah segi tiga pada lipatan kain chiffon itu. Dia meletakkan lipatan segi tiga itu diatas kepala. Kedua belah sisi lipatan tudung dirapatkan. Jarum kerongsang dicucuk pada sisi belah kanan tudung dan sisi belah kiri tudung. Lebihan bahagian bawah disangkut pada baju bahagian bahu.

"Bila sedar?' tanya Puan Sri Aralyn selepas sekian lama berdiam diri dan memerhati anak bongsunya mengayakan tudung itu.

"Ibu tak tahu?" pertanyaan dibalas pertanyaan oleh Aurora. Wanita tua itu berdecit.

"Mana nak tahu. Bangun pagi je dah dapat berita Aurora dah lama bangun. Bila bangun?" soal wanita itu lagi.

"Entah. Ayden kata pukul 5 pagi." balas Aurora.

"Lyn, saya keluar kejap dengan Ayden." sampuk Tan Sri Ethan. Pandangan Puan Sri Aralyn beralih memandang suami dan anak sulung dia.

"Pergi mana?" tanya wanita tua itu.

"Office kejap. Nanti bagitahu Adrien detective tu nak datang. Biar dia tolong guide Aurora."

Aurora hanya diam. Tanganya ralit membetulkan awning tudung.

"Aurora, tak payah nak tutup muka sangat. Yang datang tu nanti orang yang dah pernah tengok muka sebenar Aurora juga." ujar Tan Sri Ethan.

Aurora mengangguk. Entah siapa, dia tidak tahu dan malas ingin mengambil tahu. Rupa sebenarnya juga semakin ramai yang tahu semenjak kes kebakaran haritu. Tidak mengapa, nama samaranya masih kekal. Hanya sesetengah sahaja tahu nama sebenar dia. Dan keturunan dia.

Anak mata hazel Puan Sri Aralyn mengekori susuk tubuh suami dan anaknya keluar dari bilik wad yang ditempatkan Aurora. Selepas, meyakinkan diri, dua susuk tubuh itu hilang, matanya kembali beralih pada Aurora.

"Aurora, ibu cakap ni jangan terasa pula." ujar Puan Sri Aralyn tiba tiba. Aurora mengerutkan kening. Mata hazelnya merenung mata hazel ibunya. Lambat lambat dia mengangguk setelah kening yang berkerut tadi mengendur.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now