Bab 18

557 84 1
                                    

KERETA audi r8 itu dipakirkan ke dalam petak tempat letak kenderaan. Selepas memastikan, kedudukan kereta tidak melebihi petak segi empat tepat itu, Aurora keluar daripada perut kereta. Penampilanya, mampu menarik perhatian kesemua kaum hawa yang lalu lalang diluar bangunan terbina gah itu.

Blazer merah gelap tersarung pada tubuhnya, tshirt putih tanpa corak menghiasi bahagian dalam. Kain satin merah gelap yang sedikit kembang, menjadi pilihan dia kali ini. Disengajakan, kain satin itu sedikit ternaik sehingga atas pusat dan melapik lebihan tshirt putih bahagian bawah. Meskipun, kain satin itu tetap labuh paras buku lali.

Selepas memastikan, keretanya terkunci. Aurora menyimpan kunci keretanya didalam beg tangan berjenama Gucci, bewarna putih. Sama padan dengan warna kasut tumit tingginya, tudung selendang serta baju tshirt.

Baru Aurora ingin melangkah masuk kedalam bangunan 35 tingkat itu, dia ditahan oleh seorang pengawal. Bibir teroles gincu itu sedikit tercebik, tanda protes dengan perlakuan pengawal itu.

"Maaf Cik, boleh tak Cik tolong alihkan kereta Cik." pinta pengawal lelaki itu, lemah lembut. Ternaik sebelah kening Aurora.

"Asal?" soal Aurora kepada pengawal itu. Kedengaran seperti kasar, tapi percayalah. Disebalik nada kasar itu memang sengaja dia bernada begitu. Benci dengan orang yang menghalang perbuatanya.

"Err...itu termpat VVIP." jawap pengawal itu.

Aurora terherot senyuman sinis. Dipandang lelaki itu dengan pandangan menjengkelkan.

"Kau ingat aku pekerja ke?" Sarkastik Aurora. Pengawal itu laju menggelengkan kepala.

"Bukan macam tu, Cik. Ya, saya tahu Cik bukan pekerja, tapi ada VVIP lain nak guna tempat tu." beritahu Pengawal itu.

Aurora tergelak sinis. "Siapa? Ha?"

"Maaf Cik, tapi dia orang terapat salah seorang ahli atasan syarikat ni. Bila bila masa je dia boleh halau Cik."

Aurora memutarkan bebola mata dia. Malas ingin berdalih lagi, dia terus memberitahu perkara sebenar.

"Cakap dengan orang terapat ahli atasan syarikat tu, kalau nak aku alihkan kereta. Jumpa dengan aku..."

"Ops! Atau lebih tepat...jumpa dengan pewaris bongsu syarikat ni." sambungnya. Membulat mata pengawal itu. Terkejut barangkali.

Aurora tersenyum sinis, "Bagitahu tau, nanti takut dia mengamuk tak tentu pasal."

Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan pengawal itu. Sementara menunggu pintu lift terbuka, dia membuat panggilan dengan Qayden, pengawal peribadinya. Susah ingin menerangkan jawatan Qayden ini, kerana Qayden hanya bekerja dengan Aurora kadangkala sahaja. Dek perangai independent Aurora, tak semena-mena Qayden perlu bekerja dibawah syarikat keluarga Mckay pula. Tapi itu tidak bermakna, Qayden bukan pengawal peribadinya lagi.

"Hello Cik Aurora." sapa Qayden dicorong telefon.

"Qayden, aku nak semua maklumat tentang Profesor Red Lady." Seperti biasa tanpa sapa atau salam, tiba tiba sahaja sudah mengeluarkan arahan.

Selain daripada keluarganya yang tahu identiti palsu dia, Qayden juga turut mengetahui perkara itu. Memang tidak boleh dielakkan atau disembunyikan, Qayden perlu tahu. Oleh kerana, bantuan Qayden menjaga identiti palsunya, sudah digunakan sejak mula menjadi saintis lagi. Itulah tugasan pengawal peribadi Qayden.

"Baik, saya mulakan dengan kematian palsu Profesor Red Lady." kata Qayden disebalik corong telefon.

"Qayden aku dekat lobby syarikat ni, kau bagitahu je semua maklumat. Kau pun dekat syarikat kan?" soal Aurora.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now