Bab 42

534 87 20
                                    

KEPULAN awan, menjamu pandanganya. Sekali sekala, dia menghirup udara segar di dalam hutan itu. Amat menenangkan, jiwa dan raga dia. Rasa seperti ingin duduk di kawasan hutan selama-lamanya. Mana tidaknya perasaan itu hadir, kalau bangun pagi sahaja dia sudah dapat melihat suasana flora. Tumbuhan-tumbuhan hijau pekat, sibuk mendengdangkan irama berlatar belakangkan dengan suara-suara fauna.

Sunyi.

Itulah yang paling dia suka. Jauh dengan orang ramai yang sibuk ulang-alik di atas jalan raya. Bunyi enjin memenuhi suasana, kepulan asap mengantikan udara segar. Sesak.

"Dah siap?" Adnan di belakang, menegurnya. Dia berpusing menghadap Adnan. Lelaki itu lengkap berpakaian sukan. Dia pula, mengenakan baju jersi Adnan dan seluar tracksuit suaminya itu.

Kata Adnan, lelaki itu tidak sempat mengambil kesemua pakaianya di rumah. Tapi tidak mengapa, ada masa Adnan akan membeli baju baru untuknya dimana-mana kedai berdekatan.

"Boleh ke saya keluar jogging? Awak kan dah tak bagi saya keluar rumah." kata Aurora. Entah mengapa, dia tidak boleh keluar rumah. Malas ingin menanyakan hal itu, jadi dia bisukan mulut sahaja.

"Ada saya, boleh lah keluar." balas Adnan.

"Kita nak jogging dekat mana?" tanya dia.

Lelaki itu berdiri disisinya sambil mengemaskan beg galas di belakang badan.

"Sampai sungai. Jangan risau, saya dah bertahun duduk dekat sini. Mustahil nak sesat."

Aurora mengerutkan keningnya. "Awak buat apa duduk dalam hutan bertahun? Pelarian ke?"

"Lebih kurang."

Aurora mengangguk. Mungkin, menjadi pelarian kerana bapa Adnan dahulu.

Kemudian, mereka memulakan senaman mereka hari ini. Berjoging di dalam hutan, sehinggalah menemui tebing sungai. Sepanjang larian perlahan mereka itu, Aurora hanya mengikut langkah Adnan. Di dalam hutan, amat asing baginya. Maklumlah, dia tidak pernah menjejak kaki ke dalam hutan. Tambah lagi, hutan yang dia berada sekarang jenis hutan lebat.

Setelah berbelas minit, bunyi sungai mengalir mula menyapa halwa telinga dia. Air sungai yang jernih dan tidak henti mengalir, dapat dia lihat dari jauh. Aurora teruja, seketika.

"Wah, tengok tu! Kita dah sampai sungai lah!" Mulut ditekup, tanda terlalu teruja dan terpegun.

Adnan memandang wajah Aurora. Senyuman terbit dibibir lelaki itu.

"Jom lah, Ad! Lagi sikit sahaja, nak sampai."

Akibat tidak menyabar, Aurora terus berlari ke arah sungai. Adnan sekadar menggelengkan kepala.

"Jangan lari, nanti jatuh." pesan Adnan.

Langkah mulai laju, apabila melihat susuk isterinya semakin jauh daripada pandangan.

Tiba-tiba telinga Adnan tidak lagi mendengar bunyi larian Aurora. Susuk Aurora sudah hilang sepenuhnya daripada pandangan dia. Adnan gelabah. Langkah dilajukan, berlari ke arah tempat Aurora pergi.

"Ely, jangan jauh sangat. Tunggu saya!"

Sampai ditebing sungai, Adnan memberhentikan larianya sebaik ternampak susuk Aurora yang sedang termenung memandang kawasan di seberang sungai.

"Elysian." Bahu Aurora ditepuk. Serentak itu, Aurora memusingkan badanya ke belakang. Wajah Aurora ketika ini, kelihatan tergamam.

Adnan menghembus nafas, lega. Tubuh Aurora dibawa ke dalam pelukan erat.

"Jangan lari macam tu lagi. Kalau awak hilang macam mana? You scared me." Lembut sahaja Adnan menutur. Meskipun, hatinya sekarang berombak laju. Hampir gugur jantung dia.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now