Bab 10

743 99 0
                                    

BAYU malam menampar lembut wajahnya. Rambut yang sengaja dilepaskan tak terikat, beralun lembut ketika bayu meniup. Pegangan pensil kayu ditangan dia, dilepaskan. Aurora menghela nafas lalu menyandarkan badan dia pada kerusi kulit dan jenis beroda.

Juntaian rambut didahi dia, diraup kebelakang. Pandangan mata dia, menyapa langit malam tanpa bintang yang menyinari bulan separa purnama. Hanya separuh daripada seluruh bentuk bulan sahaja kelihatan. Keluhan terpacul dari dua ulas bibir merah bak delima itu.

Dagu ditongkatkan kedua belah tangan. Mata terpejam tatkala bayu berebut masuk kedalam bilik tidurnya melalui jendela yang sengaja dibuka. Bibir terukir sendiri senyuman, apabila penat dan lelah dia hilang selepas merasa bayu malam.

Mata hazelnya tertancap pada cermin bulat yang tersusun diatas meja kerja dia. Dari cermin bulat itu, dia nampak pantulan wajah dia yang sedang mengukir senyuman. Aurora terpana. Perlahan senyuman dibibir dia mengendur. Dia nampak diri dia tersenyum tadi. Dia senyum?

Tubir mata tiba tiba bergelinang air mata. Setitis air mata dia, turun mengalir membasahi pipi. Bersaksikan bulan dan langit malam tanpa dihiasi bintang, dia teringat akan kisah silamnya bersama seseorang yang pernah menyaksikan dia tersenyum selain daripada adik beradiknya.

Namun, seseorang itu juga pernah menyaksikan tumpahan air mata dia. Seseorang itu juga punca tumpahan air matanya, ketika dahulu. Wajah seseorang itu tidak kelihatan dek kerana situasi ketika dulu hanya dia ingat separuh. Berpunca oleh kemalangan yang menyebabkan dia disahkan hilang ingatan tentang situasi dulu.

Mata hazel dia merenung kosong kertas peperiksaan yang baru diserahkan oleh guru mata pelajaran addmath bagi kelasnya tadi. Sekeliling dipandang, kesemua pelajar kelasnya seronok menunjukkan markah pada kawan masing-masing. Dia? Hanya duduk bersendirian sambil menatap markah sendiri.

Dia mengeluh, kertas peperiksaan tadi direnyukkan. Perbuatanya ingin membuang kertas peperiksaan yang sudah direnyukkan itu terbantut, apabila ada tangan merampas renyukan kertas peperiksaan tadi.

Gadis itu merengus. Tangan Aurora dihulurkan pada remaja itu, menandakan ingin meminta semula kertas yang dirampas oleh remaja tadi.Wajah dia ditundukkan tanpa memandang kearah wajah remaja itu.

"Nak apa ni?" Suara remaja itu kedengaran. Tanpa memandang kearah wajah remaja itu, dia menunding jari kearah renyukan kertas dipegangan remaja itu.

"Nak kertas ni?" soal remaja itu. Aurora hanya sekadar mengangguk.

"Kau bisu ke?"

Aurora menggeleng.

"Habistu kenapa tak cakap?"

Aurora hanya mengangkat kedua belah bahu dia.

Kedengaran tawa remaja itu meletus. "Haish kau ni pun, apa yang best lantai tu sampai tak nak pandang aku?"

Aurora menggulingkan bebola mata dia. Wajahnya masih ditundukkan menekur lantai.

"Okay aku boleh bagi balik..tapi aku nak tengok markah kau."

Belum sempat Aurora ingin menghalang, bunyi renyukan kertas diratakan semula sudah menyapa gegendang telinga dia.

"Wow! 98%! Kau guna otak apa sampai dapat 98% paper addmath ni?"

Aurora terkebil kebil. Nada remaja sekolah itu seakan terlalu teruja. Dia yang tuan markah kertas peperiksaan itu pun tak teruja sampai begitu sekali.

"Elysian...aku bangga dengan kau, Ely."

Aurora terkedu. Bibirnya mengoyak senyuman manis saat terdengar perkataan 'bangga' dari mulut remaja lelaki itu.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now