Bab 19

535 82 22
                                    

"ERIEN! Erien!"

"Ella!"

Riuh-rendah rumah agam itu, apabila terdengar teriakan suara Tuan McRae, memanggil kedua anak perempuanya.

Puan Erien tergopoh gapah berlari kearah Tuan McRae. Manakala, Puan Ella pula, masih selamba melantak nasi diatas meja.

"Ibu, tak pergi naik atas ke? Kan, atuk panggil." ujar anak tunggal Puan Ella, Elliana. Puan Ella menjeling anak tunggalnya itu.

"Kau tahu apa? Orang tua tu, panggil bukan ada sebab penting pun! Tahu menyusahkan aku je! Lambat sangat ajal sampai, tak mampus mampus!" bidas Puan Ella sambil membuat pergerakan tangan. Habis berbunyi tiga utas gelang emas ditangan dia.

Elliana yang duduk dihadapan ibunya, hanya membisu. Dia tidak gemar, dengan cara dan perlakuan ibunya ini. Sepatutnya, ibu dia lah yang perlu berterima kasih dengan atuk. Kalau bukan kerana atuk beri tumpang rumah walaupun ibunya sudah lama berumah tangga, sudah lama mereka sekeluarga duduk merempat.

Empat tahun yang lepas, tragedi yang paling dia takkan lupakan. Tragedi dimana, ibu bapanya bergaduh besar sehingga bapanya terpaksa melafazkan talak tiga pada Puan Ella. Lagi bertambah pekat tragedi itu di ingatanya, apabila dia dapat tahu, punca ibu bapanya bergaduh adalah kerana kecurangan Puan Ella terhadap Encik Eliaz, bapanya.

Ikutkan hati, dia ingin tinggal dengan bapanya. Disebabkan bapanya juga turut ada isteri lain dalam diam, dipadamkan niat itu. Padahlah, mereka bercerai. Masing masing curang dibelakang. Pasti bapanya bahagia tinggal dengan isteri kedua itu. Ibu dia pun, bahagia menganggur didalam rumah ini.

"Ella! Ella!" jerit Puan Erien dari tingkat atas. Kelihatan, wanita tua separuh abad itu laju berlari menurun anak tangga.

Puan Ella merengus geram, "Apa kau nak, akak?!"

Terhinjut bahu Elliana mendengar nada tinggi Puan Ella. Bingkas, dia bangun dari situ dan terus meninggalkan meja makan.

"Ella, syarikat ayah hampir muflis!" kata Puan Erien. Lantas, Puan Ella menepuk lengan kakaknya.

"Mulut kau tak boleh elok sikit ke?! Keluarga kita , keluarga kaya! Mustahil nak muflis. Tujuh keturunan pun, belum tentu duit kita habis." riak Puan Ella.

Puan Erien meraup wajah berkedutnya.

"Duit syarikat ayah, hilang 800 juta! Macam mana nak bayar gaji pekerja!"

Suapan dimulut Puan Ella, terhenti. Pegangan pada sudu terlepas, Puan Ella hampir rebah diatas lantai.

"Ella!" Puan Erien menyambut tubuh Puan Ella yang hampir jatuh, melorot di atas lantai.

"Erien...aku tahu siapa yang buat." ujar Puan Ella. Puan Erien berkerut.

"Siapa?"

"Aurora."

Puan Erien tergamam.

Elliana yang berada disebalik pintu dapur, menekup mulutnya.Terasa skru yang dipasang pada tulang kakinya, longgar. Mengigil wanita berumur 24 tahun itu.

Tanpa membuang masa, dia berjalan laju keluar dari rumah agam itu. Melalui pintu belakang dapur. Selepas rasa keberadaanya cukup jauh dengan rumah agam Tuan McRae, lantas dia menghubungi Aurora. Tidak sampai sesaat, panggilan sudah tersambung.

"Aurora, mak aku tuduh kau Aurora.. kau dalam bahaya Aurora! Bila bila masa sahaja, kau kena buang daripada keluarga ni! Sihir mak aku terlalu kuat Aurora! Aurora...aku tak tahan ni. Aku takut...aku takut kehilangan kau. Aku takut duduk dalam rumah tu!" luah Elliana.

Sukar dipercayai Elliana pada mulanya. Tapi apabila Aurora sendiri menunjukkan bukti yang ibunya, Puan Ella menggunakan ilmu hitam untuk meraih kepercayaan Tuan McRae. Banyak tanda tanda, Tuan McRae dikawal oleh ilmu hitam Puan Ella. Antaranya, sewaktu Aurora datang makan malam, seminggu yang lepas. Waktu itu, Elliana betul betul yakin yang Tuan McRae disihir.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now