Bab 39

472 72 11
                                    

PANDANGAN dilemparkan pada luar tingkap, hujung jari-jemarinya memintal kain gaun merah. Adnan yang sedang memandu, dipandang sekilas. Bebola matanya terguling, menyampah. Tatkala teringat yang Adnan langsung tidak membuka mulut sejak tadi.

Selalunya ada sahaja yang ingin dibualkan.

Dia pula, malas ingin memikir hal itu. Malas ingin bertekak, sebenarnya. Jadi, didiamkan sahajalah sehingga sekarang.

"Sorry."

Spontan, kepala Aurora teralih apabila ayat itu meluncur dari bibir suaminya. Keningnya terangkat.

"Sorry sebab tak bercakap dengan awak harini." Adnan mengulang semula.

"Hm." Aurora kembali, melemparkan pandangan diluar tingkap.

"Sorry again." ucap Adnan.

Diam.

"Sorry Ely."

Diam.

"Sorry sangat-sangat. Ely?"

Diam lagi.

"Awak marah ke? Sorry sangat-sangat. Ely, maafkan saya tak?"

Aurora mengeluh.

"Maafkan saya tak?" tanya Adnan, lagi. Tangan Aurora sengaja dicapai lalu disatukan jari-jemarinya dengan jemari Aurora.

Melihat, Aurora masih lagi berdiam diri dan memasang wajah beku. Adnan menghela nafas.

Tangan Aurora dilepaskan, kedua belah tanganya mengengam stereng kereta. Stereng itu dipusing, mendadak. Terkejut Aurora apabila kereta tiba-tiba diberhentikan di tepi jalan.

Aurora memandang Adnan, pelik.

Adnan seperti mencari sesuatu di dalam kocet seluarnya. Lelaki itu membuka dashboard kereta, tempat memandu.

"Haih, mana ni? Hilang lah! Ely awak yang ambil eh?" tuduh Adnan, tiba-tiba.

Aurora menjengkelkan matanya.

"Saya ambil apa pula?" Tidak berpuas hati dia. Sudahlah, buat salah. Tiba-tiba menuduhnya.

"Tak, saya tahu awak yang ambil." Adnan masih berkeras.

"Tak, sekarang ni awak tuduh saya ambil apa?"

"Ambil hati saya." ujar Adnan sambil tersengih.

Aurora yang mendengar, hanya tergamam. Bibir dicebik sedikit.

"Tak sweet pun!" kata Aurora.

"Eleh, yelah tu."

"Betul lah." Aurora masih ingin menegakkan penipuanya.

Tidak semena-mena, Adnan mencubit pipi isterinya. "Cepat cakap, maafkan saya ke tidak?"

"Ya, ya saya maafkan." kata Aurora sambil menarik tangan Adnan yang masih mencubit pipinya.

Adnan tersenyum, riang.

"Macam nilah, Cinta hati saya." ucap Adnan. Aurora sekadar memalingkan wajah ke luar tingkap. Dalam diam, dia menyimpan senyuman yang tersimpul.

"Dah jalan lah, tunggu apa lagi?" tanya Aurora, apabila perasan kereta yang dinaiki masih belum bergerak.

Adnan menghulurkan telapak tanganya. "Nak tangan dulu."

"Haish." rungut Aurora. Namun, diturutkan juga permintaan suaminya itu. Jemari mereka disatukan sebelum Adnan memulakan panduanya, menuju ke arah syarikat Mckay.


AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now