Bab 52

581 78 38
                                    

"CIK Aurora." Anggota disebelah Aurora, memanggil namanya.

"Pergi."

"Cik, tak boleh macam ni. Ini arahan daripada ketua." ujar anggota itu. Lengan yang berlapik dengan baju Aurora, ditarik sehingga wanita itu berdiri. Air mata Aurora mula tumpah.

"Adnan..."

Kepala Aurora menoleh ke belakang, memandang kawasan dimana Adnan berada. Walaupun, Adnan tiada dihadapan matanya. Dapat dia rasakan, Adnan sedang memandang ke arahnya sekarang. Memandangnya dengan pandangan sayu.

"Cik, kita kena keluar dari tempat ni!" Anggota itu menegaskan, kata-katanya.

Lengan Aurora ditarik, mengikuti langkahnya.

"Kau, lepaskan tangan aku! Aku nak jumpa suami aku!" Aurora meronta-ronta di dalam pegangan anggota itu.

Bang!

Bunyi tembakan dari tepi, menarik perhatian Aurora.

"Aish!" Anggota itu merengus sebelum menyorokkan Aurora dibelakangnya. Picu ditarik sebelum mengacukan ke pihak musuh.

Bang!

Peluru dari musuh, lebih pantas terlepas dan tepat kena di dada anggota itu. Membulat mata Aurora. Anggota itu, jatuh terduduk

"Lari..." ujar anggota itu. Tangan melekap pada dada, ingin memberhentikan darah yang ralit mengalir. Tidak dapat seimbangkan badan, anggota itu terbaring lemah di atas lantai.

Aurora bungkam.

Bang!

Pihak musuh ditembak oleh seseorang. Jatuh menghempap lantai, musuh itu.

"Aurora!"

Aurora menoleh. Kelihatan, Tan Sri Ethan sedang berlari ke arahnya.

"Ayah..."

Tan Sri Ethan melekapkan tanganya pada dada anggota itu.

"Bertahan anggota 200!" ujar Tan Sri Ethan.

Anggota itu menabik hormat kepada Tan Sri Ethan.

"Setia berkhidmat, leftenan." ujar anggota 200 sebelum matanya terkatup rapat. Nafasnya terhenti.

"Anggota! Anggota 200!" Tan Sri Ethan, menepuk-nepuk pipi anggota 200.

Seketika, walkie-talkie dari Tan Sri Ethan berbunyi.

"Letupan bom di penjara, ada 10 minit lagi. Sila keluar dari gudang ini sekarang." kata Adnan.

Aurora tergamam. Kakinya melangkah ingin, berlari ke arah Adnan. Namun, Tan Sri Ethan sempat menarik lengan anaknya.

"Adnan!" Suara Aurora bergema, memanggil nama suaminya.

"Lari, Aurora! Lari!" Tan Sri Ethan, menarik anaknya. Aurora masih berkeras ingin, membawa Adnan keluar.

"Ayah...Adnan, ayah! Adnan! Macam mana dengan Adnan, ayah!"

Hiraukan rontaan Aurora, Tan Sri Ethan kuat menarik Aurora sehingga keluar dari tempat itu.

Adnan terduduk saat terdengar suara isterinya melaung namanya. Air mata sudah merembes keluar. Gambar Aurora yang terselit dipoket dompetnya, diusap lembut.

"I'm proud of you, sayang..."

Gambar itu, dicium berkali-kali. Wajahnya sudah basah dengan air mata.

Bip! Bip! Bip!

Bunyi mesin, berbunyi. Menandakan bom dipenjara, hampir meletup. Adnan, lekas berdiri lalu menghampiri mesin itu. Dari kamera CCTV, dia dapat melihat Aurora dan Tan Sri Ethan sudah keluar dari gudang itu. Wajah isterinya, diamati lama. Wajah yang sedang menangis sambil melaung namanya itu.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now