Bab 11

711 100 8
                                    

ADNAN mencicip perlahan secawan plastik berisi kopi panas. Sedikit demi sedikit air panas itu dihirup. Bumi Malaysia kini sedang mengalami musim hujan, menyebabkan malam ini dia mencari secawan kopi panas untuk memanaskan haba dingin badanya. Sekeliling kafe kopi itu dipandang. Pelanggan dikedai itu tidak lah ramai sangat. Kebanyakkan orang yang singgah ke kedai ini pun, bertujuan yang sama dengan dia.

Adnan memandang kawasan luar kedai kafe ini dari cermin kaca lut sinar. Mata hitamnya memandang ke arah sekumpulan umat manusia, berdiri di kaki lima jalan raya. Sekumpulan umat manusia itu sedang menunggu lampu isyarat merah untuk pemandu dan lampu isyarat bewarna hijau menyala, untuk pejalan kaki.

Kesemuanya memakai payung dek kerana hujan gerimis turun membasahi bumi. Walaupun hujan, masih ada ramai yang keluar bersiar-siar mengambil angin dari bandar metropolitan ini. Bunyi hujan tumpah bercampur dengan keriuhan suara manusia, menjadi lagu latar belakang untuk lamunan kosong dia.

"Selamat datang, Cik."

Suara pekerja kafe itu menyambut tetamu, tidak dihiraukan. Dia masih ralit termenung memandang jalan raya yang lenggang dengan kenderaan tetapi penuh dengan manusia berjalan kaki dan penunggang basikal.

Tiba-tiba mata hitamnya tertancap pada susuk tubuh seorang wanita yang amat tidak asing baginya. Wanita itu berdiri di tepi kaki lima, bertentangan dengan sekumpulan manusia yang tunggu giliran mereka melintas jalan tadi.

Adnan tergamam. Badan yang disandarkan pada kerusi, ditegakkan. Mata ditumpukan lebih pada wanita itu. Apabila wanita itu memusingkan badanya, penglihatan Adnan kini tertumpu pada wajah wanita itu.

Amalia.

Wanita itu ialah Amalia. Adnan berdiri dari dudukanya. Sekeping not 5 ringgit diletakkan di atas meja. Payung yang disandarkan pada kerusi dicapai. Dia berjalan laju keluar dari kafe itu. Dia perlu berbincang dengan Amalia tentang hubungan yang sudah terjalin 2 tahun itu.

Tidak. Bukan ingin membetulkan semula hubungan mereka. Tetapi ingin penjelasan daripada mulut Amalia sendiri. Kenapa Amalia sanggup tinggalkan dia dan kenapa pilih untuk curang dengan kawan baik dia sendiri.

Nasib tidak menyebelahi Adnan. Lampu hijau untuk pejalan kaki sudah menyala. Sekumpulan manusia tadi mula melintas jalan diatas garisan lintasan belang itu. Amalia juga, wanita itu turut melintas ke arah bertentangan dengan sekumpulan manusia.

Adnan masih tidak henti mengejar. Dia gagahkan diri juga untuk berlari melintasi lintasan belang yang kini penuh dengan pejalan kaki melintas. Langkah Adnan terhenti apabila dia hampir berlanggar dengan seorang wanita tua yang sudah bongkok dan jalan bergantung pada tongkat besi.

"Maaf makcik." Adnan memberhentikan langkahnya. Kini, mata dia sepenuhnya tertumpu pada wanita tua itu. Meskipun, hatinya masih berdegil ingin mengejar Amalia.

"Eh takpe, nak." ujar wanita tua itu. Tangan wanita tua itu menggeletar memegang payung, sebelah tangan lagi memegang tongkat.

Adnan memandang susuk tubuh Amalia yang semakin jauh. Hatinya berbelah bahagi, ingin menolong wanita tua ini ataupun teruskan mengejar Amalia.

"Makcik! Mari saya tolong makcik." Suara wanita kedengaran. Dia menghembuskan nafas lega, lalu sambung mengejar Amalia.

Memang dia berterima kasih dengan wanita itu. Namun hatinya masih rasa bersalah kerana tidak dapat membantu wanita tua tadi.

Pemegang payung, digengam erat. Matanya meliar memandang sekeliling. Sambil itu, kakinya masih ralit melangkah. Kawasan seberang sini, lebih lenggang dengan umat manusia berbanding dengan seberang sana.

Beberapa minit mencari kelibat Amalia, Adnan masih tidak jumpa jumpa. Lelaki itu merengus kasar. Tak mengapa, mungkin tiada rezeki untuk mendengar kesemua penjelasan daripada Amalia. Baru Adnan ingin berpatah balik, dia tertancap pada susuk tubuh Amalia dengan seorang lelaki.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now