Bab 13

658 88 0
                                    

DETEKTIF Mikael menyandarkan badanya pada dinding tembok rumah agam keluarga Mckay. Kepala ditundukkan saat ternampak susuk musuh melintasi garaj. Walkie-talkie dikeluarkan, butang ditekan.

"102 panggilan masuk." ujar Detektif Mikael pada corong walkie-talkie itu.

Alat komunikasi itu berbunyi.

"102 terima panggilan." Suara salah seorang anggota polis kedengaran.

"Pintu utama disekat oleh musuh. Guna laluan belakang. Panggilan masuk." kata Mikael.

"102 terima panggilan. Detektif, tubuh lelaki ditemui terbaring dibelakang rumah. Mangsa merupakan salah satu pengawal rumah agam."

Satu suara lain pula kedengaran.

"Detektif Mukhriz dalam panggilan. Mangsa ialah Qayden Wilson, pengawal peribadi Aurora Elysian Mckay." Detektif Mukhriz memberi maklumat daripada pencarian dia.

"Detektif Mikael terima panggilan. Bawa mangsa ke tempat yang selamat. Jangan hubungi bahagian rawatan." balas Mikael.

"102 terima panggilan."

Walkie-talkie disimpan kedalam poket seluar. Genggaman pada pistol dikemaskan. Dalam keadaan menunduk, Detektif Mikael berjalan laju ke arah belakang rumah agam keluarga ini.


ANGGOTA 102 mengeluarkan dua jarinya lalu dihalakan pada sekujur tubuh yang terbaring lemah. Anggota-anggota lain yang bersembunyi ditempat menyorok masing masing, lantas berlari laju kearah Qayden dalam keadaan menunduk. Dan tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

"104 dalam panggilan. Mangsa masih bernafas." Alat komunikasinya berbunyi.

Anggota 102 menekan butang di walkie talkie nya.

"102 terima panggilan.103, 106. Bawa mangsa keluar dari sini."

"104 terima panggilan."

Anggota 102 memandang tubuh Qayden yang dipapah oleh dua orang anggota polis. Selepas, memastikan anak buahnya sudah membawa keluar mangsa dengan selamat. Dia memusingkan badanya kebelakang. Dua langkah dia bergerak kehadapan. Kepala dijenggukan pada tepi pintu gelangsar.

Dari luar dia nampak, seorang wanita berbaju hujan warna hitam sedang elok duduk diatas sofa sambil menghisap rokok. Kedua belah tangan wanita itu tersarung sarung tangan warna hitam. Tudung baju hujan itu tersarung diatas kepala wanita itu, membuatkan wajah wanita itu tidak kelihatan separuh. Hanya bibir yang teroles gincu merah hati sahaja kelihatan.

Beberapa lelaki berbadan sasa berdiri tegak disisi wanita itu bersama dengan pistol ditangan.

Anggota 102 membalikkan badanya kebelakang. Badan disandarkan pada dinding. Alat komunikasi dikeluarkan semula.

"102 dalam panggilan, ada dua orang lelaki bersama dengan pistol dekat ruang tamu. Seorang wanita berpakaian baju hujan warna hitam hisap rokok. Pasti suspek wanita merupakan ketua mereka." lapor Anggota 102, separa berbisik.

Alat itu berbunyi. Tanda seseorang dari corong ingin bersuara.

"Detektif Mikael terima panggilan. Pasti ketua dia perempuan?" Suara Detektif Mikael kedengaran.

Anggota 102 mati kata. Dia tak pasti tentang perkara itu.

Alat itu berbunyi sekali lagi.

"103 dalam panggilan. Detektif, memang benar ketua mereka ialah perempuan. Saksi daripada mangsa, Qayden Wilson."

Anggota 102 menghembuskan nafasnya. Mata dipejam erat, kepala perlahan dipusingkan. Ingin menjengguk musuh semula.

Bang!

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now