Bab 23

549 95 8
                                    

BUNYI musik berkumandang, membuatkan dia terbangun dari tidurnya. Aurora menutup telinganya, menggunakan bantal kusyen apabila bunyi musik itu semakin kuat.

"Bisinglah!" jerit Aurora. Seketika, bunyi musik tadi, tidak kedengaran. Kini, terasa kakinya ditolak seseorang.

"Hah! Bangun pun! Aku ingat, dah mati. Ni, kenapa tidur atas sofa?! Balik punyalah lewat." leter Mikaela.

Elliana yang berada disofa lain, hanya tergelak kecil.

"Mikaela, janganlah kacau aku..." rungut Aurora, sebelum mata dipejamkan semula.

"Macam mana aku tak kacau kau! Tak sakit ke badan, tidur atas sofa? Dengan tudung tak tercabut lagi! Kau ni, Aurora yang aku kenal kuat bekerja. Sehari tak tidur pun, esoknya masih segar."

"Aku penatlah..." gumam Aurora.

"Hah nampak! Kau bukan Aurora yang aku kenal! Aurora yang aku kenal, tak ada istilah penat dalam diri dia." bidas Mikaela.

Bukan penat yang Mikaela sangkakan. Dia penat, bermain dengan emosi. Penat dengan suasana sekeliling. Pening, tidak tahu mana yang betul. Mana yang salah.

"Kau rasa, dia tipu aku ke tak? Kau rasa dia baik tak?" tanya Aurora, tiba-tiba.

Mikaela mengerutkan keningnya.

"Kau tanya pasal siapa?"

Sudah tentulah, tentang Adnan Adriel. Lelaki itu, memang sengaja membuatkan otaknya bercelaru. Dia keliru, sama ada Adnan berkata benar. Ataupun sebaliknya.

Elliana menggelengkan kepalanya, "Aurora kau nak tidur, masuk bilik."

Tanpa membantah, Aurora bangun lalu melangkah kearah bilik tidurnya. Selepas, kelibat Aurora hilang daripada pandangan mereka.

Elliana dan Mikaela berpandangan sesama sendiri.

"Kau tahu dia pergi mana semalam?" tanya Mikaela kepada Elliana. Elliana mengangkat kedua belah bahunya, tanda tidak tahu.

Mikaela menghembus nafas, lemah.

"Dia penat sebab apa?"

Soalan itu, dibiarkan sepi tanpa jawapan.


SEHARIAN, Aurora berkurung dalam bilik. Menghabiskan masanya dengan tidur sahaja, bangun hanya untuk mendirikan tiang agama. Orang lain, mana pernah tahu situasi dia, sekarang. Apa yang diaorang tahu, Aurora seorang wanita berkerjaya, dingin, tiada perasaan, bisu walaupun boleh bercakap.

Dia juga seorang manusia, salah satu hamba-Nya yang menumpang hidup di atas muka bumi ini. Dia juga, berhak mempunyai perasaan sedih. Walapun eksperasi mukanya, kosong. Tapi hatinya, rapuh. Berkecai, hanya kerana kisah silam yang tiba-tiba muncul balik. Dengan silaturahim antara dia dan atuk kandungnya, yang sudah putus. Semuanya, datang tanpa diduga. Dia tak bersedia lagi.

Kini, apa pula? Kes kebakaran makmal, masih sekarang dia tidak tahu siapa angkaranya. Siapa, yang ingin menumpaskan dia. Siapa, yang berdendam dengan dia.

Cukuplah, trauma dia dengan Profesor Marina, yang sebenarnya bersekongkol dengan musuhnya.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya, diketuk. Sebelum gerangan yang megetuk, menguak pintunya.

Aurora memusingkan tubuhnya, menghadap muka pintu. Susuk Elliana dan Mikaela yang sedang memegang segelas air dan sebotol ubat, menjamu pandanganya.

"Boleh, kitaorang masuk?" pinta Elliana. Aurora sekadar, mengangguk. Ditukar posisi duduk sambil bersandar pada kepala katil.

Mikaela meletakkan segelas air dan sebotol ubat di atas meja, sebelah katil Aurora. Elliana pula, mengambil tempat di atas birai katil.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now