Bab 43

486 72 17
                                    

KEPALA dijengahkan diluar tingkap, saat pendengaranya menangkap bunyi hon kereta ditekan.

"Siapa tu?" tanya Puan Sri Aralyn kepada diri sendiri. Terdapat sebuah kereta bewarna hitam, terpakir elok dihadapan rumahnya. Tidak silap dia, suaminya atau anak-anaknya tiada yang memakai kereta bewarna hitam.

Selepas, si empu kereta keluar dari perut kereta. Dia menghela nafas lega. Susuk Puan Ella yang sedang menutup pintu keretanya, dipandang dengan kerutan di dahi.

Tanpa membuang masa, dia membuka pintu utama seluasnya.

"Kak Ella." sebut Puan Sri Aralyn. Butang yang terdapat di dinding, ditekan lama. Seraya itu, pagar rumahnya mula terbuka luas.

Puan Ella dengan megahnya, melangkah masuk. Sampai dihadapan pintu utama, Puan Ella terus masuk tanpa memperdulikan huluran salam Puan Sri Aralyn. Puan Sri Aralyn, terkedu sejenak.

Positifkan diri. Mungkin, kakak iparnya itu tiada mood atau tidak perasan huluran tanganya, ingin menyalam. Pun begitu, Puan Sri Aralyn tetap berkeras mematikan senyuman dibibir dia.

"Buat apa datang sini?" tanya Puan Sri Aralyn, mendatar. Fikirnya, ingin berlembut dengan Puan Ella. Tatkala, Puan Ella menunjukkan sisi buruknya itu, serta-merta mati niat baik dia. Fikiran positif tadi pun, tidak mampu menenangkan dia.

"Dah tak hormat kakak ipar sendiri nampak." ujar Puan Ella. Selamba, wanita berkedut itu melabuhkan punggung di atas sofa mahal, diruang tamu.

Puan Sri Aralyn tergelak sinis.

"Dah tak hormat tuan rumah nampak. Kekurangan adab ke?" herdik Puan Sri Aralyn.

Puan Ella terkedu. Mata dibeliakkan memandang Puan Sri Aralyn.

"Kau, dari dulu tak berubah perangai jijik kau tu!" kata Puan Ella, menggunakan nada tinggi.

Puan Sri Aralyn mengendahkan kata-kata Puan Ella. Sebaliknya, dia sambung mengherdik kakak iparnya itu.

"Oh, betul lah dah kekurangan adab. Sebab tu datang sini. Nak minta sedekah eh?"

Puan Ella yang mendengar, sudah berapi. Wajahnya jelas mengatakan yang dia bengang, sekarang.

"Eh perempuan, kau dengan anak kau sama sahaja! Boleh pergi mampuslah!" tengking Puan Ella.

Puan Sri Aralyn tergelak sinis. "Anak beranak, memang lah sama. Jadi, kak Ella boleh keluar sekarang. Semak mata saya tengok."

Puan Ella terkelu lidah. Lantas, wanita tua itu bangun dari dudukan. Puan Sri Aralyn, dipandang tajam.

"Aku datang nak sampaikan kad kahwin ni dekat Ethan." Sepucuk surat dibaling pada wajah Puan Sri Aralyn. Namun, sasaranya tidak tepat. Puan Sri Aralyn lebih pantas mengelak.

Kakak iparnya itu lupakah yang dia pernah menjuarai pertandingan seni mempertahankan diri sewaktu muda dahulu?

Melihat surat yang dibaling, tidak kena pada sasaranya. Puan Ella tersenyum sinis.

"Wah, kau masih cekap walaupun dah tua." ujar Puan Ella.

"Ada masalah ke?"

Puan Ella menggeleng. Senyuman sinis masih belum pudar dibibir dia.

"Tak ada. Cuma, aku terfikir. Susahlah kau nak mati nanti, kalau kau masih kuat berlawan." Akhir kata Puan Ella, wanita itu tergelak.

Puan Sri Aralyn tergamam seketika.

Sembunyikan reaksi tergamam itu, dia mengambil sepucuk surat di atas lantai. Sebaris ayat di atas surat itu, dibaca.

Ella & Elijah.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now