Bab 53 | Flashback

502 69 2
                                    

8 tahun yang lepas.

ADNAN mencelikkan kelopak matanya, terkedip-kedip matanya saat cahaya lampu menusuk sistem penglihatanya. Baju sekolahnya, penuh dengan berlumuran darah. Dia lantas, bangun dari pembaringanya. Sekeliling, dipandang.

Dia tidak tahu, dia berada dimana sekarang ini. Apa yang dia perasan, dia di dalam sebuah gudang yang terang berderang dengan cahaya lampu.

Sret...

Pandanganya teralih tatkala bunyi geseran pintu pada lantai konkrit, memenuhi segenap ruang. Susuk seorang lelaki berbadan sasa, menyapa pandanganya. Langkah Adnan, terundur ke belakang. Lelaki itu menghampirinya.

"Aku orang baik, aku yang kutip kau dekat hutan tadi." kata Tan Sri Ethan, sekaligus mematikan andaian bukan-bukan Adnan terhadapnya.

"Ku..kutip?" Tidak kah perkataan itu, terlalu kejam.

Tan Sri Ethan mengangguk selamba. "Yalah kutip, kau ingat kalau aku tak kutip. Kau masih boleh bernyawa?"

Adnan menggeleng perlahan. "Siapa pakcik? Saya dekat mana?"

Tan Sri Ethan melabuhkan punggungnya, di atas katil. Tempat dimana, Adnan dibaringkan tadi.

"Siapa Asyraf?" tanya Tan Sri Etan, tiba-tiba. Adnan, mengerutkan keningnya.

"Ma..mana pakcik tahu?" Gagap, Adnan bersuara.

"Budak peniru tu, Aurora ke? Apa kaitan kau dengan anak aku?" Bertalu-talu soalan yang dilontarkan olehnya.

Adnan duduk melutut dihadapan Tan Sri Ethan.

"Pak..pakcik, saya boleh terangkan kesemuanya."


"SAYA balik dulu, Uncle." Remaja lelaki itu meminta diri. Tan Sri Ethan mengangguk. Bahu Remaja lelaki itu, disentuh.

"Siapa nama kamu? Uncle sangat terhutang budi dengan kamu." kata Tan Sri Ethan.

Remaja lelaki itu tersenyum nipis.

"Saya, Asyraf. Asyraf Aryan."

Tan Si Ethan terangguk-angguk.

"Asyraf Aryan...Lebih kurang dengan nama anak Uncle." Tan Sri Ethan, berkata.

Asyraf tersenyum kecil. "Saya gerak sekarang."

Mata Tan Sri Ethan tertancap pada seorang remaja lelaki yang berdiri dihadapan pagar rumah.

"Siapa tu? Kawan kamu?" tanya Tan Sri Ethan. Asyraf mengangguk.

"Adnan, nama dia."

Saat itu, Adrien sedang berdiri disebelah bapanya. Mata, turut memandang ke arah remaja lelaki yang berdiri di luar pagar rumah.

"Saya balik dulu," ujar Asyraf, sekali lagi.

Adrien duduk semula ke tempatnya, tadi.

"Ya, ya. Hati-hati balik..." ucap Tan Sri Ethan.

Selepas kelibat Asyraf, sudah tidak kelihatan. Tan Sri Ethan memasuki rumahnya semula. Pintu rumah, dihempas kuat.

Bam!

Terhinjut bahu, kesemua gerangan yang berada didalam rumah agam itu.

"A...ayah. Aryan, tak buat ayah. Aryan, tak buat. Sumpah!" Aryan duduk melutut, dihadapan bapanya.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now