Bab 17

585 80 5
                                    

SEKEPING kertas ditanganya, diperhatikan teliti. Dahinya berkerut saat terbaca sebaris angka nombor serta nama pengirim surat itu.

"Detektif!" Kepalanya terangkat memandang gerangan suara. Kelihatan, Kyle sedang berlari kearahnya dengan membawa lipatan surat berbentuk segi tiga, ditangan.

Detektif Mikael berkerut, diperhatikan surat ditangan Kyle dan surat yang dia terima, silih berganti.

Ianya sama! Surat mereka sama.

"Detektif, aku jumpa surat ni dekat dalam kereta aku. Aku rasa, surat ni ada kaitan dengan kes." kata Kyle, tanpa menyapa terlebih dahulu. Dari riak wajah anggota itu, seperti sedang terburu buru.

Mikael menghembuskan nafasnya, lemah.

"Kita bincang dekat bilik mesyuarat."


PACUAN empat roda yang semakin jauh, dipandang dengan senyuman kecil. Aurora memandang pintu kafe dihadapanya. Penutup mulut bewarna hitam ditanganya, digengam kemas. Dia menghela nafas, sebelum mendekati tong sampah. Ayat Adrien sewaktu didalam kereta tadi, bermain difikiranya.

"Aku tak tahu, siapa yang hasut kau sampai boleh berubah macam ni...tapi aku memang berterima kasih dekat dia. Aku bangga dengan kau juga, sebab dapat terima hasutan dia. Kau boleh berubah, kau boleh lakukan."

Tanpa berfikir lagi, topeng muka itu dibuang kedalam tong sampah. Aurora mula melangkah masuk kedalam kafe. Matanya meliar mencari susuk tubuh seseorang. Kedai yang sesak dengan pelanggan ini, menyebabkan sukar untuk dia mencari keberadaan seseorang itu.

Akhirnya, dia memutuskan untuk menanya pada pekerja kafe ini. Baru selangkah dia merapati kaunter pembayaran itu, dia terhenti. Otaknya memikirkan sesuatu.

Perlu ke tidak untuk dia menanyakan perkara itu?

Kalau dia salah kedai, macam mana?

Kalau pekerja itu memulaukan dia, macam mana?

Pelbagai soalan dibuat, sehinggalah seorang pekerja dikaunter itu, menegur dia.

"Cik?"

Aurora tersentak. Pekerja wanita itu mempamerkan senyuman. Kekok, Aurora membalas senyuman pekerja wanita itu.

Aurora mengeluh dalam diam. Lambat-lambat dia melangkah kearah pekerja itu.

"Err...ada customer nama Maria tak?" tanya Aurora. Ya, hari ini dia mengadakan janji temu dengan Maria, pembantu makmalnya. Tanpa sebarang lindungan dimukanya. Topeng muka, mahupun contact lens.

"Wah...ini mata asli ke,Cik?" Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Aurora teragak agak mengangguk.

Pekerja wanita itu terlopong. Seakan terpukau dengan mata hazel dia, pekerja wanita itu langsung tidak mengalihkan pandangan pada matanya.

"Ehem!" Aurora berdehem.

"Eh, maaf cik! Err...Cik Maria ada dekat meja hujung sekali. Sebelah dengan dinding kaca." kata pekerja wanita itu sambil menunding jari kearah tempat yang dikatakan.

"Oh ya..cik nak pesan apa apa ke?" tanya pekerja wanita itu.

"Emm, Latte satu. That's all." balas Aurora.

Pekerja wanita itu menekan sesuatu pada papan kekunci. Lalu, pekerja itu memandang Aurora semula.

"Cold or hot?." Pekerja itu menanya.

"Cold, less ice."

"Okey, jumlah 3 ringgit 50 sen."

Empat keping kertas biru bernilai seringgit, dihulurkan. Pekerja itu menyambut, sebiji sen bernilai 50 sen dihulurkan pada Aurora.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now