Bab 45

515 74 26
                                    

BANGUN sahaja dari lenanya, mata diliarkan ke sekeliling bilik. Hairan, apabila melihat dirinya sekarang di dalam bilik dia dan Adnan, dirumah banglonya. Dan bukan, bilik dia dirumah agam keluarganya.

Sisinya dipandang. Nafas dihembus, apabila perasan Adnan tiada di dalam bilik ini. Dia tidak bersedia lagi menatap wajah Adnan. Hatinya masih terasa sakit. Pun begitu, dihujung sudut lubuk hatinya. Masih ada perasaan bersalah. Bersalah kerana menuturkan ayat yang tidak sepatutnya dituturkan, semalam. Ego dia terlalu tinggi malam itu. Sampaikan, dia tidak sedar apa yang keluar dari mulutnya.

Tunggu sebentar.

Macam mana dia boleh berada di rumah mereka berdua? Pasti, Adnan yang membawa dia pulang ke rumah tanpa mengejutkan dia.

"Haish!"

Kepala dihenyakkan pada bantal. Bunyi pintu terkuak dari luar, menarik perhatianya. Wajah Adnan menjamu pandangan matanya saat pintu bilik mula terbuka luas. Lekas, Aurora berpusing membelakangi Adnan.

"Elysian."

Apabila kelibat Adnan semakin menghampirinya, kelopak mata dikatup rapat. Dia sudah kata, dia tidak bersedia lagi menatap wajah Adnan. Kedengaran, keluhan dilepaskan oleh Adnan. Ruang kosong disisinya, memberat. Menandakan Adnan melabuhkan punggung disitu. Haruman badan Adnan, menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Menandakan jarak dia dan Adnan rapat ketika ini.

Aurora masih lagi membeku disitu. Deruan nafas Adnan, semakin dekat denganya.

"Saya minta maaf." bisik Adnan ditelinganya.

Dalam keadaan kelopak mata tertutup, Aurora membalas.

"Boleh pergi mampus dengan maaf awak tu."

"Uish, tajam awak." Tangan sengaja dilekapkan ke dada.

Malas ingin melayan, Aurora bangun daripada pembaringanya. Badan dia terjatuh semula ke atas katil tatkala Adnan menarik lenganya.

"Benda awak ni?" Kasar sahaja nada yang digunakan Aurora.

"Maafkan saya dulu." Jemari Adnan kuat mencengkam lenganya.

"Berterus terang dengan ayah ibu dulu. Especially, ibu." kata Aurora.

"Elysian..." Hiraukan panggilan itu, Aurora meneruskan kata-katanya.

"Saya masih tak faham, macam mana Adrien boleh simpan rahsia ni daripada pengetahuan ibu dan ayah. Sedangkan, dia yang beria suruh saya ingatkan balik ingatan dulu."

Adnan diam, mendengar.

"Kenapa eh? Sebab awak kawan dia? Sebab awak banyak melabur dekat syarikat?"

Diam lagi.

"Atau, sebab awak hulur duit haram dekat Adrien? Berapa banyak?"

"Aurora!" Tidak terkejut dengan tengkingan Adnan. Lelaki itu sudah menukar posisi dari baring ke duduk di atas katil, sambil memanah tajam anak mata dia.

"Pelik juga eh. Adrien kata, awak ada datang rumah waktu 8 tahun yang lepas. Takkan awak tak pernah kenalkan diri dekat ayah? Rupa awak berubah drastik ke sampai ayah tak ingat muka awak?"

"Aurora please," Jelas sekali wajah Adnan membahang dek kerana berapi dengan kata-kata Aurora. Namun, lelaki itu masih berdegil mengawal emosi.

"Oh, bila marah dah tak guna nama 'Elysian' eh? Okay...faham, faham." ujar Aurora, menaikkan api kemarahan suaminya.

"Elysian..."

"Lah, guna 'Elysian' balik."

"Can you stop! Aku dah kata, aku kena tipu dengan dia, kan?! Tak faham lagi ke?!" Tengkingan Adnan, langsung tidak mengerunkan Aurora.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now