Bab 27

519 69 5
                                    

KELUHAN terlepas dari dua ulas bibir itu. Pelipisnya diurut tatkala terasa pening menyegat kepalanya. Wajah Detektif Mikael yang juga, jelas kelihatan kusut, dipandang. Sistem penglihatanya, teralih pada wajah Detektif Mukhriz. Lelaki itu juga, sama seperti dia dan Mikael. Kusut.

"Jadi, nama samaran dia Crazed. Musuhnya, Cik Aurora..." Kata-kata Mikael tergantung.

"Dan Private MC. Termasuk kita semua sekali." celah Mukhriz, menyambungkan kata-kata tergantung Mikael.

"Pembantu dia, Profesor Marina, Jeff dan Zack . Semua orang yang kita tak jangka, rupa-rupanya bersengkongkol dengan Crazed. Siapa pula lepasni?" keluh Harraz. Rambut yang sememangnya serabut, diserabutkan lagi.

Mikael teringat sesuatu. "Kyle, macam mana dengan Kyle? Apa tindakan dia kalau dapat tahu Profesor Marina jahat?" tanya Mikael.

Mukhriz merengus. "Kenapa kita tak bagitahu dia awal-awal? Kes dah berat baru nak fikir tentang tu. Kalau kita bagitahu awal-awal, mungkin dia boleh pujuk kakak dia. Hukuman kakak dia pun boleh diringankan."

Detektif Harraz bungkam. Ada betul kata Mukhriz. Mereka yakin, Profesor Marina tidaklah sejahat itu. Masih ada sikap murni dan suci, dalam diri saintis wanita itu. Kini, masalah semakin berat. Profesor Marina pun, tiada tanda-tanda ingin memihak pada pihak polis. Tidak mustahil, Profesor Marina sekarang, sudah seratus peratus memihak pada musuh.

"Tambah kes, Ailee pula ni." rungut Harraz.

Mikael mengangkat wajahnya, memandang Harraz.

"Tuan Matheo kata, kes Ailee jangan fokuskan dahulu. Itu tak penting. Teori Leftenan Kolonel, Ailee bukan nak sangat balas dendam pada Puan Sri Aralyn. Utama dia, hanyalah Crazed dan Profesor Marina." beritahu Mikael.

"Baiklah, kalau macam tu. Kita bincang dulu rancangan perangkap Profesor Marina. Mungkin, dengan cara itu kita dapat korek rahsia Crazed." kata Harraz.

Mikael dan Mukhriz serentak mengangguk.

"Apa rancangan kita?" tanya Mukhriz.

Bip! Bip! Bip!

Perbincangan mereka terbantut tatkala bunyi kecemasan bergema disegenap ruang. Mukhriz pantas, menekan butang merah yang terdapat di atas meja panjang itu.

"Hello, hello? Any problem out there?" panggil Mukhriz pada si gerangan yang menekan butang kecemasan.

Pembesar suara yang tergantung didinding, berbunyi.

"Detektif, suspek kes 1008 dijumpai melarikan diri daripada anggota!"

Kedengaran, suara seorang lelaki dengan nafas tercungap-cungap.

Ketiga detektif itu berpandangan.

"Profesor Marina." Nama si suspek terpacul dibibir Harraz.

Mukhriz bertanya pada si gerangan disebalik pembesar suara itu. "Anggota dapat kejar suspek? Siapa?"

"Ya, Anggota 101 dan 200 dapat mengejar suspek."

Mukhriz terbeliak.

Kyle!

"Arahkan, 5 orang anggota lagi kejar!!" laung Harraz.

"Baik Detektif!"

Mikael menyimpan sepucuk pistolnya di dalam poket seluar. "Aku ikut sekali."

Lalu, penyiasat itu terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat.

ANGGOTA 200 mengenggam kuat, pemegang tangan tempat penumpang. Sisinya dikerling. Menggigil seluruh badanya, melihat Kyle memandu persis seorang pelumba haram yang hanya ada dua peluang, antara mati atau menang.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now