Bab 22

521 84 23
                                    

MASQUERADE merah disarung, gincu merah dioles. Kasut tumit bewarna merah dipakai. Aurora meneliti wajahnya dari cermin kereta. Kala, dia mengalihkan pandangan pada pistol digenggamanya. Dia tidak tahu, kenapa dia membawa pistol.

Terlalu kuat kah firasat dia, mengatakan White Hacker ada niat buruk padanya?

Hatinya berbelah bahagi.

"Kalau dialah yang selalu masuk dalam mimpi aku, bermakna dialah yang fitnah aku? Dia, orang yang buat aku kehilangan Aryan?" monolog Aurora.

Aurora bukan seorang wanita bodoh, tidak mengecam lagi White Hacker adalah remaja lelaki dari kisah silamnya. Firasatnya kuat mengatakan penggodam misteri itu, berkaitan dengan kisah silamnya. Banyak tanda, yang White Hacker adalah remaja lelaki dari kisah silamnya itu. Antaranya, sewaktu kali pertama mereka bersemuka di majlis syarikat Gaunlett.

Dia cuba bezakan ingatanya semasa dengan remaja lelaki dan semasa White Hacker menegurnya.

"Kau bisu ke?" tanya WH.

Aurora menggeleng.

"Habistu kenapa tak cakap?"

"Nak kertas ni?" soal remaja itu. Aurora hanya sekadar mengangguk.

"Kau bisu ke?"

Aurora menggeleng.

"Habistu kenapa tak cakap?"

Aurora hanya mengangkat kedua belah bahu dia.

Kedengaran tawa remaja itu meletus. "Haish kau ni pun, apa yang best lantai tu sampai tak nak pandang aku?"

Tanpa sedar, Aurora sudah mengenggam kuat pistol ditanganya. Seolah menahan kemarahan dari meletus.

"Argh! Babi!" carut Aurora. Pistol itu dilempar ke tempat duduk sebelah. Matanya meliar mencari beg tanganya. Setelah jumpa, pantas dia keluarkan satu botol ubat dari beg tanganya. Sebutir pil ditelan, tanpa air.

Terasa otaknya tenang, selepas menelan ubat tahan sakit itu.

Telefonya berdering kuat, tanda seseorang menghubunginya. Aurora menyelongkar beg tanganya, mencari keberadaan telefonya. Apabila sudah jumpa, ibu jarinya menggesel punat hijau di atas skrin telefon.

"Hello, ayah." sapa Aurora terlebih dahulu.

"Dah sampai ke belum?" tanya Tan Sri Ethan dari corong telefon.

Aurora memandang kearah gudang dihadapnya itu.

"Dah."

"Jangan makan ubat tu lagi, nak mati awal ke?" sinis Tan Sri Ethan. Aurora terkelu.

Bapanya ini, ada pasang kamera pengintip ke dalam kereta dia?

"Hm." Hanya mengumam pendek, Aurora terus matikan panggilan.

Telefon dan pistol disimpan dalam beg tanganya, lalu dia melangkah keluar dari perut kereta. Dengan megah Aurora berjalan kearah pintu besar gudang. Setiap langkahnya, penuh dengan bunyi detakan kasut tumit pada jalan tar. Bibirnya langsung tiada senyuman yang tersimpul. Beku, dingin. Itulah riaksi wajahnya.

Matanya meliar sekeliling kawasan luar gudang itu. Kosong. Tiada seorang pun yang lalu lalang dihadapan gudang ini. Malah, satu kenderaan pun tiada.

Dia tertanya tanya, tidak kesahkah bapanya tentang keselamatan dia? Dia perempuan, yang ingin bersemu muka dengan lelaki.

Ataupun, bapanya memang tidak kesah tentang keselamatan dia?

Ting!

Satu mesej dia dapat. Aurora mengeluarkan telefon bimbitnya, notifikasi ditekan. Ianya mesej dari bapa dia.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now