Bab 51

523 75 40
                                    

ASYRAF menolak pintu bilik yang ditempatkan Aurora. Masuk sahaja ke dalam, wajah Aurora yang sedang memandang tajam ke arahnya, dijamah. Dibelakang dia, Adnan setia membontotinya masuk ke dalam bilik itu.

"Kau nak tahu tak, kenapa aku buat kau macam ni?" tanya Asyraf, sengaja ingin melumatkan isi hati Aurora yang sudah lama layu itu.

"Kerana dendam," balas Aurora, mendatar. Tanpa secalit senyuman pun dibibirnya.

Asyraf mengangguk lalu tertawa.

"Macam mana boleh jadi dendam?" Persis seorang guru menanya soalan kepada anak-anak muridnya.

Kali ini, Aurora tidak menjawab.

Asyraf mendekati Aurora. Dia bercangkung di hadapan wanita itu. Mata mereka, saling bertatapan. Penuh dengan dendam yang lama tersimpan kemas.

"Kerana cemburu. Aku berdendam dengan kau kerana cemburu. Jelas?" Ungkap sahaja ayat itu, Asyraf menunjal dahi Aurora.

Aurora tersenyum sinis.

"Dendam kerana cemburu? Huh, jantan bodoh macam kau sahaja sanggup berdendam kerana cemburu."

"Puih!" Aurora meludah, tepat kena di wajah Asyraf.

Lelaki itu, mengetap giginya geram. Air ludah yang melekat di wajahnya, dikesat.

"Kurang ajar, kau!"

Pang!

Berdesing bunyi tamparan yang hinggap di pipi kiri Aurora. Aurora tidak pula mendesis kesakitan. Malah, dia ketawa sambil menyimpul senyuman sinis. Ketara, aura kekuatan yang berada di dalam diri Aurora.

"Aku cakap benda betul. It's a fact, not a fake." kata Aurora.

Geram dengan ujaran wanita itu, Asyraf berdiri lalu berpusing ke belakang, menghadap Adnan.

"Adnan, kau cabut semua pakaian dia. Aku nak hidangkan makan malam untuk anak-anak buah aku. Hahaha!!" arah Asyraf.

Asyraf berpaling ke pintu.

"Luke! Ezra!" Asyraf melaung nama kedua anak buahnya yang menjaga pintu bilik. Seketika, dua orang lelaki berpakaian sut melangkah masuk ke dalam. Berdiri tegak sambil menghadap Asyraf.

Asyraf tersengih sinis. Kepala dipusingkan, menghadap Adnan yang masih tidak berganjak dari tadi.

"Adnan, buat apa yang aku suruh. Kenapa? Tak sanggup? Kau dah jatuh cinta dekat dia ke, bro?" Asyraf berkata.

Adnan masih berdiri tegak, tanpa reaksi.

"Adnan-"

Bang!

Tersentak Asyraf mendengar bunyi tembakan itu, kepala dipusing memandang anak buahnya. Seorang anak buahnya yang bernama Luke, jatuh rebah di atas lantai dengan darah diserata tempat.

Mata Asyraf membulat.

"Siapa yang tembak?!"

Hairan dia, apabila Ezra dan Adnan masih di posisi yang sama.

Pandangan dialih memandang Adnan. Lelaki itu kelihatan tersenyum sinis sambil memandang tepat ke arahnya.

"My wife." balas Adnan, merujuk kepada pertanyaan Asyraf tadi.

Asyraf terkedu. Badan, spontan berpusing ke belakang saat terdengar gelakan tawa Aurora. Terbeliak matanya, melihat posisi Aurora sekarang. Wanita itu sudah berdiri tegak, pistol tepat mengacu ke arahnya.

"Apa..." Asyraf bungkam.

"Kau suruh adik ipar aku benarkan isteri dia diperkosa oleh lelaki lain? Betul lah apa adik aku cakap. Kau, jantan bodoh."

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now