Bab 3

1K 133 11
                                    

MALAM menjelma. Bulan separa purnama jelas kelihatan dari luar tingkap lut sinar. Jarum panjang menunjukkan nombor dua belas manakala jarum sedikit pendek juga menunjukkan nombor satu.

Masa sudah suntuk. Bumi Malaysia sekarang ini sepatutnya, kesemua umat manusia diulit mimpi. Namun, masih segelintir manusia yang berjaga ditengah malam. Persis seekor burung hantu. Dan, segelintir persis burung hantu itu termasuklah seorang saintis yang masih sibuk mengkaji sesuatu eksperimen. Saintis itu ialah,

Aurora.

Matanya lasung tidak membuatkan tanda tanda ingin terlelap. Malah, otaknya sekarang ini laju berfungsi dan segar bugar. Ibarat, dia sudah tidur sepanjang siang hari. Hakikatnya, di siang hari pun dia berjaga.

"Profesor, taknak balik ke?" tanya Maria. Punyalah setia seorang pembantu makmal terhadap ketua dia, sehinggakan meneman profesornya sampai lewat malam.

Aurora memandang Maria sekilas. Sebelum matanya tertumpu pada kerja dia semula.

"Balik lah dulu. Aku stay back sampai pagi harini." kata Aurora.

Maria mengeluh. "Prof taknak balik sama? Dari pagi tadi Prof tak henti buat kerja. Makanan pun tak sentuh."

"Tak apa, Maria. Dah biasa. Nak siapkan kajian ini dulu." ujar Aurora. Ikutkan hati, berat mulutnya ingin bersuara. Tapi disebabkan ingin membalas kata kata Maria, terpasaklah dia membuka mulut.

"Saya balik dulu ya, Prof. Kalau ada apa apa, Prof call sahaja saya."

Aurora mengangguk. Seketika tubuh Maria hilang dari pandangan.

Beberapa jam kemudian. Jarum jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Lima belas minit. Dua puluh saat. Aurora memberhentikan kerjanya.

Dia menanggalkan kot makmal dari tubuh dia. Kot itu disangkutkan pada tempat penyangkut di penjuru makmal. Sekali sekala mulutnya menguap. Mata Aurora sudah merah.

Aurora membaringkan tubuh badan dia, diatas sofa panjang yang berada di makmal dia. Telefonya dicapai dari meja kecil dihadapan sofa. Jari-jemarinya menggesel diatas skrin. Dia memeriksa laman sosial. Segala meseg dibuka. Tetapi tidak semua dibalas. Hanya membalas meseg penting. Selebihnya dipulaukan tanpa membalas. Atau lebih tepat hanya hantar 'bluetick' .

Sedang dia tatal laman sosial yang diberi nama 'twitter', tiba tiba matanya tertancap pada satu tweet dari akaun seseorang.

Seorang penggodam misteri menjadi kebanggaan dan pelindung negara. Beliau telah dinobatkan sebagai jaguh negara atas jasa beliau pada negara. Iaitu menyelamatkan hampir kesemua akaun bank rakyat Malaysia daripada digodam oleh penggodam jahat. Selain itu, beliau juga telah menyelamatkan maklumat rahsia negara dari dicuri oleh negara lain.

Penggodam itu disembunyikan identiti sebenar. Latar belakang beliau juga disembunyikan oleh beliau sendiri. Atas sebab tertentu. Penggodam ini bernama 'White Hacker'.

Berita dari mulut pengerusi Syarikat Gauntlett, syarikat mereka telah menjemput WH datang menghadiri majlis sambutan mengharagai jasa orang terpenting negara pada negara. - Berita Metropolitan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now