Bab 1

1.8K 189 21
                                    

𝐀𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐜𝐞𝐦𝐛𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧
𝐏𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢

✣✣✣✣✣

BUNYI sudu berlaga memenuhi segenap ruang makan itu. Semua orang yang berada dimeja makan itu, seolah-olah bisu. Masing-masing diam, menikmati hidangan dihadapan mata. Hakikatnya, memang etika keluarga mereka. Mereka tidak dibenarkan mengeluarkan suara atau bermain gadget, sewaktu sedang menikmati hidangan.

"Ayah nak bagi satu pengumuman." Seorang lelaki tua, bersuara. Serta merta, semua yang berada dimeja menghentikan kunyahan dimulut dan juga suapan. Tangan mereka diletakkan dibawah meja, tidak menyentuh sudu atau apa benda sekalipun diatas meja.

Itu juga tersenarai dalam peraturan keluarga mereka. Apabila, ayahnya ingin bersuara, mereka dilarang untuk melakukan perbuatan. Hanya duduk diam dan memasang telinga.

"Semenjak dua bulan ini, syarikat keluarga kita mengalami keuntungan besar. Syukur, Alhamdulilah."

Lelaki tua itu hanya memasang wajah beku. Walaupun nada dia tidak tegas, tapi wajahnya cukup menggerunkan keadaan. Tambah lagi lelaki tua itu tidak seperti seorang yang sudah berumur. Dengan badannya tegap lagi. Wajahnya pula mempunyai segaris bekas parut dari atas kening sehingga bawah mata. Matanya bewarna hazel gelap. Tangan yang berurat lelaki berumur itu, telah menarik perhatian gadis diluar sana. Tetapi bukan dia.

Tangan berurat itulah yang paling dia takutkan. Kerana dia pernah nampak depan mata dia sendiri, tangan itu mencekik leher abang sulungnya.

"Jadi, ayah cadangkan ingin membuat majlis sempena meraikan keuntungan syarikat kita." ujar Tan Sri Ethan. Ya, itulah nama lelaki berkacukan perancis dan malay itu. Merangkap ayah kandung dia.

Seorang lelaki disebelah dia, berdehem seketika.

"Jadi adakah kita akan menjemput orang luar ataupun hanya sambut dengan pekerja sahaja?" tanya Ayden, abang sulung dia. Wajah dia juga beku sahaja.

Tan Sri Ethan, mengangguk. "Boleh juga. Tapi kita jemput syarikat yang pernah berkerja dengan syarikat kita sahaja."

Tan Sri Ethan memalingkan wajah pada seorang lelaki yang duduk dihadapan Aurora.

"Adrien. Ada apa apa pendapat yang nak diulaskan?" tanya Tan Sri Ethan pada anak keduanya itu.

Adrien mengangkat wajahnya memandang Tan Sri Ethan sebelum menggelengkan kepala.

"Bagus lah macam tu." ujar Tan Sri Ethan. Lelaki tua itu memandang anak bongsunya pula.

"Aurora pula? Ada apa apa yang nak diulaskan?" tanya Tan Sri Ethan. Aurora hanya diam. Dia tahu perkara itu bukan soalan tapi lebih kepada sindiran.

Seorang wanita yang duduk disebelah Adrian, mencebik.

"Awak..janganlah nak sindir Aurora sangat. Bukan salah dia. Minat dia dah ke jalan sains. Bukan bisnes. Takkan nak paksa dia." ujar Puan Sri Aralyn.

Tan Sri Ethan, mendengus.

"Boleh je, kalau belajar." kata Tan Sri Ethan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now