Bab 38

453 63 1
                                    

"MANA Cik Aurora nak simpan pendrive ni?" tanya Harraz.

"Dimana-mana. Asalkan aku masih hidup, pendrive ni tetap selamat." balasnya.

"Selama ni, Cik Aurora letak dekat mana?" tanya Harraz, lagi.

Aurora memandang detektif itu dengan kening terangkat sebelah. Bibirnya terlakar senyuman sinis.

"Tempat tu dah musnah."


AURORA mengambil tabung uji dari rak dibelakang makmal. Rak itu penuh dengan deretan susunan alat dan bahan makmal sains. Pandangan Aurora difokuskan pada tabung uji ditangan. Mulutnya terkumat-kamit mengira sesuatu.

"Satu..."

"Dua..."

"Tiga..."

Serentak dia mengira sambil menekan setiap garis isi padu yang terlakar di tabung uji. Rak itu, tiba-tiba mengeluarkan asap kecil sebelum perlahan-lahan rak itu terkuak dari dalam.

Aurora tersenyum kecil saat matanya menangkap sebuah kotak kaca, disusun kemas di atas sebuah meja. Di dalam kaca itu terdapat satu pendrive bewarna merah.

Benda yang paling berharga buatnya.

Benda yang paling berbahaya buat seluruh dunia.

Kini, Aurora masih berdiri statik dihadapan bilik wad yang ditempatkan Kai, junior detektif. Lamunanya terhadap perbualan antara dia dan Detektif Harraz telah membuatkan otaknya terngiang sekali, tentang bilik rahsia di makmal lamanya. Atau lebih tepat, makmal Profesor Red Lady.

"Cik Aurora." sapa Detektif Mukhriz dari belakang. Aurora tidak terkejut dengan sapaan tak diundang itu, dia memang sudah tahu lelaki itu perasan akan kehadiranya.

"Cik Aurora tak nak masuk?" tanya Detektif Mukhriz. Lelaki itu sudah berdiri disebelahnya.

"Dah soal siasat Ava?" Lain yang ditanya, lain yang dijawab.

Mukhriz hanya melayan sahaja. Lelaki itu mengangguk, tanda sudah.

"Tapi, nampak macam dia tak bersalah sahaja. Banyak kali dia menafikan. Bila ditanya soal Crazed, dia kata dia tak tahu apa-apa. Sekarang, suspek masih dikurung dalam penjara." kata Mukhriz.

Aurora masih memandang pintu bilik wad. Dan masih mengekalkan wajah kosongnya.

"Kau ingat tentang kerusi rumah aku jatuh?" Aurora menanya.

Mukhriz mengangguk. "Yang teori kami tentang huruf A, kan?"

"Sekarang kau cipta teori kesemua mangsa Crazed, sama macam korang buat teori kerusi jatuh tu." kata Aurora.

Tak dinafikan, penyiasat Private MC semuanya bijak belaka. Kalau tidak, macam mana mereka boleh berfikiran jauh sehinggakan boleh terfikir maksud disebalik sebuah kerusi meja makan jatuh.

"Kenapa Cik Aurora bagi tahu sekarang?" tanya Mukhriz.

"Aku baru teringat." Selamba sahaja Aurora membalas sebelum menguak pintu bilik wad itu dari luar.

Kelihatan Kai sedang duduk di atas katil, disebelahnya berdiri tegak Harraz dan Mikael.

Aurora memandang Kai dengan senyuman nipis.

"Hai, awak lah kan yang saya jumpa dekat 7E tu?" sapa Aurora. Tidak lain lagi, raut wajah junior detektif serupa dengan wajah pekerja 7 Eleven.

Terbuntang mata Kai. Terkejut barangkali. Bukan setakat Kai sahaja yang terkejut, tiga orang detektif itu juga turut terkejut.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now