Bab 37

469 67 7
                                    

TANGAN kuat melekap diperutnya. Dia sudah dimandi dengan darah. Dalam keadaan kesakitan, digagahkan kaki juga untuk melangkah. Terus melangkah. Meskipun, dia tahu dirinya kini sedang nyawa-nyawa ikan.

Apabila tidak dapat menampung lagi, dia tersungkur ke hadapan. Saat itu, dia terdengar bunyi teriakan yang memanggilnya.

"Encik!!"

Suara seorang wanita bersama derapan kaki, sipi-sipi sahaja melalui halwa telinganya. Dadanya berombak laju kian perlahan. Bukan degupan jantung yang normal. Malah, degupan jantung yang seperti hampir mati.

"Encik!" Dari ekor matanya, dia dapat lihat seorang wanita bertudung litup dan kemas tersarung kot kerja, menghampirinya.

"Bawa...aku." Serak suaranya. Dan dia pasti, wanita itu tidak dapat dengari.

"Encik, cakap sesuatu?" tanya wanita itu.

Dicuba untuk mengumpul semangat untuk bersuara.

"Saya bawa pergi hospital eh? Encik berdarah sekarang." kata wanita itu seraya mengeluarkan telefonya.

Kai pantas memegang pergelangan tangan wanita itu. Sekaligus, memberhentikan perbuatan wanita itu dari menelefon pihak kecemasan.

"Bawa aku... pergi Priv..ate MC. Bangunan Private MC."


AURORA melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Wajah tiga orang detektif dihadapanya, dipandang dengan pandangan bengis.

"Aku malas nak bersuara hari ni. Terangkan keseluruhan, aku jawab nanti."

Bicara Aurora, membuatkan ketiga detektif itu berpandangan sesama sendiri. Detektif Harraz memulakan penerangan.

"Cik Aurora tahu bukan tentang mangsa Encik Sani?" tanya Harraz.

Aurora mengangguk.

"Semalam kami dapat laporan tentang mayat seorang jururawat wanita ditemui mati di dalam tandas. Nama dia, Yasmine. 24 tahun. Berkhidmat sebagai jururawat Hospital Sultanah Aminah baru masuk dua bulan. "

Sambung Harraz, "Kami dapat tahu itu kerja Crazed sebab dia ada tinggalkan surat segi tiga. Jadi, teori kami memang Crazed sengaja bunuh. Dia takkan bunuh sesuka hati. Mangsa-mangsa pembunuhan Crazed tidak termasuk pun dalam kes ini."

"Petanda." Aurora menyebut. Mereka bertiga terdiam. Aurora diberi perhatian sepenuhnya.

"Aku tahu korang bertiga akan fikir Crazed bunuh diaorang sebagai petunjuk ataupun petanda sesuatu. Jawapan aku, teori korang betul." kata Aurora.

"Saya baru dapat mesej daripada Junior Detektif kami. Kaiden. Dia kena tikam dengan seorang wanita yang dia pasti Crazed. Sebab wanita itu berbaju mantel merah dan tinggalkan surat segi tiga." celah Mikael.

Aurora terkedu sejenak.

Kaiden? Siapa tu?

Melihat wajah keliru Aurora, pantas Mikael menerangkan.

"Cik Aurora belum jumpa dengan junior kami, kan? Dia detektif rahsia, memandangkan dia masih pelajar universiti."

Aurora mengangguk, faham.

"Mana dia?" tanya Aurora.

"Dalam bilik rawatan Private MC. Katanya, dia bergegas ke sini sebab takut nyawa dia terancam kalau dihantar ke hospital." balas Mikael.

Bijak. Puji Aurora dalam hati.

"Nanti lepas dia sedar, soal siasat dia." kata Aurora.

"Itu sudah tentu." balas Mikael.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now