Asyraf berpaling menghadap si empu suara. Anak buahnya yang bernama Ezra membuka topeng diwajah. Lalu, topeng itu dicampak jauh.

"Remember me?" Wajah lelaki itu mirip Aurora, tetapi versi lelaki.

"Aryan Evan."

Aryan melorek senyuman sinis. Peluh yang menitik di tepi dahinya, dibiarkan mengalir.

"Yes, it's me. Aryan Evan. One of members of The Private Members." ujar Aryan.

Asyraf terkedu.

Dialihkan matanya memandang Adnan.

"Adnan Adriel. Salah satu ahli rahsia Private MC juga." Adnan berkata sambil menunjukkan kad identitinya.

Terasa sesuatu melekap dibelakang kepalanya.

"Kau patut panggil aku Ailee, Asyraf." bicara Aurora. Suara Aurora, bergema ditelinganya menandakan wanita itu berada hampiran denganya.

"Kau..." Asyraf mengetap giginya, geram. Ketahuilah, dia sudah terperangkap di dalam permainan pihak lawan.

"Serah diri sahaja. Hukuman kau akan diringankan."

Pedulikan kata-kata Aryan, Asyraf menyiku pistol di tangan Aurora, menyebabkan pistol itu terlepas dipegangan. Pantas, Asyraf berlari meninggalkan bilik itu.

"Shit!" carut Aurora.

"Tak apa. Kau dengan Adnan, cari jalan keluar dulu. Jangan risau, separuh daripada anak-anak buah Asyraf adalah dari anggota polis yang menyamar. Tak perlu tergesa-gesa, jantan bodoh tu belum hidupkan bom." ujar Aryan.

Aurora mengangguk.

"Aku kejar dia. Jangan lupa, lepas keluar laporkan pada kapten." Sempat, Aryan menyelitkan arahan.

Aurora berkerut, "Kapten?"

"Maksud aku Ayden." cebik Aryan. Lelaki itu pantas, berlari mengejar langkah Asyraf.

Aurora hendak keluar dari bilik itu. Namun, disekat oleh Adnan.

"Awak, kenapa? Cepatlah, keluar." ujar Aurora. Dia sudahlah risaukan, abangnya yang pergi mengejar Asyraf itu. Buatnya, Aryan tidak sempat menangkap suspek.

Adnan tiba-tiba membuka bajunya.

"Oi, kenapa buka baju?"

Adnan, membalut badan Aurora menggunakan bajunya. Siap membalut, dia mengikat lilitan itu dengan ketat dan kemas.

"Kita kena berpecah. Potensi kena tembak, banyak kalau kita keluar sama-sama." kata Adnan.

Aurora memandang suaminya.

"Awak ambil laluan belah kanan. Itu lagi dekat dengan pintu keluar. Tak perlulah, awak lari laju. Nanti kesan luka, tambah teruk." ujar Adnan, lagi.

"Tak boleh ke, kita keluar sama-sama?" tanya Aurora. Lengan suaminya, dipegang.

"Keadaan awak lebih berbahaya, sayang." balas Adnan, lembut.

Bahu isterinya dipegang sebelum dia melabuhkan ciuman di dahi Aurora. Tubuh Aurora dibawa ke dalam pelukan.

"Lari." bisik Adnan. Pelukan dilepaskan.

"Just want you to know. I love you, more than I love myself." kata Adnan.

"Adnan..." Tak! Mengapa, dia rasakan tidak sedap hati? Mengapa dia rasakan, dia akan kehilangan seseorang?

"Lari, Elysian!"

Adnan menarik Aurora keluar dari bilik itu. Tubuh Aurora ditolak lembut, mengarahkan isterinya lari.

"Jumpa dekat luar, Adnan." ucap Aurora lalu berlari mengikut laluan yang diberi tahu Adnan tadi.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now