Buk!

Buk!

Bukan sekali dua, malah bertalu talu, tumbukan diberikan pada wajahnya.

Darah memercik keluar dari bibirnya itu. Diri Adnan seolah hilang kawalan, seperti ada sesuatu yang merasuki badan remaja itu untuk terus menumbuk wajahnya . Kelopak matanya, sipi-sipi terbuka.

Tumbukan Adnan pada wajahnya berterusan, sehinggalah...

Pak!

Kepala si penyerang dihantukkan dengan kayu oleh seseorang. Tubuh Adnan terhempap di atas tubuhnya. Perlahan, dia menolak tubuh Adnan ke tepi.

Asyraf tertawa besar, melihat Adnan sudah pengsan. Tidak menyedarkan diri. Wajah seorang wanita separuh abad yang sedang memegang kayu ditangan, dipandang.

"Aunty Ella? Asyraf ingatkan, Aunty tak nak tolong Asyraf." ujarnya. Remaja itu lekas, bangun dari pembaringan. Kepala diketuk-ketuk, menghilangkan pening yang dialami.

Puan Ella, menghulurkan sepeket tisu kepada Asyraf.

"Aku nak minta kau tolong sesuatu." ujar Puan Ella. Asyraf menyambut huluran tisu, wanita tua separuh abad itu.

"Tolong apa, Aunty?" tanya Asyraf sambil mengelap darah yang mengalir dicelah bibirnya.

"Tapi, aku nak kau buat kerja ni. 8 tahun akan datang."

Asyraf merenggangkan badanya. Meskipun, masih bersekolah. Tubuhnya tidak seperti remaja lelaki lain. Dari mula dia berganjak 18 tahun, badanya sudah berketak-ketak.

Mungkin, kerana kelebihan bertukar fizikal badan yang ada pada dirinya. Membuatkan, badanya senang menjadi sasa.

"Lamanya, Aunty. 8 tahun lagi, silap-silap Aunty dah masuk kubur dulu sebelum buat jahat." Selamba Asyraf.

Puan Ella mengetap giginya, geram.

"Kau ingat, kau muda. Mati lambat?" herdik Puan Ella.

"Apa-apa jelah, Aunty. Sekarang, kita nak buat apa dekat budak bebal ni?" Asyraf menyepak kaki Adnan, kuat.

Puan Ella menjawab. "Ikut kau lah, aku tolong selamatkan kau sahaja tadi."

Wanita itu menyilangkan tanganya, rapat ke dada.

Asyraf tersenyum sinis. "Biarkan jelah, dia terlantar dekat sini. Entah hidup lagi, ke tidak."

Puan Ella menggelengkan kepalanya. "Gila."

"Aryan."

Panggilan daripada Adnan, menyentakkanya dari lamunan 8 tahun yang lepas.

"Aku tak sangka, kau boleh setuju sekongkol dengan aku. Sedangkan, dulu kau yang serang aku sebab fitnah isteri kau tu." ujar Asyraf.

Adnan tergelak sinis. "Isteri atas kertas sahaja."

Asyraf turut terikut tertawa.

"Kejam, kejam." ujar Asyraf dengan sisa tawanya.

"Apa rancangan kau lepas ni?" tanya Adnan. Punggung dilabuhkan disebelah lelaki itu.

"Ambil sahaja perempuan tua tak sedar diri tu, kita lari. Pendrive ada dekat kau, kan? Lepastu, aku nak kau hidupkan bom. Biar gudang ni terletup."

Adnan mengangguk. 'Perempuan tua tak sedar diri' yang dimaksudkan Asyraf ialah Puan Ella, makcik kepada isterinya sendiri.

"Good job, Adnan. Dia memang betul-betul percaya dengan kau. Bukan setakat percaya, jatuh cinta sekali. Haha!!" kata Asyraf, tanganya menepuk-nepuk bahu Adnan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now