Harraz masih ragu-ragu, ingin mempercayai Mukhriz.

"Bukti lain?"

"Okay, cuba kau tengok hujung dagu Elliana. Kau tengok kulit dia macam mana. Berkedut kan? Tandanya, topeng wajah tu tak dipakai rata." kata Mukhriz.

Harraz tergamam.

Mata-mata penyiasat itu mula fokus semula pada skrin komputer riba. Kali ini, gambar kerusi meja makan rumah Aurora yang jatuh menghempap lantai, pula terpapar.

Seminit selepas itu, rakaman CCTV tempat mangsa Encik Sani, dijumpai. Kemudian, video itu memaparkan rakaman CCTV mangsa Yasmine, mangsa Rafael Kaiden, mangsa Puan Sri Aralyn dan diakhiri oleh rakaman CCTV mangsa Fiya.

Skrin bertukar gelap.

"Apa yang dia maksudkan?" gumam Mikael.

Mukhriz berfikir sejenak. Entah mengapa, perbualan singkat antara dia dan Aurora, tiba-tiba muncul di dalam kotak fikiranya. Ayat yang ditutur Aurora sewaktu itu, berlegar di dalam mindanya.

"Sekarang kau cipta teori kesemua mangsa Crazed, sama macam korang buat teori kerusi jatuh tu." kata Aurora

"Kalau hanya bagitahu nama panggilan, mungkin Kai tak kena tikam dengan dia."

"Aku faham sekarang!" jerit Mukhirz, tiba-tiba.

"Apa yang kau faham?" soal Mikael.

"Kau tengok ni. Kerusi jatuh sama dengan huruf A, mangsa Sani, mangsa Yasmine, mangsa Rafael Kaiden, mangsa Aralyn, mangsa Fiya." sebut Mukhirz, satu persatu.

Sambung lelaki itu.

"Huruf A, huruf S, huruf Y, huruf R, huruf A. huruf F."

"Asyraf." serentak mereka bertiga.

Harraz dan Mikael terkedu.

"Siapa Asyraf? Nama lelaki?" Pertanyaan Harraz, menghasilkan jongketan di kedua belah bahu Mukhriz.

Mikael memandang ahli sepasukanya.

"Asyraf ni rebutkan pendrive Cik Aurora dan nak bunuh Cik Aurora. Jadi, dia mestilah salah satu pekerja dalam Jabatan Sains Kimia." bicara Mikael.

"Mukhriz, cari nama Asyraf dalam senarai pekerja di Jabatan Kimia." arah Harraz kepada Mukhriz.

Mukhriz mengangguk. Lekas, lelaki itu beredar dari bilik mesyuarat. Beberapa belas jam kemudian, kelibat Mukhriz kelihatan. Tanganya, erat memegang beberapa helai kertas. Wajahnya kelihatan kusut, matanya sembab. Mungkin kerana, penat seharian mencari maklumat tentang suspek.

"Profesor Asyraf.Saintis kimia di Jabatan Sains Kimia Malaysia." bicara Mukhriz.

Kertas dipeganganya, diletakkan di atas meja.

"Apa kena mengena dia dengan Crazed?" tanya Mikael.

"Kena mengenanya, dia ialah Crazed. Crazed ialah dia."

"What?!" serentak Mikael dan Harraz.

"Kau orang tak percayakan? Aku dah semak latar belakang dia. Asyraf merupakan pesakit ganguan mental, multiple personality disorder." balas Mukhriz.

Gangguan identiti berdisosiasi (DID), yang sering dipanggil gangguan personaliti berganda, adalah salah satu gangguan disosiatif yang disenaraikan dalam Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental.

Pesakit mungkin mengalami kehadiran dua atau lebih identiti atau personaliti yang berbeza, juga dikenali sebagai perubahan. Keperibadian ini berulang kali mengawal tingkah laku pesakit dan sering mengalami kehilangan ingatan untuk apa yang berlaku ketika keperibadian atau perubahan lain dikendalikan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now