Aurora terdiam.

"Aku masih ada perasaan lagi! Aku cemburu dengan dia! Dia datang bila waktu kau stres, dia yang tenangkan kau! Sedangkan aku, suami kau sendiri gagal bawa kau keluar dari dunia kejam ni! Aku yang bawa nasib malang dekat kau. Aku sedih, Elysian! Aku kecewa dengan diri sendiri! You hated me!"

Diam lagi. Lidah kelu untuk mengungkapkan kata.

"I just want to protect you, Elysian. It makes me happy when you smile. If I want to keep that smile, is that one of the faults?" kata Adnan.

Kali ini, nadanya tidak meninggi. Namun, getaran pula yang mengganti. Seolah, menahan diri daripada mengeluarkan air mata.

"Is it wrong?"

Tidak dapat jawapan daripada mulut Aurora, Adnan menanya lagi.

Aurora menggelengkan kepalanya perlahan. Adnan dirapati sebelum tubuh separa tegap suaminya itu, dipeluk erat.

"I'm sorry. Sorry for everything. Saya tak pernah hargai lindungan awak. Sedangkan, saya yang tertunggu-tunggu awak lindung saya. Sorry again. I never appreciate your kindness, before. Saya cari kesalahan awak sahaja. Bila awak tak ada dekat sisi saya, baru saya sedar kesemua kesalahan saya dekat awak. And, all of my faults is more terrible than yours. Your pain is more hurt than mine."

Adnan membalas pelukan itu. Air mata jantanya yang ditahan dari tadi, tumpah jua.

"Thank you. Thank you for everything, Adnan."

Esakan kecil mula kedengaran, saat Aurora mengungkapkan ayat itu. Ayat yang dinanti-nantikan, oleh isterinya. Ayat yang dia tidak pernah dengar daripada mulut orang yang dia sayang. Walaupun, berjuta kebaikan dia hulurkan kepada seseorang itu.

Dia bukan mengharapkan ucapan terima kasih. Dia hanya ingin dihargai.

Terbayang kesilapan sendiri, Aurora turut menangis dibahu Adnan. Masing-masing melepaskan rasa rindu yang terbuku di dalam hati. Dalam masa yang sama, kesilapan masing-masing juga diluahkan.

Mereka serasi.

Aurora perlukan lindungan.

Adnan ingin melindung.

Aurora perlukan penghargaan dari ucapan kebanggaan.

Adnan ingin dihargai dari ucapan terima kasih.

Masing-masing, mempunyai kesilapan sendiri. Masing-masing, mempunyai ujian tersendiri. Masing-masing, mempunyai kisah silam dan tradegi pahit sendiri.

Namun, takdir yang menentukan mereka saling bertemu. Saling melengkapi kelebihan dan kekurangan, satu sama lain.


PAGI itu, Adnan membawanya pergi ke sesuatu tempat yang dia sendiri tidak tahu dimana. Tiba-tiba sahaja, disuruh bersiap. Kini, dia berada di dalam kereta sambil memandangkan ke arah suaminya dengan pandangan hairan.

Lelaki itu dari pagi tadi, tidak henti mengukir senyuman. Entah apa yang digembirakan. Mengingatkan kejadian semalam, dimana semua pergaduhan itu tamat. Aurora turut terukir senyuman manis. Dada yang terasa sempit juga serta-merta lapang.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Adnan.

Mata masih lekat pada wajah suaminya, kepala digelengkan.

"Curious je."

"Curious? Okaylah saya bagi hint. Saya bawa awak sesuatu tempat, yang awak pernah pergi sebelum ni dan semua kisah silam awak ada dekat situ."

Aurora berfikir sejenak. Tempat dia pernah pergi? Kesemua kisah silam dia ada disitu?

"Mustahil awak akan ingat tempat ni, kalau bukan saya yang bagitahu." sambung Adnan.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now