Namun, Aurora tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"Saya, nak balik Adnan." ujar Aurora. Serta merta, Adnan merungkaikan pelukan. Kedua belah bahu Aurora, dipegang sambil menatap anak mata hazel itu.

"Ada sesuatu berlaku ke?" tanya Adnan.

Aurora tersentak. Lambat-lambat kepala digelengkan.

"Tak adalah, saya penat je." Aurora mengorak langkah, ingin pulang.

Adnan mengerutkan keningnya. Lantas, dia menarik lengan Aurora sekaligus membuatkan tubuh Aurora berpusing, menghadap dia.

"Aurora yang saya kenal, tiada istilah penat. Melainkan penat emosi dan mental. Beritahu saya sekarang, apa yang buat awak penat?"

Tegang. Suasana antara mereka tegang. Wajah Adnan kini, tegas. Menandakan dia tidak bermain-main. Aurora mengeluh.

"Tak ada apa-apa pun. Saya penat sebab joging sahaja. Normal, kan?" auta Aurora.

"Macam yang saya kata tadi. Aurora yang saya kenal, aktif."

Aurora menggeleng. "Saya betul-betul lah."

Nada yang Aurora gunakan amatlah berbeza seperti sebelum ini. Jikalau sebelum ini, ada sedikit terselit mendatar dalam nada Aurora. Sekarang, nada yang digunakan senpoi sahaja.

Perlahan Adnan melepaskan peganganya pada lengan Aurora.

Wanita itu terus, berjalan mendahului Adnan. Adnan meneliti susuk tubuh Aurora yang semakin jauh darinya.

Seketika Adnan tersedar sesuatu. Pantas, Aurora dihampiri lalu tanpa teragak-agak dia menumbuk wajah Aurora.

Tubuh Aurora terjatuh menghempap tanah sebaik penumbuk itu dilayang pada wajahnya.

"Adnan apa ni?!" jerit Aurora.

Wajah Adnan kelihatan, bengang.

"Kau jangan nak tipulah! Mana isteri aku?!"

Aurora membuat muka hairan dan tidak mengerti.

"Aku tahulah kau menyamar!"

Dagu wanita itu ditarik. Topeng muka yang terdapat diwajah itu, ditanggalkan. Lalu dicampak jauh. Terpampang, wajah seorang wanita yang dia kenali.

Maria.

Wanita itu ialah Maria.

Adnan tiada langsung menunjukkan reaksi terkejut. Seolah sudah tahu siapa disebalik topeng muka yang mirip rupa Aurora.

Dagu Maria dilepaskan, kasar.

"Mana isteri aku?!" tengking Adnan.

Bibir Maria yang berlumuran darah, menarik senyuman sinis.

"Sayang sangat dengan bini kau, sampai lakonan aku pun tak menjadi." ujar Maria.

Adnan menarik rambut Maria, kasar. Tindakan itu, menghasilkan desisan sakit daripada mulut Maria. Sakit. Ya, sakit.

"Sanggup kau tikam belakang dia? Apa salah dia dekat kau, Maria? Apa salah dia?!"

Maria tergamam. "Ma..macam mana?"

"Macam mana aku tahu nama kau? Sebab isteri aku selalu cerita tentang kau lah, sial! Dia puji kau melambung! Dia hargai jasa kau! Dia percayakan kau sepenuhnya! Apa yang tak cukup lagi?!"

"Tak! Aku tetap tak akan beralih pada dia lagi! Aurora terkenal, aku? Orang tak pandang aku! Orang hanya anggap aku sebagai pembantu! Orang anggap aku bodoh!" jerit Maria.

Tidak dapat tahan lagi, Adnan menolak kepala Maria sehingga terjatuh menyembam tanah.

"Memang kau bodoh."

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now