"Betul lah, saya Kai yang kerja sambilan dekat 7E tu." Ramah Kai, membalas.

"Cik Aurora kenal dengan junior kami?" celah Harraz. Wajah manis tadi berubah beku lalu memandang ke arah Harraz.

"Aku terserempak dengan dia dekat 7E." balas Aurora.

Kai sudah mula hairan. Lantas, dia mengajukan soalan.

"Macam mana akak ada dekat sini?" tanya Kai. Gelaran 'akak' tetap digunakan, seperti kali pertama mereka berjumpa.

Mikael yang dari tadi hanya berdiam diri, berdehem.

"Kai, ini Cik Aurora. Mangsa utama kes Crazed. Tapi disebabkan arahan Leftenan, Cik Aurora terpaksa mengikut serta selesaikan kes ni. Dan juga, Cik Aurora adalah anak saudara Mejar kita." Mikael memperkenalkan Aurora kepada Kai.

Kai sedikit terkejut. Dipandang Aurora, tidak percaya.

"Jadi saya nak panggil apa?" Kekok sahaja Kai, menanya. Tidak seperti kali pertama mereka bertemu.

"That's okay. I'd rather you call me 'kak'. Ada vibe, adik-beradik." ujar Aurora, senyuman tipis dihadiahkan pada Kai.

Kai mengangguk seraya membalas senyuman Aurora.

"Okay, dah boleh mulakan sekarang." Aurora bersuara. Dia mengambil tempat di kerusi plastik, hadapan katil. Begitu juga dengan detektif lain, mereka mengambil tempat disisi Kai.

"Kai. Cuba terangkan macam mana fizikal dia." kata Mukhriz. Lelaki itu sudah bersiap sedia mengeluarkan nota kecil.

"Mantel merah, rambut blonde. Mata dia tak nampak sebab tertutup. Pakai gincu merah."

Bicara Kai, membuatkan Aurora teringat tentang pertama kali dia bertemu dengan Crazed, tanpa diketahui musuhnya. Sewaktu kes letupan bom di bangunan penthouse nya.

"Memang betul. CCTV tempat kejadian Encik Sani, aku nampak kelibat Crazed. Pakai mantel merah, rambut blonde. Macam aku bagi tahu kau orang, haritu. Aku nampak pin nama, sama bentuk dengan pin nama Ava." kata Mukhriz.

Harraz bertanya kepada Kai. "Kau ada nampak Crazed bawa pin nama?"

Kai menggeleng.

"Crazed ada kata apa-apa tak dekat kau?" tanya Mikael.

Kai mengangguk.

"Sebelum dia tikam perut aku, dia tanya nama aku apa. Aku cuba fikir positif waktu tu, aku jawab nama penuh." beritahu Kai.

Mereka terdiam. Aurora pula sudah mengukir senyuman sinis, dia mula faham tentang permainan Crazed ini.

"Kalau hanya bagitahu nama panggilan, mungkin Kai tak kena tikam dengan dia." kata Aurora, menarik perhatian kesemua jejaka di dalam bilik wad itu.

"Maksud Cik Aurora?" Mikael tidak mengerti.

Aurora sekadar mengangkat kedua belah bahunya.

"Fikir-fikir lah sendiri."


TELEFONYA berdering tidak henti, menandakan ada panggilan untuknya. Aurora memusingkan stereng keretanya, serentak tayar kereta membelok ke kanan. Telefon yang berada di dalam beg tangan, dikeluarkan. Sempat matanya mengerling nama pemanggil.

Maria.

Ibu jari digeselkan pada punat hijau. Sebelum telefon dilekapkan pada telinga yang berlapis tudung.

"Hello, Prof. Maaf menganggu." Suara Maria, kedengaran disebalik corong telefon.

"Hm, nak apa?" tanya Aurora. Dengan sebelah tangan, dia memusingkan stereng kereta.

"Prof, saya tak dapat datang makmal harini. Saya ada hal family, kena settle kan."

Aurora membalas. "Okay tak apa. Aku pun tak datang makmal."

"Terima kasih, Profesor. Maaf sangat-sangat." ucap Maria.

"Nak minta maaf buat apa? Settel kan hal family kau dulu. Hal kerja tolak tepi."

"Baiklah Prof, sekali lagi terima kasih. Saya letak telefon dulu ya."

"Hm."

Tut.

Bukan Maria yang mematikan telefon dahulu. Malah, dia pula lebih awal menamatkan panggilan. Telefon diletakkan semula ke dalam beg tanganya. Dia memandu masuk ke dalam perkarang rumah.

Setelah memakirkan keretanya. Enjin dimatikan, langkah dibawa keluar dari perut kereta. Sempat dia menjenguk sebelah rumah. Teringat pula, kejadian dimana ada seorang makcik mengaku sebagai jiranya. Selepas kejadian itu, Adnan menyuruh dia melupakan kejadian itu. Dan, beriak biasa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Aurora menghela nafas. Dia tidaklah terlalu takut. Melihat, Puan Ella melakukan perkara syirik lebih menakutkanya berbanding kejadian malam itu.

"Assalamualaikum."

Aurora memberi salam seraya menguak pintu utama.

"Welcome home, Cinta hati."

Bunyi suara robot kedengaran sebaik dia memijak lantai rumah. Aurora tersenyum kecil. Walaupun, kerap kali mendengar. Tetap hatinya, berbunga-bunga.

"Cinta hati?" Suara garau maskulin menegur, membuatkan kepalanya spontan teralih pada gerangan suara.

"Ayah?" Terkejut dia apabila melihat ayahnya sedang duduk di atas sofa, ruang tamu. Lekas, dia datang mendekati Tan Sri Ethan. Kekura lelaki tua separuh abad itu, disalam.

"Bila ayah sampai?" tanya Aurora.

"Dah lama." balas Tan Sri Ethan, dua patah.

Kemudian, kelibat Adnan menatang dulang menjamu pandanganya.

"Eh dah balik?" tegur Adnan kepadanya. Suaminya itu lengkap tersarung pakaian duduk dirumah.

Dulang diletakkan atas meja. Adnan mengambil tempat dikerusi panjang sebelah kerusi, dimana Tan Sri Ethan duduk. Aurora pula, mengambil tempat disisi suaminya.

"Ayah datang tak bagi tahu. Kita orang baru cadang nak datang sana." bicara Aurora.

Tan Sri Ethan menghirup kopinya dahulu sebelum membalas kata-kata anaknya.

"Ayah datang ni pun, nak berbual dengan Adnan. Oh ya, lupa. Malam ni, pastikan hadir majlis syarikat ya. Aurora dah tak boleh lari lagi. Sebab Adnan pun datang, sebagai Pengerusi AD Tech." tutur ayahnya.

Aurora mencebik sedikit.

"Tak payah cebik sangat. Kalau tak datang sebagai pewaris bongsu Mckay pun tak apa. Sekurang-kurangnya, datanglah sebagai isteri Pengerusi AD Tech." kata Tan Sri Ethan, lagi.

Adnan hanya tergelak kecil melihat wajah cemberut isterinya.

"Yelah." jawab Aurora.

"Datang, jangan tak datang."

"Ya,ya."

Selepas, kepulangan Tan Sri Ethan. Mereka berdua, mengemas dan membasuh cawan-cawan yang digunakan.

"Awak borak apa dengan ayah?" tanya Aurora kepada suaminya itu. Setelah ayahnya pulang, Adnan lebih banyak mendiamkan diri. Kata lain, lebih banyak termenung jauh.

Adnan sekadar menggeleng sambil tersenyum.

Mata Aurora dikecilkan memandang wajah Adnan.

"Yeke?"

"Yelah, borak kosong. Tentang kerja syarikat." balas Adnan.

"Yelah tu, entah-entah borak tentang--"

"Elysian, saya naik atas kejap." Adnan pantas mencatas ayatnya. Bertambah kerutan di dahi Aurora. Adnan yang mula memanjat tangga, dipandang dengan penuh tanda tanya.

Adnan ada sembunyikan sesuatu kah?

****

Ada bau-bau antagonist.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now