"Kau..." Bergetar suara Marina, menutur. Mulutnya mula memuntahkan darah.

"Tamatlah riwayat seorang saintis yang bodoh. Hahahaha!!" Crazed tertawa besar.

Wajah lesu Marina, dipandang.

"Tak apa, Marina. Aku janji, lepas aku jumpa mayat adik kau. Aku sendiri yang tanam mayat kau sebelah adik kau tu."

Dengan saki baki nyawa yang Marina masih ada, dia menyebut.

"Gila...kau gila."

Pemegang pisau itu ditarik kuat oleh Crazed. Terpercik darah Marina, dimukanya. Isi perut Marina, terburai keluar sekali.

"Sebab itu nama aku Crazed." katanya kepada Marina yang sudah tidak bernyawa itu.


TOK! Tok! Tok!

Aurora terjaga dari lenanya tatkala terdengar bunyi ketukan kuat pada pintu rumahnya. Ketukan bertalu itu membuahkan perasaan hairan dalam dirinya. Kala dia tersedar sesuatu, lantas sisinya dipandang. Kosong. Suaminya tiada di tempat tidur.

Jam dikerling seketika. Baru puku 3 pagi, Adnan sudah tiada disebelahnya seperti selalu. Akibat ketukan itu menganggu dia dari diulit mimpi, Aurora pantas keluar dari biliknya. Diturun anak tangga, satu persatu dengan selamat. Meskipun, ketika ini dia tidak berpuas hati.

Sambil-sambil itu, matanya sempat meliar, mencari susuk suaminya. Sampai sahaja dihadapan pintu. Baru dia ingin memulas tombol, tiba-tiba bunyi ketukan tadi terhenti. Dia hairan, keningnya mula mengerut.

Beranikan diri. Perlahan, dia memulas tombol pintu lalu menguaknya dari dalam. Terpacul susuk seorang wanita membelakangi dia. Wanita bertudung, hanya tersarung kain batik dan baju kurung.

"Cik?" tegur Aurora.

Langkah wanita itu terhenti, wanita itu berpusing badan menghadapnya. Senyuman terukir dibibir.

"Tuan rumah, kan?" tanya wanita itu. Aurora mengangguk.

"Ya, saya. Kenapa ya?"

Wanita itu berkata. "Tadi ada orang lalu lalang berkali-kali depan rumah awak, nampak mencurigakan. Sebab tu, akak ketuk pintu rumah. Takut ada apa-apa berlaku."

Aurora membuah senyuman. "Terima kasih ya, kak. Kawasan ni pun, perumahan baru. Takut juga saya malam-malam dekat rumah."

"Tinggal seorang diri ke?" tanya wanita itu.

Aurora menggeleng. "Tak lah, saya tinggal dengan suami saya."

"Oh, dah kahwin..." kata wanita itu. "Okay lah macam tu. Akak tak risau sangat kalau duduk berdua. Ada peneman. Kalau ada apa-apa panggil je akak dekat sebelah rumah eh. Akak memang 24 jam duduk dalam rumah." sambungnya.

Terangguk-angguk kepala Aurora.

"Terima kasih, kak. Akak pun, kalau ada apa-apa datang lah sini." tutur Aurora.

"Sama-sama." Kemudian, wanita itu berlalu pergi, pulang ke rumahnya. Selepas kelibat wanita itu, tidak kelihatan. Aurora menutup pintu rumahnya.

"Siapa tu?"

Terhinjut bahu Aurora tatkala suara Adnan menyinggah pendengaranya. Dia mengurut dada sendiri. Bahu Adnan, ditampar lembut.

"Apalah awak ni, terkejut saya." marah Aurora. Adnan sekadar tersengih.

"Siapa yang bercakap dengan awak tadi?" tanya Adnan sekali lagi. Langkah isterinya yang ingin menaiki tangga, dibontoti.

"Jiran kita. Dia kata, ada orang lalu lalang depan rumah kita berkali-kali. Sebab tu, dia panggil. Takut ada apa-apa berlaku." bicara Aurora.

Lelaki itu mengerutkan keningnya. Aurora yang sudah memasuki bilik tidur, dirapati.

"Elysian." panggil Adnan, dalam nada perlahan.

"Kenapa?"

Adnan mendekatkan wajahnya pada telinga isterinya sebelum membisik,

"Kita tak ada jiran."


DINGIN. Seram. Sunyi. Itulah suasana di dalam kereta itu. Tiada satu suara pun yang berbunyi, apatah lagi radio. Menyebabkan keadaan di dalam kereta itu, bertambah kali ganda aura seramnya.

Pemandu teksi itu, mengintai pantulan cermin kereta tempat duduk belakang. Penumpangnya, elok bersandar sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Lelaki separuh abad itu, berdehem.

"Adik, dari mana? Malam-malam tumpang teksi." tegur pemadu itu, sengaja ingin beramah. Panggilan 'adik' digunakan, memandangkan penumpangnya kelihatan jauh lebih muda berbanding dia.

Melihat tiada respon daripada penumpangnya, dia cuba menukar topik.

"Dekat kawasan sini, sunyi sikit. Lagi-lagi waktu malam. Bahaya. Sudahlah, adik perempuan. Lain kali, balik jangan malam-malam."

Diam.

Tiada respon daripada wanita itu. Pemandu teksi terkedu sejenak. Terasa seperti, bercakap seorang diri pula.

Positifkan diri. Mungkin, penumpangnya penat bekerja seharian sehingga lewat malam. Tiada daya untuk bersuara.

Sampai sahaja, di destinasi yang ingin ditujui. Dia memakirkan keretanya ditepi bahu jalan. Pemandu itu, memusingkan badanya ke belakang.

"Dik, dah sampai." ujar pemandu itu. Wanita itu sekadar mengangguk. Barang-barangnya yang berada di lantai kereta, dicapai.

Pandangan pemandu itu beralih ke hadapan. Menunggu penumpangnya membayar bil tambang dan turun dari kereta.

"Pakcik..."

Perlahan sahaja suara wanita itu, memanggilnya. Pemandu itu tidak menyahut. Sebaliknya, dia menelan air liur sendiri. Entah mengapa, suara wanita itu mempunyai aura. Aura yang dasyat sekali. Kejam. Seram. Menakutkan.

"Nama pakcik siapa?" tanya wanita itu.

Percayalah, seluruh anggota badan lelaki tua itu menggigil. Dek kerana ketakutan berbaur haba kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang rusuknya.

"Nama pakcik, Sani. Kenapa ya?" Jelas sekali, getaran disuara Encik Sani itu.

"Oh, tak ada apa-apa."

Encik Sani mengangguk. Jari-jemarinya, sengaja diketukkan berkali-kali pada stereng kereta. Menghasilkan, rentak bunyi sekaligus memecahkan suasana sunyi di dalam kereta itu.

"Pakcik, nah duit tambang."

Baru dia ingin berpusing ke belakang, sesuatu benda tajam lebih pantas mengelar lehernya. Darah memercik keluar dari kesan kelar di lehernya. Nafasnya, tersekat dek udara terkumpul dikerongkong.

Wanita tadi, mencapakkan dua keping duit kertas pada lelaki tua itu. Satu sampul surat berbentuk segi tiga, diselitkan pada kocet seluar Encik Sani.

Kemudian wanita tadi keluar dari kereta, meninggalkan Encik Sani yang sedang bertarung nyawa.

****

Bab ni sikit, sebab part ni tak pernah tulis pun dalam draft. Tiba-tiba sahaja TERtulis.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now