Aurora menggeleng. Lebihan kain telekungnya, ditekup melindungi separuh wajahnya.Hanya mata hazel dan seluruh dahinya sahaja kelihatan.

"Tak boleh!"

Adnan tergelak. Namun, tawanya terhenti tatkala terperasan sesuatu.

"Rupa awak ni, macam seseorang yang saya pernah terserempak tau. Dia pakai kain tutup seluruh wajah dia. Tinggal nampak mata dengan dahi sahaja. Tapi mata dia biru." kata Adnan.

Aurora menjatuhkan kain telekung diwajahnya.

"Perempuan purdah ke?" tanya Aurora.

Adnan mengangkat kedua belah bahunya.

"Sekali pandang macam perempuan berpurdah. Tapi, macam hanya pakai untuk tutup muka sahaja."

"Macam mana tu?" Aurora tidak beberapa faham, ayat yang dikatakan Adnan.

"Entahlah awak, mungkin pakaian dia yang membuatkan dia tak nampak macam orang berpurdah kot." balas Adnan.

"Dia sexy ke?"

"Taklah. Longgar je, pakaian dia. Mungkin dia pakai kain tutup muka, sebab nak tutup wajah dia sahaja. Mungkin juga, dia nak elak orang perasan dia siapa."

"Tak kesah lah, saya cakap macam tu. Sebab kening dengan mata awak lebih kurang sama dengan dia. Cuma, warna mata sahaja yang berbeza." sambung Adnan.

Aurora menanya. "Awak terserempak dekat mana?"

"Dia lalu dekat depan rumah keluarga awak, tak silap saya."

Aurora terangguk-angguk mendengar.

"Eh ni, saya cerita tentang perempuan lain, awak tak cemburu pula?" Hairan Adnan dengan sifat Aurora ini. Kalau perempuan lain, mahu merajuk sampai bertahun tak menegur. Dia tahu, kerana dia selalu mendengar kawan-kawanya meluahkan tentang perangai pasangan masing-masing.

"Eleh, setakat cerita tentang perempuan awak terserempak. Buat apa saya nak merajuk?" ujar Aurora.

"Lainlah kalau perempuan tu macam saya, sentiasa duduk dalam hati awak." sambung Aurora sambil mengumam kecil. Terlalu perlahan suaranya, sehinggakan Adnan tidak dapat dengari apa yang disebut.

"Apa awak cakap? Tak dengarlah."

"Tak payah dengar pun, tak apa." balas Aurora, senada.

Adnan mencebik. Kepala dibaringkan di atas peha Aurora. Bulu sejadah dikuis-kuis, menggunakan jari telunjuknya.

"Sayang awak." ucap Adnan.

Entah berapa kali, ayat itu sentiasa diulang Adnan.

"Hm." Aurora membalas.

"Sayang awak sangat-sangat."

"Hm..Hm...Hm...Hm..."

Adnan tertawa kecil. "Cinta awak selamanya."

"Tak penat ke, Adnan?" tanya Aurora, pasrah.

"Cakap sayang saya dulu."

"Sayang saya." balas Aurora.

"Elysian!" rengek Adnan, seperti bayi kecil inginkan perhatian.

"Cakap 'Saya sayang awak' dulu, baru saya diam." ujar Adnan.

Dengan selamba Aurora membalas. "Saya sayang awak dulu, baru saya diam."

"Betul-betul lah, Elysian." Jari Aurora sengaja, ditarik-tarik.

"Yalah, yalah. Saya..."

"Sayang..."

"Awak..."

Satu persatu perkataan, Aurora menyebut.

Adnan tersenyum, riang.

"Tak apalah, asalkan saya tahu awak ikhlas sayang saya." kata lelaki itu.

"Eh, mana awak tahu saya ikhlas?" Sengaja, ingin mengusik.

"Kalau awak tak ikhlas, awak tak terima lamaran saya."

Aurora tersenyum, nipis. Dia rasa tenang dan bahagia, disisi Adnan. Hatinya, sentiasa berbunga-bunga saat menatap wajah kacak itu. Tidak muak memandang. Malah, jika matanya tidak menyapa wajah Adnan sehari, boleh murung dia.

Adakah ini dinamakan cinta?


"AKU nikahkan engkau dengan puteriku, Aurora Elysian binti Ethan Mckay dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai."

Mendengar, lafaz yang disebut Tan Sri Ethan, hatinya berdebar. Jari-jemarinya sejuk dek terlalu berdebar dan gementar. Terasa seperti ada tangan yang mengenggam tanganya. Ianya tangan Ibu.

Wanita tua separuh abad itu, setia disebelah dia.

"Aku terima nikahnya, Aurora Elysian binti Ethan Mckay dengan mas kahwin sebanyak 5000 ringgit tunai."

Sekali lafaz, Aurora sudah sah menjadi milik Adnan sepenuhnya.

"Hah termenung apa tu?" sergah Adnan, serta merta menghentikan lamunanya.

Aurora memusingkan tubuhnya, menghadap Adnan.

Gambar perkahwinan mereka, ditunjukkan kepada Adnan.

"Teringat waktu majlis akad nikah kita." ujar Aurora. Adnan merapati isterinya, pinggan si isteri dirangkul. Sebuah ciuman mendarat dipipi Aurora.

"Cantik saya." puji Aurora sendiri, sambil mengusap gambar perkahwinan mereka.

"Saya tak puji? Nak merajuklah macam ni."

Aurora menggulingkan matanya. "Tunggu awak hadiahkan saya lambo baru saya puji."

"Okay, bye!" Adnan berura-ura ingin berlalu pergi.

"Eh, nak pergi mana tu?" tanya Aurora. Tangan Adnan ditarik semula, memeluk pinggangnya.

"Nak pergi beli lambo."

Aurora tergelak. "Gurau jelah!"

"Cepatlah, saya kena beli betul-betul ni sebelum awak puji lelaki lain." kata Adnan.

"Tak payah nak mengada. Lelaki mana sahaja yang saya pernah puji? Adrien pun selalu kena kutuk."

Terhambur tawa Adnan.

"Adrien pula dia kaitkan."

"Betul lah, selama saya hidup dengan dia. Mana pernah saya puji dia."

Adnan mencubit lembut, pipi isterinya.

"Comel lah awak ni."

"Saya tahu." Aurora mengangkat bakul sendiri.

"Hm betul lah tu, isteri saya memang comel." kata Adnan.

Aurora tersengih. Gambar perkahwinan mereka, digantungkan pada dinding. Tangan ditepuk-tepuk, konon menghilangkan habuk dicelah jejarinya.

Kepala dilentokkan keatas bahu Adnan sambil sebelah tanganya memeluk tubuh separa tegap lelaki itu.

"Hansomenya awak." puji Aurora. Adnan tersenyum lebar.

"Mestilah, saya hansome sebab saya suami siapa?"

"Sudah tentulah, suami Aurora Elysian."

Mereka sama-sama menghamburkan tawa. Bahagia. Itulah perkataan yang mampu diungkapkan tentang perasaanya sekarang ini.

****

Saya terlalu rajin nak double update harini.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now