"C-cik Aurora buat apa dekat syarikat?" soal Qayden balik. Jelas suara gelabah Qayden. Berkerut dahi Aurora.

"Suka hatilah, nak jumpa Adrien." balas Aurora.

"Oh...okay."

Ting! Pintu lift perlahan terbuka.

"Cepat bagitahu semua." ujar Aurora. Tanpa memandang penumpang yang ada didalam lift, Aurora melangkah masuk kedalam. Dia berganjak kearah hujung sudut lift, badan disandarkan pada dinding. Penumpang yang ramai, menyebabkan keadaan didalam lift sesak.

Terasa menyesal pula, tidak melihat jumlah penumpang terlebih dahulu.

Qayden dicorong telefon ralit memberitahu segala persiapan dan maklumat tentang kematian palsu Profesor Red Lady.

"Tentang kematian Profesor Red Lady, hampir siap sepenuhnya. Seperti rancangan Cik Aurora dan Cik Maria, punca kematian Profesor Red Lady ialah terlalu banyak tekanan. Kubur palsu dia, akan disembunyikan. Alasanya, keluarga Profesor Red Lady yang ingin sembunyikan."

Aurora merapatkan lagi badanya ketepi, apabila lelaki bersut hitam disebelah dia, berganjak merapati dia sedikit. Malas ingin mengambil tahu tentang kawasan didalam lift yang sesak ini, dia sambung menumpukan perhatian pada suara Qayden dicorong telefon.

"Identiti palsu Cik Aurora yang kedua, Eva Elissa. Cik Aurora belum bagitahu saya tentang tu. Macam mana nak settelkan biodata palsu tu? Saya yakin, musuh boleh serang melalui biodata palsu tu." tanya Qayden.

Aurora mencebik bibir. Macam mana, dia boleh terlupa tentang identiti palsu itu?

Suara Qayden kedengaran, "Cik Aurora, saya rasa kena settle cepatlah identiti palsu ni. Sebab Cik Aurora pernah buat kad pengenalan palsu tentang Eva Elissa. Takut benda ni terbongkar."

Aurora memandang angka nombor yang terpapar didinding lift.

13

Lift masih ditingkat 13. Aurora merengus, perlahan.

Kenapa lift syarikat ini lambat? Dia perlu segera menjawab pertanyaan Qayden. Kalau jawab didalam lift, mahu orang lain dengar dan mula curiga.

"Cik Aurora? Cik Aurora dengar ke?" tanya Qayden.

Dia ni kan... aku dah cakap, aku dekat lobby syarikat tadi.

Bisik hati dia.

"Cik? Hello?"

Aurora mengeluh. Ibu jarinya menggesel punat merah, mematikan panggilanya dengan Qayden.

Tanganya terkial-kial ingin membuka zip beg tangan. Tiba-tiba, lelaki bersut hitam disebelah dia, secara tidak sengaja terlanggar bahunya.

Pap!

Pegangan tanganya pada telefon, terlepas. Aurora tertunduk memandang telefonya yang sudah mencium lantai lift.

Ting! Serentak itu, pintu lift terbuka. Berpusu pusu penumpang didalam lift itu keluar.

Aurora mengeluh, baru tanganya ingin mencapai telefonya. Sudah ada tangan yang lebih pantas, mengambil.

"Sorry sangat sangat." ucap lelaki bersut, yang melanggarnya tadi. Lelaki itu menghulur telefon dia.

Aurora menyambut telefonya. Lelaki itu dipandang sekilas sebelum dia melangkah keluar daripada lift. Tanpa berkata apa apa.

Entah kenapa firasatnya, mengatakan suara itu seperti pernah dengar.

Tapi dimana?

Aurora mendekati kaunter pertanyaan, wanita yang leka menghadap telefon itu langsung tidak sedar akan kehadiranya.

AE : Dendam Kerana Cemburuजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें