Kepala dipusingkan semula menghadap Amalia. Mata yang sudah bertakung air mata itu, memandang kemesraan Amalia dengan seorang lelaki yang merupakan kawan baik sendiri. Dan juga merupakan kawan yang khianat kawan sendiri.

Dia bukan sedih kerana Amalia tinggalkanya. Ya, dia mengaku dia sedih. Tetapi jauh lagi sedih Faris, kawan baiknya sendiri mengkhianati dia. Persahabatan yang terjalin sejak zaman belajar lagi, tiba tiba putus begitu sahaja. Angan angan dia ingin sehidup semati dengan sahabat sendiri, musnah.

Adnan masih kaku, memandang kearah pasangan sejoli itu. Genggaman tanganya pada pemegang payung, semakin longgar. Tubir matanya panas. Senyuman yang sentiasa dibibir itu hilang.

Tiba-tiba angin meniup kuat. Menyebabkan pegangan tangan dia pada pemegang payung terlepas. Habis terbang payung itu dibawa angin. Adnan masih tak bergerak dari situ. Matanya masih tidak lepas memandang Faris yang selamba memeluk bahu Amalia.Konon, ingin menyelamatkan Amalia daripada terdorong kerana tiupan angin.

Hujan yang membasahi jaket sejuk dia, dibiarkan. Rambutnya basah. Air hujan menitik dahi dia, lalu titisan air hujan itu mengalir membasahi pipi dia. Kala dia tersedar, titisan air matanya juga turut mengalir membasahi pipi.

Terlalu lemah sangatkah dia sehingga dia tidak dapat memberhentikan air mata ini?

Terasa seperti titisan hujan sudah tiada lagi. Seperti ada sesuatu yang melindungi titisan air hujan menyimbah badan dia. Perlahan kepala didonggak. Kelihatan, sebuah payung lut sinar melindungi tubuhnya daripada terkena air hujan.

Dia tersedar sesuatu. Lantas dia memandang kearah sebelah. Melihat empunya payung, tak semena mena mata dia membulat.

"Sorry, saya pendek.Tak sampai, nak tinggikan payung lagi." ujar Aurora.

Adnan memandang payung diatas kepalanya. Hampir-hampir sahaja payung itu terkena kepalanya.

Adnan tergelak.

Pegangan pada pemegang payung, bertukar tangan. Aurora menjatuhkan tangan dia. Wajah basah Adnan, ditenung dengan pandangan tidak percaya.

"Serius lah?" soal Aurora tiba tiba. Berkerut dahi Adnan.

"Serius apa?" soal Adnan balik lalu melemparkan senyuman manis buat Aurora.

Tercengang Aurora.

"Saya nampak awak nangis tadi. Macam mana awak boleh senyum dan ketawa balik?"

Adnan tergelak.

"Oh ya, macam mana awak ada dekat sini?" tanya Adnan. Lebih kepada ingin menukar topik perbualan.

"Oh...saya nampak awak dekat kafe tadi. Lepastu nampak awak berlari nak lintas jalan. Kebetulan saya pun nak lintas jalan. Sampai sini saja, saya nampak awak berdiri macam patung dekat sini.Tanpa payung." kata Aurora.

Adnan tersenyum. Mata Aurora memandang jaket Adnan yang sudah lecun basah.

"Jaket awak basah ni. Awak ada pakai baju dekat dalam tak?" tanya Aurora. Adnan mengangguk.

"Jom kita singgah kafe, panaskan badan. Nanti demam pula." ujar Aurora. Selamba dia menarik lengan Adnan yang berlapik dengan jaket, menuju kearah kafe berdekatan. Adnan hanya turuti sahaja.


JAKET biru yang hampir kering, dilipat kemas. Dirapikan rambut yang hampir kering itu menggunakan jari-jemari kasarnya. Saki baki air mata ditubir mata, dikesat. Adnan menghembus nafasnya.

"Ad...jangan nangis lagi." kata Adnan kepada diri sendiri. Adnan menarik nafas lalu menghembuskanya perlahan.

Lipatan jaket itu diambil, kaki mengatur langkah keluar dari tandas lelaki itu. Keluar sahaja, Adnan mencari kelibat Aurora. Tadi wanita itu kata ingin pergi ke sesuatu tempat, tapi takkan lah sampai sekarang belum sampai.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now