"Hidup aku pun bermasalah juga." kata lelaki berpakaian serba hitam itu, sambil membuah senyuman.

Berkerut dahi Aurora memandang lelaki berhoodie hitam dihadapanya ini. Bebola mata hazel Aurora naik, memandang anak mata hitam lelaki itu.

"Boleh aku duduk sekali?" tanya lelaki itu. Aurora teragak-agak, mengangguk. Punggung diseret ketepi sedikit, membina jarak antara dia dan lelaki itu. Lelaki itu menghela nafas, selepas melabuhkan punggung disebelah Aurora.

"Sorry...kita pernah kenal ke?" tanya Aurora.

Lelaki itu menggelengkan kepala. Aurora mengerutkan keningnya.

"Jadi...kenapa kau dekat sini?"

"Salah ke?" Soalan dibalas soalan oleh lelaki asing itu.

Aurora menggulingkan bebola matanya.

"Mestilah salah. Tak tengok jam ke? Sekarang dah lewat malam, kau masih ada dekat sini." ujar Aurora.

Entah kenapa hatinya tiada niat langsung hendak berganjak dari tempat ini. Sepatutnya, dia perlu lari. Mana tahu, lelaki itu pembunuh ataupun perogol bersiri ke. Takpun, lelaki itu bukan manusia.

"Jangan risau, saya bukan ada niat jahat pun." ujar lelaki itu.

Aurora mengerutkan keningnya saat terdengar kata ganti diri 'saya' dari mulut lelaki itu. Bukankah, dia guna 'kau' ke tadi?

"Saya?"

Lelaki itu tersengih. "Entah, bila jumpa bidadari secantik ni tak sampai hati pula nak guna 'kau-aku'." ujar lelaki itu selamba.

Aurora membuat muka meluat.

"Menakutkan lah kau ni-"

"Cuba guna 'saya-awak' baru manis sikit. Janganlah garang sangat." Ayat Aurora dipotong laju oleh lelaki asing disebelahnya ini.

Aurora terdiam.

"Err...mana boleh. Dah terbiasa." kata Aurora. Jujur dia katakan, dia rasa ini bukan diri dia yang sebenar. Aurora yang sebenar takkan layan semua ini. Selalunya, dia hanya diam menutup mulut dan malas layan.

Lelaki itu menayang senyuman nipis. "Biasakan lah."

Aurora mengeluh, "Okay, dengan awak je saya guna.Dengan orang lain, saya guna 'kau-aku' balik."

Senyuman nipis lelaki itu berubah menjadi manis.

"Aww...sweet nya awak." ujar lelaki itu.

Tercengang seketika Aurora.

"Minta maaf, yer. Saya tak kenal awak, jadi jangan buat cara kita dah lama kenal." kata Aurora.

"Okay, kalau macam tu..biar saya perkenalkan diri saya." Tubuh lelaki itu menghadap ke arah dia.

"Saya, Adnan Adriel."

Aurora mengangguk. "Aurora Elysian." ujar Aurora pula.

Adnan mengerutkan dahinya.

"Susah lah nak sebut. Panggil sayang jelah." Adnan berseloroh. Dan, apa yang mengejutkan. Dia tidak membuat muka meluat, malah boleh tertawa.

Ya, Aurora tertawa!

Buat pertama kalinya, dia tertawa kerana ayat sweet.

Adnan tiba tiba menepuk dada bidang dia sendiri. Lalu terbatuk batuk. Gelak tawa Aurora terhenti. Senyuman tadi bertukar menjadi riak wajah cemas.

"Eh kenapa ni?"

Adnan masih menepuk dadanya. Mata hitam itu memandang kearah Aurora disebelah.

"Ada bidadari senyum tadi...cantik." ujar Adnan penuh drama. Aurora tergelak.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now