"Aryan tahu Aurora masuk hospital?"

Aurora terkedu. Mendengar sebaris nama itu, membuatkan hatinya sebak. Lama dia tidak dengar sebaris nama yang acap kali dia menyebut itu.

Puan Sri Aralyn mengeluh.

"Ibu tahu Aryan penyebab Aurora tiada kawan bukan? Sebab dia, Aurora dikhianat. Ingat tu. Sebab dia Aurora takut nak tonjolkan diri."

Aurora menggeleng dengan wajah tanpa riak dia.

"Tak."

"Tak apa? Memang terbukti dia buat semua tu" bidas Puan Sri Aralyn.

"Aryan baik. Ibu ayah yang buang dia." kata Aurora.

"Aurora. Please open your eyes! Kenapa Aurora percayakan dia, sedangkan ibu dan ayah pun Aurora tak percaya."

Aurora terdiam. Dia tunduk memandang segaris bekas parut pada jari tunjuknya.

"Because... He is my brother."

"And I'm your mom! We're your parents! How dare you more trust your brother than your parents?"

Aurora tersenyum sinis. "It doesn't mean, you're my mom and I must to trust you."

"Yes you must!"

"Ibu tahu Aurora ada masalah dalam percayakan orang, tapi sekurang kurangnya percayakanlah ibu bapa Aurora macam anak anak lain." sambung wanita tua itu.

"Sekurang kurangnya Aurora percayakan pada orang yang betul. Bukan macam ibu, lebih percayakan orang luar daripada anak sendiri." kata Aurora, sarkastik.

Puan Sri Aralyn tergamam.

"Tapi ibu ada bukti yang Aryan salah!"

"Okay, sekarang ibu ada bukti yang ibu betul? Ibu ada bukti Aryan yang tabur fitnah tu? Ibu ada bukti Aryan berdendam dengan Aurora? Ibu ada bukti Aryan cemburukan kejayaan Aurora? Ibu ada bukti ke?" ujar Aurora, mendatar.

"Aurora tak tahu apa apa! Aurora mana ingat semua benda tu!" jerkah Puan Sri Aralyn.

Aurora menghela nafas lemah. Selimut ditarik menyebulungi diri dia. Kepala yang berlitup tudung itu, dibaringkan pada bantal.

"Enough ibu, You just made me tired." ujar Aurora.

Puan Sri Aralyn merengus. Dipandang sekujur tubuh yang baring membelakangi dia itu sebelum keluar dari bilik wad.

Baru separuh jalan Puan Sri Aralyn selepas keluar dari wad, dia terserempak dengan anak keduanya yang sedang menjingjing plastik merah.

"Eh ibu dah sampai?" tegur Adrien. Puan Sri Aralyn memutarkan bebola mata dia.

"Jagakan adik kau tu. Kejap lagi polis datang nak buat penyiasatan." ujar Puan Sri Aralyn.

Adrien memandang kelibat ibunya yang berjalan laju meninggalkan dia dikoridor hospital itu. Hairan dibuatnya.

Tanpa melenggahkan masa, Adrien mengatur langkah kearah bilik wad yang ditempatkan Aurora. Pintu wad itu ditolak seraya kepala dijenggulkan kedalam. Sekujur tubuh yang berselubung dengan selimut putih, dipandang. Seketika, dua ulas bibir dia mengeluh.

Dia tahu sekarang apa yang berlaku pada dua anak beranak itu.

Perlahan kakinya melangkah kearah kerusi disebelah katil. Adrien duduk diatas kerusi itu.

"Aurora, bangun makan." Lembut sahaja pertuturan Adrien. Dia tahu emosi Aurora tidak stabil sekarang.

"Tak nak." Suara perlahan Aurora, kedengaran.

AE : Dendam Kerana CemburuWhere stories live. Discover now