Mereka menyewa sebanyak 4 buat khemah. Dua khemah untuk lelaki dan dua khemah lagi untuk kaum perempuan. Seperti biasa, Adwa, Mawar dan Syifa berkongsi satu khemah manakala Hawa dan Imani berkongsi satu khemah. Selepas dirikan khemah, Zaid terus bagitahu aktiviti pertama mereka pada haritu. Zaid tak ubah seperti seorang Cikgu yang membimbing budak budak sekolah ketika berkhemah.

Berkayak. Aktiviti pertama yang menjadi pilihan zaid. Dua orang satu kayak. Syifa awal-awal lagi tarik diri memandangkan keadaannya ketika itu tidak mengizinkan untuk main air kerana uzur. Jadi, tinggallah mereka berlapan yang turut serta.

Adwa dan Mawar dayung satu kayak. Disebabkan kedua-duanya masih baru dalam aktiviti itu, mereka jauh ditinggalkan. Kayak yang didayung mereka tidak bergerak dalam garis lurus. Asyik gerak ke kananlah, kirilah.

"Wa, aku rasa memang tak gerak kita ni," Mawar sudah mula gelak sendiri.

"Wei! Korang dayunglah betul-betul. Cepatlah aku nak ambil video ni," Syifa yang berada di tebing melaung.

"Susahlah wei," Adwa laung kembali "Kita cuba sekali lagi," Adwa bagitau Mawar. Sekali lagi mereka cuba untuk menggerakkan kayak mereka lurus ke depan. Tetapi hasilnya tetap sama.

Syifa yang jadi pemerhati ketawa besar. Sampai esok pun tak gerak jauh kalau macam tu.

"Aku give up," ujar Adwa.

"Sama. Wa, jom mandi air terjun. Aku nampak masa on the way kita datang sini tadi," Mawar tiba-tiba bagi cadangan.

"Jom," Adwa bersetuju tanpa fikir dua kali. Mereka berdua sudah putus asa nak berkayak. Kawan-kawan mereka yang lain pun dah jauh ke depan. Adwa dan Mawar naik ke darat dibantu oleh pekerja di situ.

"Awalnya korang naik," komen Syifa yang sedari tadi pegang telefon untuk merakam.video.

"Kitorang dah give up. Aku ada idea yang lagi baik," ujar Mawar. Syifa mengerutkan dahi.

TIBA SAJA di kawasan air terjun, Mawar terus meletakkan kaki ke dalam air.

"Sejuk," komennya sedikit menggigil. Syifa juga ikut sama letak kaki. Cukup sekadar rasa nyaman kesejukan air terjun yang cukup jernih itu. Mawar yang ralit merendam kaki tidak perasan Adwa yang senyap senyap di belakangnya dengan idea yang jahat.

Dush! Mawar terjelepok jatuh dalam air. Adwa ketawa besar. Serentak itu, satu jelingan maut dihadiahkan.

"Adwa!!!" Mawar menjerit geram. Syifa dan Adwa ketawa terbahak.

"Kau jangan nak gelak eh Syifa. Kalau bukan sebab kau ABC dah lama aku tarik kau sekali masuk dalam air ni, " kata Mawar geram. Dengan baju yang sudah basah lencun, Mawar bangkit untuk membalas dendam. Memang cari nahaslah si Adwa cari pasal dengannya. Dikejar sampai tak ingat dunia.

Akhirnya, Adwa turut sama basah lencun. Alang- alang dah basah lencun , terus mereka bermandi-manda di dalam air yang jernih itu.

"Syifa, jom tangkap gambar," laung Adwa yang duduk rehat atas batu.

"Tak naklah. Basah nanti," Syifa menolak.

"Sini cetek, tak dalam. Jomlah. Cantik pemandangan kat belakang ni," Mawar memujuk. Syifa akhirnya mengalah.

Adwa menggigil kesejukan sebaik sahaja naik ke darat. Keluar daripada air baru terasa sejuk sampai tulang. Tuala pula tak ada. Adwa duduk memeluk lutut sambil melihat Mawar dan Syifa yang sedang Selfie.

Adwa terkejut apabila satu tuala  putih tiba tiba hinggap jatuh atas kepalanya. Adwa mendongak. Aakiff.

"Kiff,"

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang