Bab 29

5K 348 61
                                    

2 Years Later...

"Wa. Ada nampak jam tangan abang tak?" Aakiff melangkah ke dalam bilik mereka. Sejak tadi dia cari jam tangan kesayangannya tak jumpa-jumpa. Melangkah masuk ke bilik, pandangan disapa oleh sekujur tubuh isterinya yang sedang lena di atas katil.

"Wa? Sayang," Aakiff menepuk lembut pipi Adwa. Adwa mengerang kecil memprotes apabila tidurnya diganggu.

"Wa, dah nak masuk maghrib ni. Tak baik tidur," Aakiff berkata lagi. Ketika itu jam di atas meja bilik sudah menunjukkan pukul 6.50 petang. Hujan lebat yang menambahkan kedinginan membuatkan Adwa lagi rasa seronok itu untuk tidur dan makin menarik selimut menutupi badannya.

"Wa," Aakiff memanggil dengan lembut.

"Wa," satu ciuman hinggap di pipi kanan Adwa. "Sayang," satu lagi pula hinggap di pipi kiri Adwa. Adwa menggeliat kecil.

"Adwa," satu lagi hinggap di atas hidung Adwa pula. Adwa memusingkan posisi badannya ke membelakangkan Aakiff.

"Wahai Adwa Sofea, isteriku  tersayang. Sila bangun sekarang," Aakiff cuba mengejutkan Adwa lagi. Namun begitu, Adwa masih tidak berkutik.

Aakiff hitung dari satu sampai lima di dalam hati sebelum dia mengangkat tubuh Adwa daripada katil bridal style. Adwa yang terperanjat terus memaut leher Aakiff.

"Hubby!" Adwa menepuk dada Aakiff dengan geram. Mahu tercabut jantungnya.

"Hubby?" Aakiff mengangkat kening.  Jarang sekali Adwa memanggilnya dengan panggilan hubby kecuali inginkan sesuatu ataupun ketika ingin memujuk. Setahun yang lalu, Aakiff mula membahasakan dirinya dengan perkataan 'abang', terus terlekat sekali pada Adwa.

Aakiff pernah berkata dia ingin terus Adwa memanggilnya dengan panggilan hubby, tetapi lidah Adwa sudah terbiasa memanggilnya abang pula. Namun begitu, setiap kali ada sesuatu yang diinginkan isterinya itu, Adwa pasti menggunakan panggilan hubby sebagai senjatanya.

"Tersasul. Put me down abang," pinta Adwa dengan mata yang masih mengantuk.

"Nope! Nanti sayang tidur balik," kata Aakiff yang sudah kenal sangat dengan perangai.

"I promise tak sambung tidur balik. Now please put me down hubby," Adwa buat muka comel.

"Give me a kiss first," Aakiff buat tawaran. Adwa geleng kepala.

"Taknaklah, Wa baru bangun. My breath smells bad," Adwa menolak. Memalingkan wajahnya daripada Aakiff. Insecure tentang bau mulut sendiri bila bangun tidur.

"Eh. Abang tak cakap nak kiss kat bibir. Kiss dekat pipi pun tak apa, nakal ek" Aakiff senyum gatal. Adwa buat muka seposen. Huh!

"Come on. Give me my kisses," pinta Aakiff lagi dengan intonasi kebudak-budakan. Adwa hela nafas lemah akhirnya mengalah.

"Okay, just one,"

Aakiff sudah sengih lebar.

"Abang ni excited macam Adwa tak pernah kiss abang," komen Adwa.

"Eh mestilah. I will never get bored of your kisses, hugs and everything sayang. Cepat bagi kiss abang," Aakiff tayang mukanya. Nak tak nak Adwa hadiahkan juga kiss yang dimahukan oleh Aakiff. Namun di saat bibir Adwa hampir singgah di pipi Aakiff, suaminya itu laju memalingkan wajahnya dan menyebabkan bibirnya bertaut dengan bibir Aakiff.

"Abang!"

Aakiff senyum menang.

"Mengada. Turunkan Wa sekarang," Adwa memuncungkan bibir. Aakiff turunkan Adwa.

"Tu bibir muncung-muncung tu nak kiss lagi ke?" Aakiff mengusik Adwa. Adwa jeling geram. Suka sangatlah mengusik orang.

"Abang jadi ke nak pergi office malam ni?" Adwa bertanya setelah selesa  duduk di birai katil.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now