Bab 38

5.2K 291 5
                                    

Adwa terkejut. Dia mula rasa gelisah.
Pandangan dilarikan dari renungan mata Aakiff.

"Kenapa abang tanya macam tu?" soalnya dengan risau yang mulai menggunung dalam hati. Dia takut untuk duga reaksi Aakiff sekiranya tahu hal sebenar.

"Because you have been acting weird. Sudden craving, you suddenly hate my perfume, suddenly hating your favourite food," Aakiff senaraikan satu satu sebab. Adwa telan air liur.

"Are you really pregnant Wa?" Aakiff bertanya mencapai tangan Adwa. Mata mereka bertembung. Perlahan-lahan Adwa angguk kepala. Bibir Aakiff terus mengulum senyuman lebar. Tubuh Adwa ditarik ke dakapannya membuatkan Adwa yang tadi gelisah tetiba rasa terkejut dengan tindakan Aakiff.

"Abang percaya dekat saya?" Adwa bertanya takut-takut. Aakiff meleraikan pelukan, dia tayang muka bingung.

"Kenapa Wa tanya abang macam tu?" Aakiff bertanya hairan.

"Selalunya dalam drama bila suami hilang ingatan lepastu isteri mengandung. Lelaki tu mesti tanya 'anak saya?'. Tapi kenapa abang tak tanya Wa.macam tu?" Adwa bertanya.

"Ya Allah sayang. Kenapa abang nak tanya soalan yang memang dah pasti. Kenapa abang perlu ragu dengan Wa. Abang percayakan Wa. Anak dalam kandungan tu anak abang dengan wa. Our baby," Aakiff berkata lembut. Adwa terharu. Terus dipeluknya si Aakiff.

"I love you so much abang. Always and Forever,"

"Abang pun sayangkan Wa. I love you Wa," pelukan Adwa dibalas erat. Walaupun Aakiff tidak meluahkan dengan ayat yang selalu diluahkan. Bagi Adwa itu sudah cukup. Dia terlampau bersyukur Aakiff masih boleh menerimanya sebagai isteri dan juga menerima anak mereka.

"Lepas ni stop tengok drama. Banyak sangat tengok drama dah terpengaruh bukan-bukan," kata Aakiff. Adwa menarik muncung.

"Mana ada. Benda tu terlintas dekat fikiran wa je. Kebarangkalian untuk berlaku," jelas Adwa melentokkan kepala ke bahu Aakiff. Aakiff mencebik.

"Yalah tu,"

***

2 months later ....

Setelah yakin dan kandungan Adwa betul betul kuat, Adwa dan Aakiff membuat keputusan untuk memberitahu berita baik tersebut kepada keluarga mereka. Apalagi riuh serumah. Gembira bukan main ibu bapa mereka. Terutama sekali Puan shilla ummi Adwa dan Puan Suraya mama Aakiff.

Kini kandungan Adwa sudah mencecah empat bulan. Perutnya juga sudah mula kelihatan. Sekarang pergi balik office pun kena berjemput. Alasannya sebab Aakiff taknak bagi dia memandu sorang-sorang. Risau katanya.

Sambil mengusap perut, Adwa mengulum senyum. Walaupun ingatan Aakiff masih belum pulih, Adwa tetap bersyukur hubungan mereka masih tetap sama. Rasa cinta dalam hati mereka tidak pernah pudar.

"Wa,," Aakiff yang baru selesai mandi menegur. Dia terus duduk dan melentokkan kepalanya di perut Adwa.

"Hai anak abah. Behave tak hari ni? Semoga membesar dengan sihat," satu kucupan di hadiahkan di perut Adwa. Itulah rutin Aakiff. Selalu bercakap dengan anak mereka yang masih belum lahir.

"Kaki sakit tak?" Aakiff bertanya lembut. Kaki Adwa ditilik.

"Tak sangat," balas Adwa bersandar pada kerusi malas.

"Mama cakap nanti bila dah masuk third trimester lagi penat. Wa taknak berhenti kerja dulu?" tanya Aakiff sedikit prihatin. Adwa ketawa kecil.

"Abang ni. Jangan risau. Wa okey. Lagipun Wa tengok dekat office ramai je yang pregnant bekerja. Lagi satu, kerja Wa duduk je abang," kata Adwa. Aakiff tarik muncung. Dia melentokkan kepala di atas paha Adwa dengan manja. Tangan Adwa pula bermain-main di rambut Aakiff.

"Oh. Abang sebelum Wa lupa. Jangan lupa esok, temankan Zaid pergi beli barang hantaran. Wa pun nak kena temankan si Mawar tu fitting baju. Katanya tak nak pergi dengan Zaid, nanti tak surprise. Ada ada je budak tu," ujar Adwa. Dalam tempoh 2 bulan lagi, Mawar dan Zaid akan melangsungkan perkahwinan mereka. Sebagai kawan Mawar, Adwalah yang jadi mangsa kawannya itu pergi sana sini sebelum majlis.

"Kalau abang tak pergi?" Aakiff merengek mengalahkan budak budak.

"Jangan macam macam abang. Naya kalau si Zaid tu merajuk. Sampai tujuh keturunan diungkit nanti," balas Adwa menarik sedikit rambut Aakiff. Aakiff mendengus.

Tiba-tiba Aakiff angkat kepala dan sengih ke arah Adwa. Kening Adwa bertaut.

"Abang sengih-sengih ni kenapa?" soalnya.

"Jom pergi honeymoon," Aakiff angkat kening berkali-kali dengan senyuman nakal di bibir. Adwa tarik pipi Aakiff. Sekali dicubitnya.

"Auw, sakitlah yang,"

"Tahu sakit. Tak payah nak berangan nak pergi honeymoon. Yang ada dalam perut ni tak nampak ke?," Adwa membebel.

"Lagipun buat apa nak honeymoon tempat lain kalau dekat rumah pun boleh honeymoon," kali ini giliran Adwa pula yang menyengih. Wajah Aakiff terus bersinar.

"Sekarang boleh?" Aakiff senyum nakal. Adwa ketawa kecil.

"Amboi," sekali badannya dicempung oleh Aakiff membuatkan dia terjerit kecil.

"Abang," Adwa menepuk dada Aakiff. Nasib tak tercabut jantung.

" I love you Wa," satu ciuman hinggap di bibir Adwa. Adwa merangkulkan lengannya ke leher Aakiff.

"I love you too, husband"

****

Dua bulan kemudian***

Majlis perkahwinan Zaid dan Mawar berjalan dengan sempurna. Sekali lafaz Mawar sah bergelar sebagai isteri kepada Zaid. Jelas kelihatan bahagia wajah kedua pasangan sejoli itu.

Terkedek-kedek Adwa yang sedang mengandung 6 bulan lebih itu menuju ke arah pasangan Zaid dan Mawar untuk menangkap gambar.

"Wa," Mawar terus bangun dari kerusi menyapanya walaupun sebelum dan sepanjang majlis Adwa selalu di sisinya.

"Aku nak tangkap gambar jugak," ujar Adwa.

"Mana Aakiff?"

Adwa menoleh ke belakang. Aik! Tiba-tiba sahaja suaminya itu menghilang. Tadi bukan main berkepit sampai nak pergi tandas pun nak berteman.

"Mana pulak laki aku ni?" Adwa mengomel sambil meliarkan mata ke sekeliling untuk mencari Aakiff. Ni kalau tak tangkap gambar cepat-cepat kena tunggu giliran lagi.

Dari jauh, Adwa nampak Aakiff sedang berborak dengan seseorang. Nampak penting, tapi buat masa sekarang tangkap gambar dengan pengantin lagi penting. Ramai lagi sedang menunggu.

"Abang," di tengah tengah pelamin itu Adwa panggil suaminya. Automatik mata Aakiff ke arahnya. Adwa memberi isyarat tangan hendak tangkap gambar. Aakiff meminta diri sebelum melangkah ke arahnya. Tangan Aakiff automatik melingkar ke pinggangnya.

"Tangkap gambar jap. Lepasni baru abang sambung borak," kata Adwa. Aakiff terus berdiri di sebelah Zaid manakala Adwa di sebelah Mawar. Setelah beberapa kali posing, barulah Adwa dan Aakiff turun dari pentas pelamin itu.

Sebaik melangkah turun, Adwa terus duduk di kerusinya. Sedikit termengah.

"Itulah, teruja lain macam. Kan dah mengah," komen Aakiff. Adwa lemparkan jelingan tajam.

"Macam mana tak teruja. Kawan saya kahwin mestilah saya teruja," balas Adwa. Tangannya mencapai chocolate fudge yang berada di hadapannya. Terus masuk mulut.

"Yang. Sejak mengandung ni, abang tengok makin berselera lain macam," kata Aakiff. Adwa menjeling ke arah Aakiff.

"Saya makan untuk dua orang," tingkah Adwa dan sambung makan lagi. Aakiff sekadar senyum dan geleng kepala.

"Nah. Makan makanan berkhasiat sekali. Jangan asyik makan dessert je," Aakiff meletakkan tomato ke dalam pinggang Adwa. Automatik mendapat jelingan maut. Aakiff terus ketawa.

"Abang tahu Wa tak suka tomato kan?"

"I know,"  ujarnya seraya mengelap bibir Adwa yang ada sedikit kesan comot menggunakan ibu jarinya.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now