Bab 13

8.5K 459 34
                                    

Rumah banglo dua tingkat itu menjadi perhatian Adwa untuk seketika.  Tiba-tiba dia diserang rasa gemuruh apabila berfikir hanya dia dan Aakiff sahaja yang akan tinggal di rumah itu. Setelah Aakiff membuka pintu, Adwa turut melangkah masuk. Interior design di dalam rumah juga menarik perhatian Adwa.

'Pandai jugak Pak Cik ni design, ' hatinya memuji.

"Bilik aku kat mana? " soal Adwa. Dia betul betul perlukan rehat seketika.  Badannya sudah lenguh tidur di atas katil hospital. Barang pun hanya sempat kemas yang mana perlu sahaja.

"What do you mean by bilik aku? " Aakiff mengangkat sebelah kening. 

"Yalah.  Aku nak rest kejap.  Nak settle barang lagi, " kata Adwa. Begnya yang ada di tangan Aakiff cuba di ambil.  Namun,  Aakiff pantas melarikan beg itu.  Satu jelingan dihadiahkan.

"You mean our room? " Aakiff senyum senget.

"Our? " Adwa menyoal teragak-agak.  Aakiff sekadar mengangguk.

"But-"

"You are my wife Adwa Sofea. Not my guest. So you will stay with me in our room," Aakiff bersuara tegas membuatkan Adwa menelan air liur.  "Is that clear wife? " Adwa cepat-cepat mengangguk.  Dasar. Aakiff terus melangkah menuju ke tangga. Anak tangga dipanjat sebelum mereka tiba di hadapan satu pintu bilik.

Masuk ke bilik itu,  Adwa semakin kagum dengan pilihan Aakiff dalam menghias ruangan itu.  Tanpa berfikir panjang,  Adwa menuju ke katil dan merebahkan badan.

"Kepala kau sakit lagi? " Aakiff menyoal. Dia meletakkan beg pakaian miliknya dan Adwa ke bucu katil. 

Adwa menggeleng.  Kepalanya memang sudah tidak sakit tetapi badannya yang kepenatan.  Kemudian masing - masing senyap.

Aakiff membuat keputusan untuk membersihkan diri dan solat terlebih dahulu. Usai mandi,  Aakiff melihat Adwa sudah lena di atas katil.

**

Adwa membuka mata apabila terasa bahunya digoncang oleh seseorang. 

"Hmm, " balasnya acuh tak acuh.

"Wa, " sekali lagi suara itu menyeru disertakan dengan keluhan kecil.

"Adwa Sofea,  kalau kau takbangun jugak, aku campak kau dalam bilik air, "

Mendengar ugutan itu,  Adwa terus membuka mata dengan luas.  Percayalah bila Aakiff cakap dia akan buat.  Dia akan buat.

"Bangun pun, " Aakiff mengukir senyum senget.  Adwa mengecilkan mata ke arah Aakiff.

"Mandi, solat lepastu turun makan, " tanpa menunggu reaksi daripada Adwa, Aakiff melangkah menuju ke pintu.  Adwa sudah plan dalam kepalanya untuk sambung 5 minit tidur setelah Aakiff keluar bilik. Tiba di pintu, Aakiff bersuara.

" Dalam 15 minit kau takturun,  aku bawak air sebaldi untuk kau, " sempat Aakiff menggugut sebelum dia keluar.  Adwa mencebik.  Ceh!  Macam tahu-tahu je aku nak sambung tidur.  Nak tak nak, Adwa mengagahkan diri untuk bangun mandi dan solat. 

Usai solat,  Adwa terus melangkah turun. Di ruang tamu,  Aakiff sedang rancak berborak melalui telefon.  Tangannya menaip sesuatu pada kekunci laptop. Busy semacam.  Lama Adwa memerhati Aakiff. 

" By the end of this week,  aku nak semua settle, "

Dingin suara Aakiff menyapa telinga Adwa.  Meremang bulu roma.  Takpernah dia dengar suara Aakiff sedingin itu.  Adwa berdehem dari jauh menarik perhatian Aakiff.  Menyedari kehadirannya Aakiff terus menutup laptop dan melangkah mendekatinya.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now