Bab 15

5.4K 404 44
                                    

"THANK you ladies and gentlemen sudi hadir pada perjumpaan kita untuk bincangkan tentang aktivi camping kita yang akan berlansung pada dua hari akan datang," Zaid yang menjadi wakil pengurus aktiviti cuti sem mereka bermukadimmah.

Perjumpaan tidak rasmi itu telah diberitahu terlebih awal menerusi Whatsapp group yang telah digubal oleh Zaid sendiri untuk melaksanakan aktiviti camping mereka itu. Termasuk Adwa, Syifa dan Mawar, jumlah kawan-kawannya yang bersetuju untuk turut serta adalah seramai 9 orang.  Termasuklah Imani dan seorang lagi kawan baik Imani, iaitu Hawa.

Camping FRIM di Kuala Lumpur menjadi pilihan tapak camping mereka.

"Kalau korang ada apa-apa soalan boleh terus tanya," kata Zaid dihujung ucapannya.

Imani angkat tangan.

"Imani nak tanya, nanti kita bertolak dengan kereta siapa?" soal Amani. Nadanya penuh lembut.

"Kita pergi dengan 3 buah kereta. Kereta aku, kereta Aakiff dan kereta Ikram. So mungkin bertiga setiap kereta. Terpulang pada korang," jawab Zaid. Imani sengih kemudian alihkan pandangan pada Aakiff yang berada di kiro Adwa dihadapan Zaid.

"Kiff, Imani naik dengan Aakiff boleh?" Imani bertanya teruja.

"Tak boleh. Aku dengan Adwa yang naik dengan Aakiff, " belum sempat Aakiff yang jawab, Mawar terlebih dulu mencelah.  Imani menarik muncung.

"Tapi muat je kan kalau empat orang nak naik kereta Aakiff," Imani masih tidak mengalah. Mawar di kanan Adwa dah mula tayang muka annoyed. Adwa gigit  bibir. Dia mengerling Aakiff sekilas.
Aakiff diam. Mukanya blank.

Syifa kemudian berdehem.

"Aku sorang lagi yang naik ngan Aakiff. Sebab senang kami kan serumah," Syifa berkata. Adwa pandang Syifa. Muka Syifa jelas tunjuk 'tak apa tipu sunat'. Adwa tahan diri daripada senyum. Sesungguhnya siapa yang tak bersyukur ada kawan seperti Mawar dan Syifa.

"Kau naik dengan akulah Imani. Hawa sekali," Ikram bersuara. Imani menarik muncung tapi tetap setuju.

"Okay. Kalau macam tu selesai bab kenderaan. Sekarang kita nak kena senaraikan apa yang kena bawak. Aku dah lama tak camping ni jadi aku tak sabar nak luangkan masa dengan korang," kata Zaid tersengih.

"Kau memang tak boleh hidup tanpa kitorang," Mawar menyindir Zaid. Namun Zaid tidak tunjuk rasa kurang senang malah bertambah ceria wajahnya.

"Terutamanya kau Mawar. Aku memang tak boleh hidup tanpa kau," Zaid sengih mengalahkan mamat Romeo. Dah mula dah perangai nak usik si Mawar tu. Nanti mesti mula sesi berbalas kata-kata pula.

"Dah mula dah pasangan dua sejoli ni," Adwa merungut perlahan. Namun Aakiff yang berada di sebelahnya tetap dapat dengar.

"Kawan kau jugak," balas Aakiff. Mawar angkat kening. Dia menoleh ke arah Aakiff.

"Cubalah nasihatkan kawan kau tu, kata suka. Kenapa tak terus terang je?" soal Adwa.

"Kau ingat senang ke nak bagitahu seseorang kita suka dia?" Aakiff menyoal kembali. Adwa kemudian befikir, betul jugak. Bukan senang nak luahkan perasaan pada seseorang. Cinta tu kadang-kadang diibaratkan kentut, diluah malu ditahan sukar.

Perbisikan antara Aakiff dan Adwa mengundang rasa kurang senang dalam diri Imani. Imani terus mencari akal untuk tarik perhatian Aakiff.

"Aakiff," Imani panggil Aakiff. Tumpuan Aakiff beralih pada Imani. Begitu juga Adwa.

"Nanti kalau Aakiff nak jumpa Dr. Aidil boleh tak Imani nak join sekali. Sebab Imani nak tanya Dr. Aidil pasal majlis yang kita kena handle tu," kata Aakiff. Adwa mencebik. Sengaja cakap pasal aktiviti kelab persatuan sebab di situ hanya Imani, Zaid dan Aakiff sahaja yang terlibat. Aakiff pengerusi manakala Imani naik pengerusi.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now