Bab 37

5.7K 373 19
                                    

Setelah selesai mengemas, Adwa melangkah turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan ibu dan bapa mertuanya sebelum balik kampung. Semalam Aakiff tiba-tiba mengajaknya untuk balik ke kampung. Walaupun dia tidak ingat  pada ibu dan bapa mertuanya namun dia tetap ingin menjaga hubungan antara mereka.

"Wa, jom balik kampung," Aakiff tiba-tiba mengajaknya. Adwa pandang Aakiff dengan pelik.

"Kenapa tiba-tiba nak balik kampung?" Soalnya balik.

"Saya jumpa umi dengan abah waktu keluar hospital hari tu je. Lagipun, saya tak nak umi pikir saya tak anggap dia sebagai ibu mertua lagi sebab saya tak ingat pasal umi dengan abah," jelas Aakiff. Ada riak sedih di wajahnya. Diselit dengan riak kesal.

Adwa paut tangan Aakiff.

"Tak adalah. Umi faham. Umi dengan abah sentiasa doakan awak cepat sembuh. Walaupun awak tak ingat diorang, awak tetap menantu kesayangan umi," kata Adwa pula. Sesungguhnya Adwa tidak menipu kerana Akiff memang menantu kesayangan umi dan abahnya.

"Esok kita balik kampung," Aakiff makin nekad dengan keputusannya. Dia rasa serba salah pada umi dan abah. Adwa tidak menolak kerana dia juga memang selalu rindukan keluarganya.

Puan Suraya mengulum senyum ke arah Adwa yang melangkah ke arah mereka.

"Wa dah siap kemas?"

"Dah ma. Tengah tunggu Aakiff bersiap je," Adwa duduk di sofa hadapan Puan Suraya. Bersembang sementara menunggu Aakiff.

Sepuluh minit kemudian Aakiff turun. Dengan selamba dia duduk di sebelah Adwa. Rapat pulak tu. Minyak wangi yang dipakai Aakiff juga menusuk ke dalam hidung Adwa. Wajah Adwa terus berkerut.

"Kiff, awak tukar minyak wangi ke?" Adwa bertanya seraya menutup hidung. Dia tidak suka bau minyak wangi yang dipakai oleh Aakiff itu. Aakiff kerut dahi. Dia terus cuba menghidu bau minyak wangi yang dipakainya.

"Tak ada. Ni memang minyak wangi yang selalu saya pakai, " kata Aakiff. Selalu dia pakai minyak wangi yang sama, tak ada pulak Adwa kata dia tak suka.

"Tapi kenapa bau dia semacam je. Macam pelik. Saya tak suka, mual," Adwa berkata terus terang. Terus menjauhkan diri daripada Aakiff. Aakiff mula risau. Aik.

Puan Suraya yang memerhati mengangkat kening. Dia kemudian menoleh ke arah Aakiff.

"Kiff, pergi tukar baju. Mama pun rasa minyak wangi kamu kuat sangat," kata Puan Suraya pula. Aakiff pandang mamanya. Dia menoleh ke arah papanya yang hanya diam. Encik Abdullah sekadar menjongketkan bahu.

"Pergi tukar," Adwa menolak Aakiff sedikit. Nak tak nak, Aakiff mengalah. Walaupun kebingungan dia tetap bangun dan kembali ke bilik untuk menukar pakaianya yang telah disembur minyak wangi mahal miliknya.

"Patut tukar minyak wangi ke?" Aakiff mengguman sendiri semasa memanjat tangga. 

USAI Aakiff tukar baju, mereka terus bertolak menuju ke kampung Adwa. Sepanjang perjalanan, Adwa sentiasa terlelap walaupun pada awalnya dia berhasrat untuk teman Aakiff memandu sepanjang perjalanan. Baru  sejam memandu, perut Adwa tiba-tiba rasa lapar.

"Kiff, lapar, " Adwa merungut. Aakiff mengerutkan dahi.

"Aik, tadi baru je makan dekat rumah. Sekarang dah lapar?" Aakiff hairan. Adwa menggosok perutnya. Dia bukan lapar, tapi dia tiba-tiba teringinkan tomyam.

"Saya rasa macam nak makan tomyamlah," Adwa menyuarakan isi hatinya.

Akiff sekali lagi kerut kening. Mana nak cari tomyam tengah highway ni?..

"Baru sejam Wa kita bertolak. Kita makan dekat kampung jelah," Aakiff berkata. Adwa terus tarik muka.

"Kata sayang, orang minta nak tomyam pun tak boleh," Adwa merungut sendiri. Aakiff menoleh sekilas. Aik. Merajuk pulak.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now