Bab 16

5.2K 389 35
                                    

Kereta Aakiff meluncur menuju ke rumah sewa Mawar dan Syifa. Hari ini tibanya hari yang telah dirancang oleh dia dan kawan-kawan untuk Camping.

"Kiff, lepas habis camping nanti kita nak balik rumah siapa? Rumah mama ke ummi?" Adwa tanya semasa mereka dalam perjalanan untuk mengambil Syifa dan Mawar.

"Dua-dua. Balik dari camping kita rehat kat rumah dalam sehari. Selasa kita balik rumah mama dulu sebab paling dekat. Khamis kita balik rumah Ummi," jelas Aakiff. Adwa angguk faham. Nasib baik Aakiff jenis yang tak berkira. Adwa pun memang sudah lama rindukan keluarganya termasuklah sepupu-sepapatnya yang tak pernah hilang akal untuk kenakan orang.

Tak lama selepas itu,mereka tiba di hadapan rumah sewa Mawar dan Syifa. Tidak perlu diseru, kedua-dua kawannya itu melangkah keluar dari rumah dengan mengendong beg masing masing. Aakiff buka bonet kereta.

"Hello lovebirds," Mawar menyapa ceria. Adwa julingkan mata ke atas.

"Amboi kau Wa, jeling-jeling. Kau patut bersyukur kitorang yang naik dengan korang berdua tau. Cuba bayangkan kalau si Imani tu tumpang korang," ujar Syifa pula. Adwa buat muka. Minta dijauhkan. Tak pasal-pasal sepanjang perjalanan kena hadap Imani menggatal dengan Aakiff. Sakit hati ada nanti.

"Okay. Alang-alang kitorang dah tahu rahsia korang. Aku nak korek sikit," Mawar mulakan misi untuk korek rahsia. Adwa tarik nafas lemah. Cepatlah sampai.

"Soalan pertama, siapa yang lamar dan macam mana?" Syifa usul soalan pertama.

"Amboi soalan, macam nak jawab exam," Adwa memerli. "Kau nak jawab ke?" Adwa menoleh ke arah Aakiff. Aakiff angkat bahu tanda tak kisah.

"Aakiff jawab,"

Perhatian Syifa dan Mawar beralih pada Aakiff.

"Adwa yang lamar," Aakiff berkata selamba. Serentak itu, Mawar dan Syifa terkejut. Bulat mata memandang kawan baiknya itu.

Adwa kerut dahi. "Bila masa aku lamar kau?" Dia soal Aakiff. Aakiff senyum senget.

"Kau yang ajak aku kahwin," Aakiff pandang Adwa sekilas.

"Kau ajak Aakiff kahwin?" Mawar pandang Aakiff dengan riak tak percaya.

"Aku gurau je time tu. Pastu dia betul betul masuk meminang aku," terang Adwa.

"Wow! Korang berdua memang gila. Sorang gila sebab ajak kahwin macam beli nasi kat kedai. Sorang lagi gila sebab setuju," kata Syifa masih dalam percaya tidak percaya akan perangai kedua-dua kawannya itu.

Soalan tidak berhenti pada soalan pertama sahaja. Macam-macam soalan Aakiff dengan Adwa kena jawab.

"Kiff, kalau berhenti makan kejap sempat tak?" Adwa bertanya. Tiba-tiba rasa lapar. Tadi Aakiff ada suruh dia makan sarapan pagi dulu tapi dia pula yang tak ada selera nak makan.

"Kenapa? Lapar? Hmm. Tadi suruh makan tak nak. Kau nak makan apa?" Sempat Aakiff membebel. Adwa pusing ke tempat duduk belakang.

"Korang tak breakfast lagi kan? Nak makan tak?"

"Boleh jugak, aku tak kisah makan apa. Asal boleh makan," kata Mawar. Syifa bersetuju.

Aakiff berhentikan kereta di hadapan sebuah kedai makan yang menyediakan pelbagai jenis masakan dan lauk pauk. Mereka bertolak semula ke tempat yang dijanjikan setelah dibebel oleh Zaid di telefon.

SEBAIK SAHAJA mereka tiba di tapak perkemahan di selangor itu, Zaid menyapa dengan renungan tajam. Setelah berkumpul, mereka terus mendaftar masuk memandangkan semua tempahan telah diuruskan oleh Zaid dan Aakiff. Semua kemudahan untuk berkhemah juga dapat disewa di tempat itu.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now