Bab 2

9K 487 4
                                    

Rules 2:

"It is impossible to resist the feeling when it comes to love, "

Adwa meneliti tangannya yang sudah dihiasi dengan inai.  Jantungnya memainkan sejuta rentak.  Perasaannya bercampur baur.  Betulkah keputusannya ini?  Hanya beberapa jam lagi,  majlis akad nikah akan bermula.  Sepanjang dua minggu,  Aakiff lasung tidak menghubungi.  See.  Lelaki itu betul² tak sweet lansung.

Sekurang- kurangnya call lah bakal isteri tanya khabar.  Ini tak,  senyap dan bisu sahaja.

"Kak feaa, " suara lantang dua orang remaja menaikkan mood Adwa.  Hanya beberapa orang sahaja yang memanggilnya dengan panggilan Kak Fea.  Sepupunya.

"Twinniesss, " Adwa pantas meletakkan phonenya.  Dua orang remaja lelaki berumur 14 tahun masuk ke biliknya ditemani dua adik lelakinya.

" Congrats Kak Fea, " ujar Azim turut menumpang bahagia untuk kakak sepupunya.

"Thanks devil, " balas Adwa tersengih.
"Kak,  siapa lelaki yang malang yang kahwin ngan kau kak? " soal Azzam mengusik.  Serentak itu,  Adwa melempar bantal Didi ke arahnya namun Azzam sempat mengelak menyebabkan bantal tersebut hinggap di kepala adik bongsunya,  Haris.

"Woi, rosak rambut aku kak, " rungut Harris. Adwa sekadar menjeling.

"Hensem macam aku tak kak? " Azzam menyoal lagi.  Azzam dari dulu memang nakal  jika dibandingkan dengan Azzim yang lebih behave.

"Sorry sikit.  Laki aku lagi handsome dari kau, " ujar Adwa bangga.  Well.  Dia tak nafikan Aakiff memang kategori handsome. 

"Berlagak, " cebik Faris.  Adwa sekadar mengukir senyum.

"Okay semua,  silakan keluar, akak nak siapkan Adwa," satu suara mencelah. Masing-masing tersengih. Adwa makin gementar.  Mak andam datang maksudnya waktu majlis semakin dekat.  Azzam, Azzim, Faris dan Haris terus beredar untuk memberi ruang kepada Adwa untuk bersiap.

Sedikit sebanyak,  Adwa rasa bersalah kepada kawan-kawannya.  Namun dia berjanji,.lepas degree Adwa akan menjemput mereka semua bagi majlis resepsi nanti. Kedua pihak bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah terlebih dahulu.

**

Dua jam kemudian, Faris mengumumkan tentang ketibaan pihak lelaki menambahkan debar di dada Adwa.  Langkah yang diambil menuju ke ruang tamu, membuatkan jantungnya terasa ingin meletop.

Sebaik melabuhkan punggung,  Adwa mengangkat wajah untuk melihat Aakiff. Namun lelaki itu duduk membelakanginya bersiap sedia untuk menyambut tangan Abahnya.

Dengan sekali lafaz, Adwa sofea binti Sulaiman sah bergelar isteri kepada Akiff Muhammad bin Abdullah.  Air mata Adwa menitis tanpa sedar.  Adwa sedar dia menitiskan air mata apabila ada tangan mengusap lembut air matanya.  Adwa terpaku.  Jantungnya berdegup semakin laju. Jari Aakiff lembut menyentuh dagunya. Wajahnya diangkat. Anak mata Aakiff tepat  memandang mata Adwa. 

"Taknak salam suami ke? " Aakiff mengukir senyuman nakal
Senyuman yang tidak pernah diukirkannya sebelum ini.  Wajah Adwa mula membahang.  Pantas dia menyalam tangan Aakiff.  Sempat dia menghadiahkan jelingan maut.

Satu ciuman lembut dihadiahkan di dahi Adwa.  Sekali lagi Adwa terpaku.  Ya allah,  apakah perasaan ini. Lama bibir Aakiff hinggap di dahinya. Seribu perasaan hinggap di hatinya.  Bagaikan tidak percaya dia dan Aakiff kini bergelar suami isteri.  Selama 5 tahun mereka kenal. Itu pun bukan sebagai pasangan kekasih cuma sebagai kawan. 

"Kan aku dah cakap,  kau takkan kahwin dengan pilot, " suara Aakiff memecahkan lamunannya.  Adwa mencerlung.  Serentak itu dia mencubit geram pinggang Aakiff membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now