Bab 11

6.8K 364 7
                                    

Kau nak aku pindah?" soal Adwa untuk  kesekian kalinya. Dia memandang Aakiff dengan riak tak percaya. Aakiff mengangguk.  Tiada sebarang emosi ditayangkan diwajahnya.

"Let me ask again, kau nak aku pindah dengan kau? "

Aakiff melahirkan riak menyampah.  Entah ke berapa kali dia mesti menjawab ya or angguk kepala.

"Yes! " Aakiff menjawab tegas.

"Kau biar betul?  Habistu apa aku nak jawab kat mawar dan Syifa, " soal Adwa. Aakiff sekadar mengangkat bahu.  Maksudnya, fikirlah sendiri.

"Aakiff.  Seriuslah?!" marah Adwa apabila lelaki itu acuh tak acuh sahaja.  Aakiff mengetepikan makanannya.

"Aku dah beli rumah untuk kita, " usul Aakiff membuatkan Adwa terkejut.  Adwa melopong.

"What? " Adwa masih kehilangan kata-kata.  Apa boleh dia kata? 

"I said, I have bought a house for us.  Not too far from here,  around 20 minutes top, " Aakiff menjelaskan lagi.  Seolah-olah itu perkara biasa dalam kehidupannya.

"Kau betul-betul beli rumah? " soal Adwa. Kot-kot Aakiff main-main. Aakiff mengangguk sambil mencapai pinggan makananya. "Serius? " Adwa bertanya untuk kepastian.

"Dead serious, "  jawab Aakiff memandang tepat ke arahnya. 

"Tak susahkan daddy dengan mama ke" Adwa bersuara.  Risau kalau-kalau menyusahkan ibu bapa mertuanya.  Harga rumah sekarang bukan biasa-biasa.  Mendengar soalan Adwa,  dahi Aakiff berkerut. 

"Why susahkan diorang pulak? " Aakiff menjawab dengan soalan. 

"yalah.  Belikan rumah untuk kita, "  kata Adwa. 

"Jangan risau.  Aku takpakai duit daddy dengan mama.  I did said I bought it. Dont worry about it, " jelas Aakiff.  Adwa menggigit bibir berkira-kira untuk bertanya. Mana Aakiff dapat duit untuk beli rumah? Takkan pinjam duit along kot. Huh!  Seram sejuk badannya.

" Dont think too much.  Besides, aku ada something nak bagitahu kau, " kali ini Aakiff menumpukan sepenuh perhatian kepada Adwa.  Pinggan yang telah kosong ditolak sekali lagi.

Adwa mengangguk sebagai tanda untuk Aakiff meneruskan apa yang ingin dikatakan.  Itulah sebenarnya tujuan mereka duduk berbincang ketika itu namun soal isu pindah rumah tiba-tiba terpancul dari mulut Aakiff. Adwa mencapai jus oren dan menghirup perlahan.

"Aku pernah bertunang, " hampir sahaja air yang diminum oleh Adwa terkeluar semula.  Nasib cepat-cepat ditelan.

"But I dont love her, " sambung Aakiff lagi. Pandangannya dilarikan ke sekeliling kafe itu.  Adwa diam seketika sebelum bersuara.

"Kenapa bertunang? "

"Mama nak sangat tengok aku dengan Izzah bersama. I told her, even if tied myself to Izzah, I would not be able to love her. We engaged when I was 20. Fortunately,  we broke off the engagement 6 months later. " seperti robot Aakiff bercerita.  Wajahnya blank. Matanya seperti orang sedang jauh mengelamun. Adwa membuka mulut untuk bertanya namun menarik balik niatnya.

"Ask away."

"Kenapa putus? "

"Because I dont have feelings for her, " jawab Aakiff.

"Feeling can be developed," Adwa menggumam perlahan namun tetap didengari oleh Aakiff.

"Will you able to accepts someone else when you heart beats for only one person? " Aakiff tiba-tiba menyoal serious. Adwa berfikir sejenak sebelum menggeleng.  Baginya,  kalau hatinya sudah mencintai seseorang, bukan mudah untuk Adwa menerima orang lain.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now