Bab 25

4.6K 318 14
                                    

"Tengok apa?" Aakiff memanjangkan leher mengintai skrin telefon Adwa.

"Post instagram. Pasal perempuan kena santau melalui akaun media sosial. Seramlah. Lepastu ada yang kongsi kisah pernah kena santau atau sihir sampai hampir bercerai," Adwa bercerita seraya meletakkan telefon pintarnya ke atas meja makan.

"Sihir sampai bercerai?" Aakiff tarik kerusi dan terus duduk. Adwa mengangguk.

"Takut betul dengan orang zaman sekarang yang berani buat kerja macam tu," komen Adwa. Nasi goreng kampung disuapkan ke mulut.

"Hubby. Nanti one day kalau aku tiba-tiba tergila-gilakan orang lain. Kau bawak aku pergi berubat cepat cepat tau," Adwa berkata serius. Wajahnya berkerut. Timbul juga rasa risau dalam hatinya. Siapa tak takut. 

"Kenapa?" Aakiff soal pelik. Dahinya berkerut seribu tak faham.

"Sebab hati aku dah lekat nama kau. Kalau tiba-tiba aku tergilakan orang lain tu. Kiranya something wrong somewhere la tu," kata Adwa bersahaja. Kening kanan Aakiff terangkat sedikit.

"Habistu, kalau kau tiba-tiba jatuh hati dekat orang lain betul-betul nanti macam mana? Nanti ustaz tu marah aku pulak," duga Aakiff pula.

"Betul jugak kan,"

Wajah Aakiff bertukar masam mendengar jawapan bersahaja Adwa.

"Dasar isteri playgirl," Aakiff berkata perlahan.

Adwa ketawa kecil.

"Ish kau ni. Aku gurau je. Lagipun kita tak tahu masa depan  macam mana. Semua benda boleh jadi. Tapi satu je aku yakin. Kalau memang Allah dah tulis kau takdir aku untuk selamanya, hati aku pun tetap untuk kau je. Paling penting doa tak putus," Adwa sengih. Adwa selalu percaya pada kebesaran doa kerana doa itu senjata terbesar dalam kehidupan.

"Pandai jugak eh kau bermadah kata,"puji Aakiff.

"Dengan kau je aku bermadah," balas Adwa pula.

"By the way Wa, kau dah start cari kerja kan?" Aakiff mengalih topik.

Adwa angguk kepala. Dia ada hantar beberapa permohonan kepada beberapa syarikat.

"Kau tak nak kerja bawah company aku sekali?" Aakiff mencucuk.

Laju Adwa menggeleng kepala. Aakiff tidak banyak tanya malah dia sokong apa sahaja keputusan Adwa.

Usai sarapan pagi, Adwa dan Aakiff terus bergerak ke universiti. Dalam perjalanan ke kelas, mereka terserempak dengan Imani yang baru sahaja keluar daripada lif. Riak wajah Adwa terus bertukar kelat.

"Hai Aakiff,"  imani menegur Aakiff.

Adwa kecilkan mata ke arah Imani yang masih tergedik gedik tegur Aakiff walaupun Aakiff buat endah tak endah. Timbul rasa menyampah dalam hati Adwa. Akal Adwa tiba tiba bersambung. Dia senyum sinis dalam hati sebelum dengan selamba memaut tangan Aakiff dan memeluk mesra lengan Aakiff. Aakiff yang tahu kenapa Adwa bertindak sedemikian tidak mampu menahan senyuman yang singgah di bibir. Comel saja isterinya itu dimatanya.

Imani pula terkedu melihat tindakan Adwa. Tambah pula Aakiff kelihatan lansung tidak peduli dan hanya membiarkan saja Adwa memaut lengannya .Dalam hatinya, dia menyangka bahawa Adwa sudah hilang rasa malu.

"Adwa, awak dah hilang rasa malu ke ?" Imani terus serang Adwa.  "Aakiff, kenapa Aakiff berubah sampai macam ni," Imani bertanya dengan riak nada prihatin. Naik geli pulak Adwa rasa.

"Berubah apa?" Aakiff tanya bersahaja dengan wajahnya yang yang beriak kosong seperti biasa.

"Aakiff. This is not you. Imani kenal Aakiff. Aakiff takkan bagi perempuan suka-suka pegang Aakiff. Tapi-,"

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now