Bab 36

5K 311 5
                                    

"Am I selfish? Selfish ke saya kalau saya tak nak berpisah dengan awak? Salah ke saya tak nak lepaskan awak walaupun awak tak ingat saya? I can't lose you, Kiff," air mata Adwa mengalir deras. Aakiff tergamam. Namun cepat cepat dia menarik Adwa ke dalam pelukannya. Tubuh Adwa dipeluk erat. Belakang Adwa digosok lembut.

"No Wa. Awak tak selfish. I'm so sorry Wa. I'm so sorry. Saya tak berniat nak lukakan hati awak. When you are hurting, it hurts me too Wa. The moment you walked away from me yesterday enough to make me realize, I can't lose you Wa. I will not let you go. I still can't remember you Wa. Yet I am still falling for you. I know that My heart only belongs to you Wa. I am sure of that," Aakiff mengeratkan lagi pelukan. Takut untuk melepaskan Adwa. Takut sekiranya dia tidak pegang Adwa dengan erat, dia akan kehilangan Adwa.

Adwa menangis sepuas-puasnya di dada bidang Aakiff. Sungguh dia takut untuk kehilangan Aakiff. Aakiff juga sama.

"Jom buka buku baru Wa. Saya tahu saya tak layak cakap macam ni tapi saya harap kita boleh start balik. Dan saya bukan maksudkan mula dari seorang kawan, because saya tak boleh anggap awak sebagai kawan sahaja. Kita start cipta memori baru Wa. Please," suara Aakiff sedikit merayu. Dia pandang Adwa dengan penuh pengharapan.

Adwa angguk laju. Kalau Aakiff lupa memori mereka sebelum ini, biarlah mereka cipta memory yang baru bersama. Memori boleh dicipta, tapi sekiranya Aakiff tiada di sisinya, hidupnya juga tidak bermakna keran tidak dapat mencipta memori baru bersama Aakiff.

"Thankyou Wa. Thankyou so much," Aakiff sekali lagi memeluk Adwa dengan erat. Hatinya kembali lega dan lapang.

"Tapi sebelum tu, saya nk jumpa Imani dulu," Adwa berkata sebaik pelukan dileraikan.

Aakiff mengerutkan dahi. Tidak faham. Sebenarnya dia masih tidak pasti apa hubungan mereka dengan Imani.

"Imani tu ex saya ke?" Aakiff bertanya. Kening Adwa terangkat.

"Kenapa awak tanya macam tu?"

"Sebab saya boleh nampak awak betul betul tak sukakan Imani. Jadi saya fikir mungkin Imani tu ex saya atau my old flings. Tapi I swear Wa, masa saya terserempak dengan dia haritu, saya betul-betul tak tahu. Lepas ni saya janji saya akan elakkan dari jumpa dengan dia," Aakiff angkat jari kelingking kanannya sebagai pinky promise. Adwa angkat kening kanan. Dia buat-buat pandang Aakiff dengan riak tak percaya.

"Masa awak jumpa dia haritu, awak ada rasa apa-apa tak?" Adwa bertanya. Sejujurnya dia takut untuk dengar jawapan Aakiff tapi dia masih juga ingin tahu.

Aakiff diam berfikir sejenak. Adwa pula gigit bibir. Sedikit risau.

"Not really. Saya tak rasa apa-apa. Saya cuma fikir mungkin kami pernah kenal sebab itu dia tegur saya. But it is different when I was with you," Aakiff berkata jujur.

"Maksud awak?"

"Walaupun saya tak ingat siapa awak tapi hati saya selalu ada nama awak. Mana-mana saya pergi, saya akan terus ingat awak. Even masa saya pergi ke kolej dengan Zaid pun, saya cuba korek ingatan saya tentang awak. Ingatan saya mungkin lupa Wa, tapi bukan hati saya. How can I fully forget you when my heart keeps beating for your name. I know myself Wa and I think you know me too. Kalau saya tak rasa apa-apa dekat awak, saya tak kan layan awak dengan baik. Saya takkan hiraukan awak Wa di saat saya bangun dari koma dan tak ingat awak. Tapi, hati saya tak benarkan saya buat macam tu. From then I know you must mean a lot to me," Aakiff mencapai tangan Adwa. Ibu jarinya mengelus lembut tangan isterinya itu.

"Thankyou sebab bersabar dengan saya Wa," kedua-dua tangan Adwa dikucup lembut. Setitis air mata Adwa kembali menitis.

"I hope these are happy tears," tangan Aakiff mengelap pula air mata Adwa yang tumpah itu. Adwa senyum. Laju dia mengangguk kepala.

"It is,"

***

SETELAH berfikir untuk ke seratus kalinya, Adwa mendail jua nombor telefon yang dia dapat daripada Mawar sebentar tadi. Beberapa deringan, panggilannya berjawab.

"Hello?" Suara dihujung talian menyapa.

"Imani, ni aku Adwa.  Boleh kita jumpa?" Adwa terus bertanya straight to the point.

Petang itu, dengan izin Aakiff, Adwa keluar untuk bertemu Imani. Tujuannya bukan untuk menyerang Imani tetapi untuk selesaikan masalah antara mereka yang belum diselesaikan semasa zaman mereka masih belajar dahulu. Adwa datang 10 minit awal ditempat yang dijanjikan dan mengambil tempat yang sedikit jauh dari meja lain.

Tak lama setelah itu, Imani tiba. Adwa menyambut Imani dengan senyuman kecil.

Setelah Imani duduk, masing-masing diam. Tidak tahu apa yang harus dimulakan. Hubungan mereka ketika zaman belajar dulu juga hanya sebagai love rival. Akan tetapi memandangkan dia yang mengajak Imani untuk berjumpa, Adwa buka mulut.

"Are you still in love with Aakiff?" Adwa bertanya. Dia pandang Imani. Imani diam untuk 2,3 saat.

"Kalau aku cakap aku masih cintakan dia, apa kau nak buat? Kau sanggup tinggalkan dia?" Imani pula bertanya. Adwa tidak melatah sebaliknya menjawab dengan tenang.

"Tak. Aku takkan tinggalkan Aakiff,"

Imani menghela nafas lemah.

"Aakiff tu sejarah bagi aku. Well, mungkin dulu aku memang tergila-gilakan Aakiff sebab bagi aku dialah paling sempurna. Dialah yang terbaik untuk aku sebab tak ada lelaki lain macam dia," Imani berhenti sejenak. Matanya kelihatan jauh seakan sedang mengingati sesuatu.

"Tapi aku salah. Sebab tak ada orang yang sempurna. Aakiff pun sama. Dan aku pun belajar, mencintai tu bukan sebab dia sempurna tapi sebab kita tahu dia tak sempurna tapi dia tetap nampak sempurna di mata kita," Imani sambung lagi kali ini dengan senyuman ikhlas. Di matanya jelas terpancar sedikit cahaya.

"Aakiff Muhammad untuk kau Adwa. Walaupun dia tak ingat kau, hanya orang buta saja yang tak nampak cinta dari mata dia untuk kau. Aku minta maaf sebab pernah cuba nak rampas Aakiff tanpa sedar boleh runtuhkan rumah tangga korang. Fortunately, Aakiff memang jenis loyal," Imani senyum lagi. Adwa sedikit terkejut. Namun dia juga senyum lega.

"Aku pun nak minta maaf. Sepatutnya dari awal lagi aku bagitahu apa hubungan aku dengan Aakiff. Aku yang minta Aakiff rahsiakan tentang perkahwinan kami sebab belum bersedia," Adwa juga minta maaf. Dia berharap walaupun mereka pernah menjadi musuh ketika zaman belajar dahulu, mereka mampu menjadi kawan ketika ini.

"So kosong kosong ya," Adwa berkata lagi. Imani mengangguk dengan senyuman. "Kosong-kosong,"

Sebelum meminta diri, Imani meletakkan sekeping kad di atas meja.

Tak lama selepas itu, telefonnya berdering. Melihat nama yang terpapar di skrin, Adwa menggeleng dengan senyuman. Ni mesti nak korek cerita.

"Hello Wa, macam mana?" Mawar terus bertanya.

"Settle," Adwa membalas ringkas seraya bangun untuk melangkah keluar daripada restoran itu.

"Hah? Apa maksud kau settle?"

"She's happy now. She found her soulmate," Adwa berkata sambil matanya menilit kad yang diberikan Imani sebentar tadi. Di depan kad warna gold itu tertulis cantik

             Imani & Zul

Siapa sangka dunia ini tersangatlah kecil. Imani berjumpa semula dengan Zul yang masih dalam rawatan physioterapi kakinya di hospital. Semenjak itu mereka contact dan akhirnya jatuh cinta.

"Peraturan Allah itu  indah. Sesungguhnya Dia adalah sebaik baik perancang,"

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now