Bab 12

6.8K 394 18
                                    

Adwa mendesis perlahan apabila kepalanya berdenyut sebaik membuka mata. Tidak jauh dari tempat dia berbaring, Aakiff sedang menaip sesuatu pada laptopnya. Adwa kembali memejam mata cuba untuk melegakan rasa sakit kepalanya. Apabila sedikit lega, Adqa kembali membuka mata. Tekaknya berasa kering.

"Aakiff, " sekali sahaja nama Aakiff diseru, lelaki itu terus mendongak ke arahnya. Aakiff meletakkan laptop ke atas meja sebelum berjalan ke arah Adwa. Tanpa dipinta, Aakiff mencapai air dan dihulurkan kepada Adwa.

"Thank you, " Adwa kembali menghulurkan gelas yang kosong kepada Aakiff.

"Kau takpergi kelas ke? "

"Tak. Kepala kau dah okey belum?" Aakiff menyoal mengambil tempat di kerusi yang disediakan. Adwa cuma angguk kepala.

"Aakiff," Aakiff mengangkat kening sebelah kening. Apa?

"Lapar, " Adwa merengek. Perutnya dipegang. Aakiff mengecilkan mata namun dia tidak merungut sebaliknya bangun melangkah ke arah meja dan mencapai satu bungkusan.

"Nah! " Adwa menyambut bungkusan itu dengan senyum lebar. Dengan doa makan, Adwa terus memuaskan perutnya yang minta diisi dari tadi. Aakiff membuka phone. Jari jemarinya mula menaip pada skrin telefonnya.

Adwa yang sedang menikmati makanannya cuba mengerling apa yang ditaip oleh Aakiff. Hanya satu ayat sahaja dia nampak.

Send me the file.

What file? Namun Adwa sekadar mengangkat bahu dalam diam. Itu urusan Aakiff.

"Esok kita pindah rumah baru, " Adwa terus tersedak. Aakiff pantas bertindak menghulurkan air kepada Adwa.

"Esok? " Adwa bertanya masih batuk-batuk. Aakiff mengangguk.

"Kenapa esok? Kata next week?" Adwa menyoal tidak berpuas hati. Pakcik nikan suka buat orang terperanjat.

"I've change my mind, " balasnya selamba. Adwa pandang Aakiff kecik besar, kecik besar.

"Pak cik dekat sikit," Adwa menggamit Aakiff ke arahnya. Aakiff mengerutkan dahi namun dia tetap mendekatkan diri ke arah Adwa. Dengan geram, Adwa mencubit bahu Aakiff.

"Ouch, sakit lah perempuan, " Aakiff menggosok bahunya. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Adwa.

"Sakit lagi hati aku layan kau," Adwa turut menjeling geram. Suka buat keputusan tak tanya orang.

"Dasar Mak Cik Ketam, " Aakiff menggumam perlahan. Sekali lagi Adwa menghadiahkan cubitan berbisanya, kali ini di lengan pula.

"Ouch, thats hurt woman, this is abuse you know right? " Aakiff merungut menggosok perlahan lengannya.

"Eleh, lengan sado macam tu takkan cubit sikit dah sakit?" Adwa menyindir mencebik.

"Kau ingat lengan aku ni besi macam iron man? " ujar Aakiff geram. Masih menggosok lengannya.

"Haah. Thats why I love you 3000," Adwa tersengih. Aakiff melemparkan pandangan blur. Blank. Expressionless.

Adwa menarik balik sengihannya. Sekali lagi dia mencebik. Dasar mamat hati kering plus batu. Adwa kembali meneruskan makan.

"Kenapa 3000 je? "

Lama kemudian baru Aakiff bersuara.  Adwa memandang Aakiff dengan riak tak percaya. Ni mesti kes tak tengok avengers ni.  Tapi kenal pulak Iron Man.

"Itu je untuk kau, " ujar Adwa cuba meletakkan bekas makanan yang telah kosong ke atas meja.  Aakiff terlebih dulu mengambil bekas itu dari tangan Adwa.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now