Bab 19

4.9K 366 21
                                    

"Akiff let's break up,"

Aakiff kerut dahi. Tak faham.

"Kau cakap apa ni?" soalnya pelik.

"Let's break up," Adwa ulang sekali lagi.

"Wa, we are not going to break up. We are married," ujar Aakiff. Hairan tiba-tiba Adwa minta break.

"Aku tak kira, aku nak break jugak," Adwa berkeras. Dahi licin Aakiff berkerut seribu.

"No," Aakiff turut berdegil. Adwa mula mengecilkan mata ke arah Aakiff.

"Aakiff Muhammad, let's break up!" Adwa tiba-tiba menjerit lantang.

AAKIFF terbangun daripada lena. Jantungnya berdegup laju. Dahinya berpeluh. Tangannya terus mencari Adwa di sebelahnya. Kosong. Ketika itu, pintu bilik ditolak daripada luar. Wajah Adwa terjengul di sebalik pintu. Nafas lega terpancul dibibirnya tanpa sengaja.

"Kau dah bangun? Jom turun sarapan. Mama dengan daddy dah ada dekat bawah," ujar Adwa melangkah menuju ke katil. Aakiff baru teringat bahawa dia berniat untuk tidur sebentar selepas solat subuh tadi. Tapi tak sangka lama juga dia lena sampai mimpi buruk. Aakiff baru dari katil.

"Wa, angkat tangan," Adwa mengerutkan dahi dengan permintaan Aakiff. Dia pandang Aakiff dengan riak yang keliru. Dah kenapa tiba-tiba suruh orang angkat tangan pulak?

"Angkat tangan," sekali lagi Aakiff pinta Adwa angkat tangan. Dengan muka yang blur, Adwa angkat tangan kanannya. Dilayankan sahaja walaupun dia tidak tahu apa-apa.

"Dua-dua," kata Aakiff lagi bila Adaa hanya angkat sebelah tangan sahaja  Adwa kerut dahi namun turutkan saja. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas. Baru sahaja, dia ingin buka mulut untuk memprotes untuk bertanyakan sebab kenapa dia perlu angkat tangan,  tangan Aakiff terlebih dahulu melingkar kemas di pinggangnya. Adwa tergamam. Jantungnya mulalah berkerja lebih gigih dari biasa.

"Kenapa dengan kau ni Kiff? Kau mimpi jatuh katil ke apa?" soal Adwa dengan tangannya yang masih lagi terangkat. Hairan dengan perangai Aakiff yang tiba-tiba bertukar manja.

"Aku mimpi buruk," Aakiff menggumam perlahan. Adwa angkat kening. Sedikit terkejut. Mimpi buruk rupanya. Jadi, dia nak suruh aku pujuk dia la ni. Alahai, manja jugak laki aku ni.

Dengan teragak-agak, Adwa turut melingkarkan tangannya ke pinggang Aakiff. Dia dapat rasakan tubuh Aakiff kaku seketika sebelum kembali tenang.

"Ala kau ni, mimpi buruk je. Mainan syaitan semua tu," Adwa layankan sahaja Aakiff dengan memberi kata semangat untuk memujuk. Aakiff menjuihkan bibir. Sebelum mereka berkahwin, tidak pernah pula Aakiff tunjuk sisi perangainya yang terlebih manja sebegini. Namun, Adwa tidak dapat menyembunyikan perasaan senang hatinya. Sekurang-kurangnya biarlah dia seorang sahaja yang tahu bagaimana Aakiff Muhammad sebenarnya.

"Dah belum?" Adwa menyoal Aakiff yang masih tidak melepaskannya itu. Aakiff geleng kepala. Adwa hela nafas kecil.

"Kiff, mama dengan daddy dah tunggu kita untuk sarapan dekat bawah tu. Tak baik buat diorang tertunggu-tunggu," kata Adwa teringat pada ibu dan bapa mertuanya yang sedang menunggu di meja makan. Niatnya tadi, datang ke bilik hanya untuk mengejutkan Aakiff. Tak sangka tiba-tiba jadi drama hindustan pula.

Aakiff diam. Masih tidak melepaskan Adwa. Adwa buat muka seposen.

"Kiff lepas," Adwa cuba sekali lagi namun Aakiff tetap juga tidak bergerak.

"Aakiff Muhammad, baik kau lepas sebelum aku cubit kau," Adwa mula memberi amaran. Aakiff buat-buat tak dengar. Sekali, kena cubit dengan makcik ketam yang tengah geram. Terus Aakiff menjerit kesakitan.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now