Bab 6

7.2K 428 6
                                    

Rules 6

When in love,  every moment with them are worth your time

Last sem. Last time to create memories. 

"Wa,  jom makan. " Mawar disebelahnya menggosok perut.  Mana tak lapar kalau kelas habis jam 1 30 petang.  Seharian mengadap lecture, otak pun dah tepu.  On top of that,  baru first day lecture. 

Mawar Adwa dan Syifa bergerak menuju ke kafe untuk mengisi perut yang telah lama berbunyi minta diisi. Mata Adwa sempat menangkap Aakiff dan kawan- kawannya sedang bersembang dengan sekumpulan budak perempuan course lain.  Walaupun status mereka sudah berubah,  Adwa menduga bahawa dia dan Aakiff tetap tidak berubah semasa di kolej.

"Mawar, " Mawar melahirkan riak annoyed mendengar laungan suara Zaid, rakan sekelasnya.

"Kau nak apa?  Aku nak pergi makan ni, " Mawar merungut.  Adwa sekadar menggeleng.  Bibirnya mengulum senyum. Suka melihat telatah mawar dan Zaid.

"Aku nak ajak korang makan kat luar ni,  alang-alang dah habis kelas untuk hari ni, " ujar  Zaid tersengih.  Mawar berkira-kira untuk bersetuju.  Namun belum sempat Mawar menolak atau menerima, Syifa terlebih dulu memotong. 

"On! Jom! " Dengan selamba, Syifa menarik Mawar dan Adwa.  Mereka bertiga membututi Zaid yang melangkah ke kawasan parking kereta.

Mendekati kereta, dahi Adwa berkerut. Macam kenal kereta ni. Yang pasti ini bukan kereta yang selalu dibawak oleh Zaid.

"Kau tukar kereta ke Zaid? " soal Mawar yang turut sama perasan.

"Wuish.  Bukanlah.  Kereta aku kat bengkel.  Ni kereta Aakiff, " jelas Zaid dan pada masa yang sama,  Aakiff muncul bersama bag laptop di tangannya.

"Jom, " Aakiff unlock kereta dan terus melangkah ke dalam kereta. Setelah menyelesakan diri di dalam kereta.  Syifa membuka mulut.

"Kau tukar kereta baru ke Kiff? "

"Tak adalah baru sangat.  Aku pakai kereta lama aku ni, " jelas Aakiff matanya fokus pada pemanduan.

"Kenapa dengan kereta yang selalu kau guna tu?" kali ini giliran Mawar pula bertanya. Biasalah perempuan kalau tak curious tak sah.

"Aku nak bagi orang, " Aakiff menjawab selamba.  Kali ini wajah Adwa melahirkan riak terkejut.  Tanpa dapat ditahan,  soalan terpancul keluar dari bibirnya.

"Siapa? "

Aakiff menjeling sekilas melalui cermin pandang belakang.  Satu senyuman senget (smirk)  terukir dibibirnya.

"Rahsia, " ujar Aakiff membuatkan mata Adwa semakin mengecil memandangnya.

"Kau dah pandai berahsia sekarang ni en, " Mawar pura-pura berkecil hati.  Aakiff sekadar mengangkat bahu.

"Emm kita nak makan kat mana ya sebenarnya? " Adwa menyoal apabila perasan sudah hampir 20 minit masa berlalu.  Tetap tak sampai kat mana-mana kedai makan.  Seingatnya kedai makan taklah jauh sangat. 

"Oh,  aku tak bagitahu tahu korang eh? " Zaid berpusing mengadap Adwa,  Mawar dan Syifa.  Masing-masing keliru.

"Kau cakap sekarang Zaid. " Haa tu dia.  Mawar dah mengamuk.  Habislah kau Zaid.

"Kita nak pergi ke IOI, " ujar Zaid acah teruja.  Sekali kepalanya ditempeleng oleh Mawar menggunakan botol air.  Ambil kau.

"Korang memang dah gila, " Adwa menjeling Zaid dan Aakiff.  Aakiff sekadar ketawa kecil manakala Zaid merungut sambil menggosok kepalanya.

"Tengok wayang ke guyss? " Syifa bersuara teruja.  Adwa menarik nafas lemah.  Dia hampir lupa bahawa Syifa sekepala dengan Aakiff dan Zaid.

"Onzz, " Zaid pantas bersetuju.  Setelah itu, bermulalah sesi mencari waktu yang tak ramai orang untuk menonton wayang. 

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now