Bab 18

5.4K 423 49
                                    

Tiba di rumah keluarga Aakiff, mereka disambut oleh Puan Suraya yang tak lekang dengan senyuman. Makanan kegemaran Aakiff dan Adwa juga sudah terhidang mewah di atas meja makan.

"Mama, buat susah-susah je masakkan banyak banyak macam ni," ujar Adwa kepada ibu mertuanya itu.

"Ish. Mana ada susah. Bukan selalu mama masak banyak macam ni. Mama memang sengaja masak makanan kegemaran anak dan menantu tunggal mama ni," kata Puan Suraya ikhlas. Ya. Aakiff merupakan satu-satunya anak Puan Suraya dan Encik Abdullah sejak 5 tahun lalu. Menurut Aakiff, dia sebenarnya ada seorang abang akan tetapi abanh sulungnya itu telah meninggal dalam satu kemalangan. Adwa juga masih tidak tahu kisah sepenuhnya tentang arwah abang Aakiff itu.

Usai makan, Adwa dan Puan Suraya berbual di ruang tamu. Tak lama selepas itu, Aakiff turun.

"Ma, lepas Zuhur nanti Kiff nak bawak Adwa keluar. Lepastu Aakiff nak singgah pejabat kejap, " Puan Suraya mengangguk faham. Adwa kerut kening. Nak keluar pergi mana?

DALAM kereta Adwa berpaling ke arah Aakiff.

"Kita nak pergi mana?" tanyanya. Sejak tadi dia curious ke mana destinasi mereka.

"Lawat tempat kerja aku," balas Aakiff masih fokus memandu. Adwa buat muka tak faham.

"Kau kerja ke?" Adwa bertanya sedikit terkejut. Tidak pernah pula dia tahu Aakiff bekerja.

Aakiff sekadar angguk kepala. Dalam 20minit kemudian, kereta Aakiff berhenti di hadapan sebuah bangunan dua tingkat. Adwa sekadar membututi Aakiff melangkah masuk ke bangunan itu tersebut. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam bangunan, Aakiff disapa oleh salah seorang pekerja di kaunter. Dahi Adwa berkerut apabila pekerja itu membahasakn Aakiff sebagai boss. Automatik mata Adwa ke arah Aakiff.

"I'll explain later," kata Aakiff ringkas.

Mereka memasuki sebuah pejabat yang juga merupakan pejabat Aakiff.
Sebaik sahaja mereka berada di dalam bilik pejabat itu, Adwa terus menyerang Aakiff dengan soalan.

"Aakiff, what is going on? Boss? Sejak bila kau jadi boss? Aku ingat, kau kerja biasa je," soalnya hairan. Aakiff memberi isyarat supaya Adwa duduk. Adwa duduk tanpa membantah.

"Sebenarnya, daddy ada company dulu. Not too big but it was really profitable. It was just a small company but still maju. Tapi syarikat perniagaan daddy jatuh bankrup sebab ada orang dengki dengan daddy," Adwa perasan wajah Aakiff berubah kelat dan sedih.

"Kiff, kalau benda yang kau nak bagitahu aku ni remind you of your bad past, it's okay. You don't have too," Adwa berkata. Dia tidak mahu Aakiff mengorek kisah silamnya yang kelihatan perit pada pandangan Adwa.

"Jangan risau. Aku memang nak bagitahu kau Wa. Kau isteri aku. Jadi kau patut tahu," balas Aakiff pula dengan senyuman kecil. 

Adwa sekadar mengangguk. Tidak menghalang.

"Okay aku sambung. Remember my late brother?"

Adwa angguk lagi. Aafif Muhammad. Abang kepada Aakiff. Beza lima tahun daripada Aakiff.

"Abang Aaffif dengan daddy on the way balik daripada meeting. But little did they know, ada orang dah sabotage kereta daddy,"

Adwa tidak dapat mengawal riak terkejutnya. Dia seakan-akan dapat menduga apa yang berlaku.

"Yes. Diorang kemalangan. Since abang yang memandu. Abang Aafiff meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital. Daddy pula koma, tak sedarkan diri selama 6 bulan,"

Aakiff tunduk pandang lantai. Ya Allah, besar sungguh ujian yang dihadapi oleh Aakiff Muhammad.

"Masa tu, aku baru habis foundation aku. Company daddy tunggang langgang. Ramai yang sabotaj kewangan syarikat. Masa tu, kitorang tak tahu macam mana nak bayar bil hospital daddy. Mama tak kerja, aku pulak baru nak sambung belajar,"

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now