Bab 23

5.3K 400 32
                                    

Adwa, Mawar dan Syifa melangkah beriringan menuju ke bilik rehat pelajar. Tiba di sana, Mawar terus melabuhkan punggung di atas kerusi empuk yang disediakan manakala Syifa dan Adwa duduk di atas lantai yang telah diletakkan karpet di atasnya.

"Wa, kau tak risau ke kalau si Imani tu cuba nak rampas Aakiff. Aku cakap ni bukan nak tambah kekusutan kau ke apa ya tapi aku kenal si Imani tu macam mana. Nampak saja innocent, baik tapi licik," Mawar membuka mulut bersuara.

"Betul. Aku setuju dengan kau Mawar. Kadang the most innocent person is the one yang kurang common sense. Dia fikir dia baik so apa yang dia buat semua betul kononnya," Syifa turut menyokong. Adwa mengerutkan bibir.

"Aku memang tak percaya kalau Imani dah give up dengan Aakiff. But I do trust Aakiff. Aku yakin Aakiff tak akan layan Imani, " ujar Adwa. Setelah bercakap dan berbincang baik baik dengan Aakiff, Adwa meletakkan kepercayaannya kepada Aakiff.

"Baguslah tu. Dalam perhubungan, trust itu penting. Aku pun tak boleh nafikan kalau Aakiff tu a trusted person," kata Syifa. Mawar mengangguk tanda setuju.

Adwa menggigit bibir, berkira-kira untuk ceritakan masalah yang dihadapinya sekarang. Masalah stalker yang tak habis-habis menganggunya. Dia juga ada bertanyakan Aakiff tentang hal itu, dan jawapan Aakiff sangat mudah,

"Kalau kau percayakan diorang, kau cerita. Kalau kau tanya pendapat aku, Mawar dengan Syifa tu sahabat satu dalam sejuta. Macam Zaid pada aku,"

"Aku ada sesuatu nak cerita dekat korang ni," Adwa akhirnya membuat keputusan untuk berkongsi dengan Syifa dan Mawar tentang masalahnya.

"Cerita apa? Macam serius aja," ujar Mawar. Namun apabila mereka melihat wajah Adwa yang kelam itu Mawar dan Syifa yakin apa yang ingin disampaikan oleh Adwa adalah sesuatu yang kurang menyenangkan.

Adwa menceritakan tentang stalker yang menganggunya daripada A sampai Z. Riak wajah Mawar dan Syifa turut berubah cuak.

"What the- Habistu korang dah report polis belum?" Syifa bertanya. Adwa angguk.

"Wei Wa, aku rasa lepasni kalau kau nak keluar pergi mana-mana jangan keluar sorang-sorang. Kalau boleh ajak Aakiff selalu. Kalau Aakiff sibuk, kau boleh ajak kitorang. Seram weii. Stalker-stalker ni jangan main-main. Kadang-kadang psycho. Otak diorang tak berapa waras sangat. Kau kena hati-hati Wa," Mawar berkata risau. Dari pengalamannya menonton pelbagai jenis filem dan series drama, kebanyakkan stalker adalah seseorang yang mempunyai masalah mental. Disebabkan itu, dia risau kalau stalker itu akan melakukan hal yang tidak baik kepada kawannya itu.

Adwa juga tidak menafikan dia takut dan cuak. Selagi stalker itu tidak ditangkap, selagi itulah hidupnya tidak akan aman dan tenang. Dia cuma mampu berharap pihak polis mampu menyelesaikan kes itu dengan secepat mungkin.

"Sekarang pukul berapa?" Adwa kemudian bertanya setelah keadaan tenang sedikit daripada cerita stalker tadi.

"Dah nak dekat pukul 11. Kenapa?"

"Alamak! Aku kena jumpa Prof pasal Research aku. Nanti nak lunch tunggu aku sekali," Adwa terus bergegas menuju ke pejabat pensyarahnya.

AAKIFF baru sahaja selesai menguruskan dokumen perlantikan ahli jawatan kuasa baharu bagi kelab  segera melangkah untuk menuju ke Kafe. Baru sahaja beberapa langkah diatur, telefon dalam kocek bergetar tanpa deringan. Aakiff segera mengeluarkan telefon pintarnya.

Danial.

"Hello bro," Aakiff menyapa sahabat baiknya itu.

"Aakiff, aku ada update pasal kes stalker wife kau," mendengar sahaja kata-kata Danial, Aakiff terus serius. Dia mendengar teliti dengan apa yang disampaikan oleh Danial kepadanya.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now