Bab 31

4.4K 343 17
                                    

Seminggu berlalu, akhirnya Aakiff dibenarkan keluar dari hospital. Setelah berbincang, Adwa mengemukan cadangan untuk dia dan Aakiff tinggal di rumah mertua mereka untuk sementara supaya Aakiff dapat membiasakan diri terlebih dahulu dengan hubungan mereka.

Tiba di bilik Aakiff di rumah mertuanya, Adwa terus menumpukan pandangannya ke arah Aakiff.

"Awak rehatlah dulu. Saya nak tolong mama masak jap," ujar Adwa. Setelah itu dia terus berlalu menuju ke dapur.

Aakiff duduk di birai katil. Pandangan dihalakan ke sekeliling bilik. Satu potrait besar bersaiz 24×32 inchi menjadi perhatiannya. Aakiff terus bangun dan melangkah ke arah potrait gambar itu. Gambar perkahwinan dia dan Adwa.

Kemudian matanya jatuh pula pada beberapa gambar yang dibingkaikan dalam bingkai kecil di atas rak. Gambar graduation mereka, gambar honeymoon mereka ketika di Paris dan banyak lagi gambar yang menghiasi rak itu.

Aakiff tiba-tiba diserang satu perasaan yang sukar ditafsirkan. Perasaan sedih dan kecewa muncul silih berganti. Dia juga turut merasakan a feeling of longing jauh di sudut hatinya, melihat senyuman lebar yang menghiasi wajah mereka berdua di dalam foto yang dijadikan kenangan itu.

Aakiff kemudian mengatur langkah turun ke ruang makan. Kelihatan mamanya dan Adwa sedang rancak bersembang sambil menghidangkan makanan di atas meja. Melihat Aakiff, Adwa terus menyapa Aakiff dengan senyum lebar.

"Abang,"

Menyedari keterlanjurannya, Adwa cepat cepat menukar bahasa panggilan.

"Kiff, maaf saya terbiasa," Adwa tutup rasa kelat yang memenuhi hatinya.

Puan Suraya mengerling sekilas ke arah menantunya. Sebagai mertua, hatinya turut bersedih melihat hubungan anak dan menantunya tidak lagi seperti dulu.

"Jom makan," Adwa mempelawa. Aakiff hanya senyum kecil. Masih terasa kekok.

Baru sahaja ingin duduk makan sekali bersama keluarga, telefon Adwa berdering. Daripada pejabat. Adwa terus meminta diri untuk angkat panggilan. Aakiff memandang Adwa melalui ekor matanya.

Tak lama selepas itu, Adwa kembali dengan muka resah.

"Mama, Adwa kena balik office kejap. Urgent," ujarnya sedikit kalut. Tadi dia dapat panggilan daripada rakan sekerjanya mengenai projek yang sedang diuruskan oleh mereka. Tidak sangka pulak akan ada masalah.

Aakiff yang memerhati mengerutkan dahi.

"Tak makan dulu?" soalnya prihatin. Adwa pandang Aakiff. Bibirnya ukir senyuman tanpa dipinta.

"Tak apa. Saya makan dekat office nanti. Saya pergi dulu," setelah bersalam dengan ibu mertuanya, Adwa ke sisi Aakiff pula.

"Salam?" Adwa hulur tangan. Dengan sedikit teragak-agak Aakiff hulurkan tangannya. Seperti biasa, Adwa akan cium lama tangan suaminya itu. Satu perasaan familiar menyerang Aakiff. A warm feeling filled his heart.

Sebaik sahaja Adwa berlalu. Aakiff pandang Puan Suraya.

"Mama.  Boleh Aakiff tanya something?" Aakiff membuka bicara. Puan Suraya mendongak. Dia angguk kepala.

"How was my marriage before I lost my memory?" tanya Aakiff. Dia sebenarnya ingin tahu bagaimana kehidupannya dengan Adwa.

Puan Suraya berhenti makan seketika. Bibirnya mengulum senyum mengingat kembali betapa unseparable Aakiff dan Adwa.

"Mama boleh cakap, kalau mama tenung mata Aakiff bila Aakiff dengan Adwa. Mama boleh nampak cahaya kegembiraan di mata kamu. You love her so much Aakiff. Well, kamu pernah nangis depan mama dan papa sebab Adwa," jelas Pua Suraya dengan senyuman tak lekang di bibir.

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now